ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  MEMPERKENALKAN BEATSX: FON TELINGA PREMIUM TANPA WAYAR, BLUETOOTH YANG BAHARU DARIPADA BEATS OLEH DR. DRE

Thursday 08/09/2016



Jenama Audio Yang Terkemuka itu juga Mempamerkan Fon Kepala Tanpa Wayar Solo3 dan Fon Telinga Tanpa Wayar Powerbeats3 
 
Produk Tanpa Wayar Koleksi Baharu Menawarkan Penyatuan Chip W1 Apple, Bluetooth Kelas 1, Hayat Bateri Yang Dilanjutkan, Cas Fuel Fast, dan Pengalaman Bunyi Yang Premium Yang Kini Sinonim dengan Beats
 
CULVER CITY, Calif., 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beats oleh Dr. Dre (Beats) hari ini mengumumkan satu rangkaian produk tanpa wayar luar biasa yang baharu, sekali gus mengembangkan portfolio premium jenama itu untuk memasukkan barisan baharu fon telinga tanpa wayar yang diberi nama BeatsX bersama-sama dengan dua produk generasi akan datang yang laris pada masa ini dengan pengenalan fon telinga Powerbeats3 Wireless dan Beats Solo3 Wireless. Sebagai satu koleksi, produk-produk baharu itu termasuk cip W1 Apple, Bluetooth Kelas 1, cas Fast Fuel dan peminat bunyi premium di seluruh dunia telah sememangnya menjangkakannya daripada produk Beats. Beats diasaskan bersama oleh Dr. Dre dan Jimmy Iovine dan merupakan sebahagian daripada Apple.
 
"Beats sentiasa berdedikasi untuk memberikan pengalaman pendengaran muzik yang terbaik," kata Presiden Beats Luke Wood. "Sekarang hampir kesemua yang kita gunakan di dalam media mempunyai satu komponen bunyi, kualiti main semula audio adalah kuncinya. Dengan produk baharu kami, kami menyampaikan reka bentuk, inovasi dan bunyi yang hebat agar anda boleh mendengar segala-galanya melalui cara pencipta kandungan itu bayangkan."
 
BeatsX
 
BeatsX adalah satu barisan serba baharu bagi fon telinga, yang direka secara pakar untuk menampung kemajuan audio yang canggih di dalam faktor bentuk kecil. Reka bentuknya yang mudah membolehkan BeatsX kekal sangat ringan dan hampir tanpa disedari ketika memakainya. Sesuai dengan kedua-dua peranti iOS dan Android, BeatsX mempunyai Bluetooth Kelas 1 untuk penyambungan yang optimum. Bagi pengguna iOS10, cip W1 Apple menyediakan satu penyambungan Bluetooth satu langkah yang mudah dan keupayaan tambahan untuk togol dengan lancar di antara peranti iCloud yang didaftarkan. BeatsX menetapkan satu standard baharu bagi kecekapan bateri dengan Fuel Fast, yang menyediakan main semula selama 2 jam selepas hanya 5 minit mengecas dan sehingga 8 jam selepas hanya 45 minit mengecas melalui kabel Lightning yang disertakan. RemoteTalk itu membolehkan anda untuk mengambil panggilan, memainkan muzik dan mengaktifkan Siri. Kabel bentuk lentur dan pelbagai pilihan tip telinga atau eartip dan wingtip yang boleh ditanggalkan menyediakan suatu kelenturan, selamat dan keselesaan semasa digunakan. Apabila anda tidak menggunakan fon telinga, putik telinga magnet menjaganya agar bebas daripada berselirat di leher anda, dan ia mudah untuk dimuatkan ke dalam bekas yang kompak bagi penyimpanan dan kemudahalihan.
 
PowerbeatsWireless
 
Powerbeats3 Wireless  benar-benar membawa satu daripada fon telinga tanpa wayar yang paling laris di dunia ke peringkat seterusnya. Ergonomik yang dipertingkatkan memberikan pengalaman bunyi dan kesesuaian yang lebih baik, manakala Fuel Fast menyediakan main balik sehingga 1 jam selepas hanya 5 minit mengecas melalui kabel mikro USB yang disertakan. Apabila dicas sepenuhnya, fon telinga ini yang kalis peluh dan air itu menawarkan hayat bateri yang dilanjutkan sehingga 12 jam. Selain itu, fon telinga Powerbeats3 Wireless  yang baharu itu termasuk Bluetooth Kelas 1 yang bersepadu dan RemoteTalk, yang membolehkan anda untuk mengambil panggilan, memainkan muzik dan mengaktifkan Siri.
 
Beats Solo3 Wireless
 
Beats Solo3 Wireless  adalah merupakan evolusi seterusnya di dalam barisan Solo ikonik bagi fon kepala di telinga. Produk baharu ini menyediakan sehingga 40 jam hayat bateri hasil daripada kecekapan cip Apple W1, serta Bluetooth Kelas 1. Kawalan earcup atau bahagian fon kepala yang menutupi telinga pendengar  membolehkan anda mengambil panggilan, bermain muzik dan mengaktifkan Siri, dan Fuel Fast menyediakan 3 jam main semula selepas hanya 5 minit mengecas melalui kabel mikro USB yang disertakan. Beats Solo3 Wireless  masih setia dengan produk sebelumnya dengan bunyi dan mudah alih sama yang telah memenangi anugerah, reka bentuk tahan lama yang menampilkan ikat kepala yang fleksibel, cecawan telinga yang boleh berputar 360 darjah dan pengasingan bunyi.
 
Layari Apple.com untuk mendapatkan harga dan kebolehsediaan. Aset tambahan bagi BeatsX, Powerbeats3 Wireless dan Solo3 Wireless disediakan mengikut permintaan.
 
Maklumat mengenai Beats
 
Beats oleh Dr. Dre (Beats) adalah sebuah jenama audio yang terkemuka yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Dr. Dre dan Jimmy Iovine. Melalui produk pengguna premium yang terdiri daripada fon kepala, fon telinga dan pembesar suara, Beats telah memperkenalkan satu generasi yang sama sekali baharu kepada pelbagai kemungkinan hiburan bunyi yang premium. Kejayaan berterusan jenama itu membantu membawa tenaga, emosi dan keseronokan untuk memainkan semula di studio rakaman kembali kepada pengalaman pendengaran bagi pencinta muzik di seluruh dunia. Beats telah dibeli oleh Apple Inc. pada Julai 2014.
 
Beats oleh Dr. Dre, Beats, Fast Fuel, Powerbeats, RemoteTalk and Solo adalah tanda dagangan milik Beats Electronics, LLC. Apple, Lightning dan Siri adalah tanda dagangan milik Apple Inc. Nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing.
 
Hubungi
Beats oleh Dr. Dre
Sarah Joyce, +1-310-795-4757
sarah_joyce@apple.com
atau
Jessica Bass, +1-310-895-6508
jessica_bass@apple.com
 
Sumber: Beats by Dr. Dre
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160907006808/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.