ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  LAPORAN: KAD UNIONPAY MENYOKONG PELANCONGAN MENUJU KE LUAR CHINA

Thursday 08/09/2016



AsiaNet 65652

SHANGHAI, China, 8 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 8 September, UnionPay International dan Akademi Pelancongan China mengeluarkan Laporan Tahunan Pelancongan Menuju ke Luar China (2016), yang menyatakan bahawa pelancongan ke luar China telah memasuki ke satu tempoh peningkatan yang rasional dan akan terus berkembang dengan mantap dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Laporan itu menyatakan bahawa kad UnionPay menyediakan sokongan pembayaran untuk perjalanan rakyat China yang ke luar negara.
 
Peningkatan pelancong menuju ke luar mencatatkan kadar perlahan manakala Thailand dan Jepun menjadi popular.
 
Pelancong keluar dari China mencapai 117 juta orang pada tahun 2015, meningkat sebanyak 9.8%, iaitu jauh lebih rendah berbanding pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 20% pada tahun-tahun sebelumnya. Laporan itu, bagaimanapun, adalah positif mengenai pelancongan keluar China, dengan menjangkakan pelancong akan mencapai 133 juta orang pada tahun 2016 dengan peningkatan 11.5%.
 
Dasar visa yang lebih baik dan pembayaran yang semakin mudah adalah dua faktor utama yang menggalakkan pelancongan keluar. Kad UnionPay diterima di 35 juta peniaga dan lebih dua juta Mesin Teler Automatik atau ATM di 160 buah negara dan wilayah.
 
Kebanyakan pelancong memilih destinasi jarak dekat pada tahun lepas, dan lebih 70% pelancong mengembara ke Hong Kong, Macau dan Taiwan. Bagi destinasi di luar China, 10 destinasi teratas ialah Thailand, Korea Selatan, Jepun, Vietnam, Amerika Syarikat, Singapura, Rusia, Australia, Indonesia dan Malaysia. Thailand dan Jepun menyaksikan peningkatan sebanyak 88% dalam pelancong China. Pada masa akan datang, Eropah Timur, Amerika Selatan dan Asia Tengah diramal menjadi semakin popular.
 
Hampir kesemua ATM dan kira-kira 90% peniaga di Thailand, lebih separuh daripada ATM dan kira-kira 500,000 peniaga di Jepun, hampir kesemua ATM dan lebih 80% peniaga di Amerika Syarikat, dan kesemua ATM dan lebih 80% peniaga di Singapura menerima kad UnionPay.
 
Daripada "beria-ia membeli-belah" kepada "menikmati kehidupan tempatan"
 
Pelancong keluar dari China menghabiskan 1.045 trilion dolar Amerika pada tahun 2015, meningkat sebanyak 16.6%. Perbelanjaan per kapita adalah 893 USD, menunjukkan peningkatan yang lebih perlahan. Matlamat pelancong China untuk melancong ke luar negara berubah daripada bersiar-siar kepada membeli-belah, dan sekarang untuk menikmati kehidupan tempatan.
 
Membeli-belah, rombongan pelancongan, katering dan daya tarikan tiket adalah item perbelanjaan utama mereka. Sebanyak 85.9% daripada pelancong memilih membeli-belah sebagai item perbelanjaan utama mereka.
 
Hotel, restoran, pasar raya, dan banyak lagi pusat kebudayaan dan hiburan di destinasi utama menerima kad UnionPay. Teksi di Australia, Korea Selatan dan Singapura juga menyokong UnionPay.

Sebanyak 65% daripada pelancong persendirian menempah tiket penerbangan, 56.5% menempah hotel, dan 57.7% mengatur perjalanan mereka menerusi sistem dalam talian. Lebih 10 juta peniaga dalam talian di luar tanah besar China menerima kad UnionPay dan volum urus niaga dalam talian merentas sempadan UnionPay meningkat hampir tiga kali ganda pada tahun 2015.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
SUMBER: UnionPay International 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.