ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  90% DARIPADA RANTAIAN KEDAI SERBANEKA DI JEPUN MENERIMA KAD KREDIT UNIONPAY

Friday 09/09/2016



AsiaNet 65672
 
SHANGHAI, China, 9 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Selepas kesemua kedai rantaian 7-11, Lawson, FamilyMart dan Circle K Sunkus di Jepun menerima kad UnionPay, pemegang kad kini boleh menggunakan kad debit dan kad kredit UnionPay di lebih 2,000 kedai serbaneka MINISTOP tempatan. Ini bermakna bahawa 90% daripada rantaian kedai serbaneka itu di Jepun menyokong pembayaran dengan menggunakan kad UnionPay.
 
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun, lebih ramai pelancong kini melawat Jepun. Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, Jepun telah menerima 11.1 juta pelancong asing, menandakan pertumbuhan 48% tahun ke tahun. Sebahagian besar daripada pelancong ini adalah dari Tanah Besar China, dan Hong Kong, Korea Selatan dan Asia Tenggara juga merupakan sumber pelancongan utama bagi Jepun. Sejak negara-negara dan wilayah ini telah mengeluarkan kad UnionPay dalam skala yang banyak, banyak peniaga di Jepun sedang cuba untuk menarik lebih ramai pelancong dengan menerima kad UnionPay.
 
Sejak akhir tahun lepas, UnionPay International telah memperluaskan tapak penerimaannya di tempat-tempat pengambilan harian di Jepun, dan telah membolehkan lima rangkaian kedai serbaguna utama untuk menerima kad UnionPay. Kini, MINISTOP menerima kedua-dua kad debit dan kad kredit UnionPay, dan PIN diperlukan ketika membuat pembayaran. 7-11, Lawson, FamilyMart dan Circle K Sunkus menerima kad kredit UnionPay melalui pengesahan tanpa PIN, yang merupakan satu amalan tempatan. Apabila membayar kurang daripada 10,000 Yen dengan kad kredit UnionPay, tiada PIN atau tandatangan diperlukan; dan apabila membayar lebih daripada 10,000 Yen, pemegang kad hanya perlu menurunkan tandatangan. Untuk memastikan keselamatan penggunaan kad, UnionPay International, dengan kerjasama pengeluar dan pemeroleh, menyediakan pemantauan risiko dan amaran urus niaga yang tidak normal dan kawalan, dan pengeluar memaklumkan kepada pemegang kad mengenai urus niaga berkenaan melalui mesej ringkas.
 
Ia adalah sangat mudah bukan sahaja untuk membayar tetapi juga untuk mengeluarkan wang tunai dengan kad UnionPay di Jepun. Kesemua Mesin Teler Automatik atau ATM di 7-11 dan Lawson, dan lebih separuh daripada ATM di FamilyMart, serta ATM Aeon Bank di MINISTOP menerima kad UnionPay untuk pengeluaran tunai. Rantaian kedai serbaneka ini boleh didapati di seluruh pelusuk Jepun.
 
Sistem perkhidmatan UnionPay telah meliputi kedua-dua sistem dalam talian dan luar talian di Jepun. Kira-kira 500,000 peniaga tempatan dan lebih separuh daripada ATM menerima kad UnionPay, dan laman web Rakuten Global Market menyokong Pembayaran Dalam Talian UnionPay. Mengambil kesempatan daripada persekitaran penerimaan dan keupayaan perkhidmatan, UnionPay International sedang mempercepatkan penyetempatan perniagaannya dengan mengeluarkan kad kredit, kad debit dan kad prabayar UnionPay di Jepun. Kad ini seringkali digunakan di dalam dan luar negara.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.