ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PARTNERRE MELANTIK JAMES BEEDLE SEBAGAI KETUA BAGI ASIA PASIFIK

Friday 09/09/2016



PEMBROKE, Bermuda, 9 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PartnerRe Ltd. hari ini mengumumkan bahawa, tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia, James Beedle akan dilantik ke jawatan Ketua bagi Asia Pasifik & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Partner Reinsurance Asia Pte. Ltd., untuk mengetuai operasi perniagaan PartnerRe di rantau itu. Beliau akan menerajui kedudukannya pada 1 Januari 2017, menggantikan Ketua Asia Pasifik, Alain Flandrin, yang akan meninggalkan Syarikat itu selepas satu tempoh peralihan yang singkat untuk mengejar kepentingan peribadi dan profesional yang lain.
 
Encik Beedle akan bertanggungjawab untuk menerajui pembangunan perniagaan PartnerRe di Asia Pasifik, memberi tindak balas kepada keperluan pelanggan, dan memajukan matlamat strategik Syarikat itu. Beliau akan melapor kepada Tad Walker, Ketua Pegawai Eksekutif bagi segmen Hartanah dan Kerugian PartnerRe dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan.
 
Ketika mengulas mengenai pelantikan Encik Beedle, Encik Walker berkata, "Kami amat gembira untuk mengalu-alukan James ke PartnerRe. James mempunyai rekod perkhidmatan yang hebat di rantau Asia Pasifik. Perhubungan beliau dengan pelanggan, pemahaman beliau tentang cabaran yang dihadapi oleh pelanggan kami, dan kejayaan cemerlang beliau di dalam membina pasukan dan francais akan kesemuanya menjadi sangat berguna kepada PartnerRe ketika kami memajukan lagi perniagaan kami di rantau strategik yang penting ini.
 
"Pada masa yang sama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Alain di atas sumbangan besar beliau kepada PartnerRe selama ini dan mengharapkan yang terbaik dalam usaha beliau di masa hadapan. Sepanjang 14 tahun di PartnerRe, Alain telah memainkan peranan kepimpinan yang penting di dalam organisasi kami di peringkat global, sebagai Ketua P&C Global dan yang terbaharu di Asia Pasifik, dengan membangunkan kehadiran dan membina hubungan PartnerRe di dalam bidang strategik yang penting ini."
 
Encik Beedle datang ke PartnerRe dari Willis Re di mana beliau merupakan Pengarah Urusan Kanan di Willis Re Asia Pasifik yang berpangkalan di Singapura. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di rantau Asia Pasifik, pertamanya sebagai Ketua Pegawai Operasi Willis Re Australia, dan kemudian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Willis Re Jepun. Dalam kedudukan beliau yang terbaharu sebelum ini, tanggungjawab beliau diperluaskan dari Jepun ke Indonesia, yang meliputi Australia, New Zealand, China, Korea, Taiwan, Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura dan Brunei.
 
Dalam peranan baharu beliau, Encik Beedle akan terus menetap dan berpangkalan di Singapura.
 
PartnerRe Ltd. adalah merupakan sebuah syarikat insurans semula global yang terkemuka yang membantu syarikat-syarikat insurans mengurangkan ketaktentuan pendapatan mereka, memperkukuhkan modal mereka dan mengembangkan perniagaan mereka menerusi penyelesaian insurans semula. Risiko ditaja jamin di peringkat dunia melalui tiga segmen perniagaan PartnerRe: Hartanah & Kerugian, Garisan Istimewa dan Kehidupan & Kesihatan. Bagi tahun yang berakhir 31 Disember, 2015, jumlah pendapatan adalah sebanyak $5.4 bilion. Pada 30 Jun, 2016, jumlah aset adalah sebanyak $22.4 bilion, jumlah modal adalah sebanyak $7.8 bilion dan jumlah ekuiti pemegang saham yang diagih kepada PartnerRe adalah sebanyak $7.0 bilion. PartnerRe menikmati penarafan keutuhan kewangan yang mantap seperti berikut: A.M. Best A / Moody’s A1 / Standard & Poor’s A+ / Fitch A+.
 
PartnerRe di Internet: www.partnerre.com
 
Hubungi
PartnerRe Ltd.
Celia Powell, 441-292-0888
atau
Sard Verbinnen & Co
Robin Weinberg/ Spencer Waybright
(212) 687-8080

 
Sumber: PartnerRe Ltd.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160909005144/en/ 
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.