ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  PENYELESAIAN "PEMPROTOTAIPAN MUDAH" TOSHIBA UNTUK PLATFORM PEMBANGUNAN SOC KHAS MENGURANGKAN KEPERLUAN BAGI SUMBER REKA BENTUK SENDIRI PELANGGAN

Tuesday 13/09/2016



TOKYO, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan kebolehsediaan serta merta “Pemprototaipan Mudah”, satu penyelesaian yang membolehkan penggunaan semula aset reka bentuk yang diperlukan untuk membangunkan SoC*1  khas yang berskala besar dengan pemprototaipan FPGA*2. Penerimaan penyelesaian itu secara mendadak memendekkan masa pembangunan daripada pemprototaipan FPGA kepada pembangunan SoC yang ditempah khas. Pemprototaipan mudah boleh diperolehi di platform ASIC and FFSA™ *3 Toshiba.

Dalam pemprototaipan FPGA yang konvensional, pereka SoC tidak boleh menggunakan semula perkakasan dan aset reka bentuk perisian FPGA untuk pembangunan SoC khas kerana perpustakaan*4 FPGA dan IPs*5 adalah khusus untuk FPGA. Pemprototaipan mudah memudahkan penggunaan semula aset-aset ini untuk reka bentuk SoC khas dengan menyesuaikan perpustakaan pemprototaipan FPGA yang menggerakkan perpustakaan Toshiba dan subsistem*6 IP. Ini membolehkan pereka untuk mengenal pasti antara muka dan mudah bertukar-tukar antara prototaip FPGA dan pelaksanaan SoC dengan Toshiba menyediakan wrapper logic*7.

Toshiba menyokong IP pihak ketiga yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik di dalam FPGA dan menyediakan IP ini sebagai subsistem yang disahkan untuk penyambungan dengan penyelesaian SoC khas Toshiba. 10 Gigabit Ethernet (MorethanIP), PCI Express®*8 3.0/2.1/1.1 (Northwest Logic), pengawal DDR3 SDRAM*9 (Northwest Logic) boleh didapati dengan kadar serta merta untuk Pemprototaipan Mudah dan barisan itu sedang diperluaskan untuk meliputi penyelesaian tambahan.

Dalam melangkah ke hadapan, Toshiba akan terus menyediakan penyelesaian yang membantu pelanggan untuk mengoptimumkan reka bentuk sistem dan mencapai pembangunan produk tepat pada masanya.

Sila semak laman web di bawah untuk butiran lanjut.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/custom-soc/development-solutions/prototyping.html

*1: Sistem pada Cip untuk aplikasi khusus yang tidak boleh diprogramkan selepas pengeluaran. Prestasinya adalah lebih baik untuk FPGA secara amnya.
*2: Satu kaedah pengesahan untuk reka bentuk perkakasan serta perisian awal dan reka bentuk bersama firmware dengan menggunakan FPGA, sejenis peranti yang diprogramkan selepas pengeluaran.
*3: Satu teknologi berinovatif yang membolehkan Toshiba untuk membangunkan litar bersepadu dengan kos pembangunan yang lebih rendah dan masa pembangunan yang diambil yang lebih pendek dengan mengurangkan bilangan lapisan logam yang perlu disesuaikan.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/custom-soc/platform/ffsa.html
*4: Pangkalan Data untuk membangunkan SoC.
*5: Harta Intelek yang merupakan blok fungsi yang boleh digunakan semula untuk pembangunan SoC.
*6: Penyelesaian IP yang terdiri daripada IP yang diperlukan untuk membangunkan SoC. Ia direka bagi menjadi mudah untuk dilaksanakan ke dalam subsistem antara muka berkelajuan tinggi.
*7: Satu blok litar untuk menyerap perbezaan seperti antara muka dan perpustakaan antara FPGA dan ASIC/FFSATM.
*8: Standard industri, I/O bersiri mengantara muka secara meluas seperti yang digunakan di dalam sistem pengkomputeran.
*9: Satu standard industri DRAM digunakan sebagai ingatan utama bagi PC dan Server.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai penyelesaian SoC Toshiba yang ditempah khas, sila layari 
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/custom-soc.html

*PCI Express adalah sebuah tanda dagangan berdaftar milik PCI-SIG.
*FFSA adalah tanda dagangan milik Toshiba Corporation
*Kesemua tanda dagangan yang lain adalah dimiliki oleh pemilik mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Logic LSI Sales & Marketing Group
Tel: +81-44-548-2110
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51417849&lang=en

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp


Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.