ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  TOSHIBA LANCAR PEMACU MOTOR TINGKAT DWIKUTUB DENGAN PENARAFAN MAKSIMUM 40V DAN 1.8A

Tuesday 13/09/2016



TOKYO, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB62269FTAG," sebuah pemacu motor tingkat dwikutub yang menawarkan voltan tinggi 40V dan arus 1.8A.  Pengeluaran besar-besaran bermula pada akhir bulan ini.

Pemacu moto berkelajuan tinggi, berprestasi tinggi diperlukan untuk aplikasi termasuk pencetak 3D, peralatan automasi pejabat, terminal perbankan seperti ATM, mesin pengenalan wang kertas, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Pada masa yang sama, pengecilan peralatan sedang dipercepatkan dengan permintaan pelanggan untuk peralatan yang menjimatkan ruang dengan reka bentuk yang cemerlang. Langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaan haba dan kuasa dalaman produk juga semakin penting.

Pemacu motor baharu itu mempunyai sebuah pakej QFN32, lebih kecil daripada pakej QFN48 produk Toshiba sekarang, "TB62269FTG." Pengurangan saiz ini akan menyumbang kepada penjimatan ruang pada PCB.

Toshiba akan terus meningkatkan barisan produknya dan untuk memenuhi pelbagai keperluan bagi aplikasi pemacu motor.

Ciri-ciri utama Produk Baharu

1. Penjanaan haba rendah

Penjanaan haba dikurangkan oleh rintangan yang rendah (0.8Ω atau kurang, atas + rendah).

2. Gegaran rendah dan bunyi yang rendah

Resolusi tinggi 1/32 langkah (maksimum) teknologi pemacu motor mengurangkan gegaran dan bunyi.

3. Pakej kecil

Rawatan haba bagi peralatan dan modul itu boleh dipermudahkan dengan mengamalkan, pakej QFN32 haba radiasi yang tinggi dan kecil. Ini juga mengecilkan IC dan mengurangkan kos.

4. Litar pengesanan kesilapan bina dalaman

Sebuah litar penutupan haba dan litar penutupan arus lebih menyumbang kepada keselamatan peralatan dan kebolehpercayaan dengan isyarat pengeluaran mereka pada peringkat reka bentuk.

Penggunaan

Pencetak 3D, mesin hiburan (pachinko dan mesin slot), peralatan rumah (peti sejuk dan pendingin hawa), peralatan industri (terminal perbankan seperti ATM), pejabat dan kelengkapan automasi kilang)
 
Spesifikasi Utama bagi Produk Baharu
 
Nama produk TB62269FTAG
Kawalanl I/F CLK-IN
Penarafan maksimum mutlak 40V, 1.8A
Pakej  
QFN32 (saiz: 5mm×5mm×1mm, pitch pin: 0.5mm)
 
Ciri-ciri lain Fungsi pengesanan kesilapan bina dalaman  (litar penutupan terma dan litar penutupan arus lebih).
Fungsi output isyarat pengesanan kesilapan (output ERR)
Menyokong jujukan kuasa oleh pemacu kuasa tunggal
 
Pengeluaran besar-besaran Akhir September, 2016
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB62269FTAG®ion=apc&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai pemacu motor Toshiba, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver.html

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan  Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51418767&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160913005765/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.