ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  MACROGEN LANCAR 'EASYBOX', SEBUAH BUNGKUSAN SUHU TERKAWAL PREMIUM

Tuesday 13/09/2016



- Meningkatkan kebolehpercayaan dan kemudahan untuk penghantaran melalui FedEx
- Menyediakan pilihan pembungkusan Suhu Terkawal premium untuk para pelanggan

SEOUL, Korea Selatan, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Macrogen, perusahaan ketepatan bioteknologi perubatan (CEO Hyeon-yong Jeong, www.macrogen.com) (KOSDAQ:038290) hari ini mengumumkan pembungkusan suhu terkawal premium baru yang dinamakan 'Easybox' untuk pelanggan dalam industri perkhidmatan analisa gen dan genom seluruh dunia.

Pilihan pembungkusan suhu terkawal premium khusus telah dibangunkan oleh Macrogen, dan kelajuan penghantaran dan kebolehpercayaan telah dipertingkatkan hasil perkhidmatan penghantaran ekspres oleh FedEx Express (FedEx), syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia.

Easybox, yang termasuk pek gel, arahan pembungkusan dan bekalan lain berdasarkan penghantaran spesifik pelanggan, membolehkan para pelanggan untuk memendekkan masa penyediaan penghantaran mereka. Easybox daripada Macrogen ini direka untuk mengurangkan perubahan suhu penghantaran semasa  pengangkutan mereka. Di samping itu, pelanggan akan mempunyai ketenangan fikiran bahawa mereka boleh mengesan penghantaran FedEx pada keseluruhan perjalanan.
 
Bagi melindungi kandungan terhadap kejutan luaran dan mengekalkan julat suhu, bungkusan penyampaian yang disesuaikan diperbuat daripada bahan-bahan kalis air, terlindung, dan menyerap kejutan. Panduan pembungkusan memberi arahan kepada pelanggan mengenai cara untuk membungkus penghantaran mereka menggunakan ais kering atau pek gel untuk mengurangkan perubahan suhu, mengekalkan kos penghantaran pada tahap rendah dan mengurangkan risiko kemalangan yang timbul daripada pengurusan lemah atau penggunaan ais kering atau pek gel secara berlebihan.

Dengan pelancaran perkhidmatan Easybox, Macrogen telah menjadikan ia lebih mudah untuk pelanggan dengan menyusun semula sistem pengurusan proses penyampaian untuk kira-kira 18,000 pelanggan R & D di 150 negara. Macrogen merancang untuk meningkatkan jualan global Easybox memandangkan pengurusan sampel menjadi lebih penting untuk pelanggan Macrogen, yang berkembang daripada industri bioteknologi kepada asas pelanggan yang lebih luas.

CEO Macrogen Hyeon-yong Jeong berkata, "Memandangkan asas pelanggan Macrogen sedang berkembang daripada penyelidik kepada diagnosis klinikal dan pelanggan umum, pengurusan sampel pelanggan adalah lebih kompleks."Beliau menambah, "Pelancaran pembungkusan suhu terkawal premium disesuaikan, Easybox ini akan menyediakan lebih kemudahan kepada pelanggan dan menguruskan sampel pelanggan dengan selamat".

Jika anda ingin mencari maklumat lanjut mengenai Easybox, buat pertanyaan kepada Bahagian Jualan Luar Negeri NGS Macrogen (ngs@macrogen.com). Maklumat lanjut boleh juga didapati di dna.macrogen.com

Hubungi
Macrgoen Corp.
Sang-yeon Ji, +82-2-2113-7129
Bahagian Pemasaran Global NGS
syji1002@macrogen.com
Hyun-min Park, +82-2-2113-7056
Bahagian Inovasi Pengurusan 
pr@macrogen.com 

Sumber: Macrogen

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.