ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PANASONIC BUKA "PUSAT PENYELESAIAN & INOVASI PANASONIC THAILAND"

Wednesday 14/09/2016



Sebuah Bilik Pameran Serba Canggih

BANGKOK, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Panasonic Corporation hari ini mengumumkan mengenai pembukaan "Pusat Penyelesaian dan Inovasi Panasonic Thailand" di Bangkok. Pusat itu diwujudkan sebagai bilik pameran Automasi Kilang (FA) syarikat itu di Asia Tenggara, yang bertujuan untuk mempamerkan teknologi pembuatan dan peralatan yang sangat cekap.

Dalam dunia yang sangat digital pada hari ini, permintaan untuk telefon pintar, peranti sesuai dipakai dan elektronik lain turut berkembang pesat. Di dalam produk-produk elektronik ini, papan litar bercetak terbina dalam adalah satu kemestian dan memainkan satu peranan yang penting. "Pusat Penyelesaian & Inovasi Panasonic Thailand" mempamerkan suite syarikat itu bagi teknologi pembuatan seperti kemasukan secara automatik dan mesin perletakan permukaan, yang direka untuk disisipkan dan pemasangan komponen elektronik dalam kepadatan tinggi papan litar bercetak.

Pusat inovasi ini mempunyai bukan sahaja chip mounter dan kimpalan mesin Panasonic yang terbaharu, tetapi juga peralatan periferal daripada rakan-rakan lain termasuk menara komponen dan mesin pemeriksaan. Sinergi ini menekankan pentingnya keserasian rangkaian dan saling berhubungan teknologi; dan sumbangan mereka kepada kejayaan Industri 4.0 dan garis pengeluaran yang disokong IoT. Pusat inovasi ini dikendali dan diuruskan oleh Panasonic Industrial Devices Sales (Thailand) Co., Ltd.

Pada "Pusat Penyelesaian & Inovasi Panasonic Thailand", pelanggan boleh mengalami proses pembuatan yang sebenar bagi papan litar bercetak dan mesin kimpalan dengan membawa bahan-bahan dan komponen elektronik mereka sendiri untuk pengeluaran percubaan. Pusat itu juga dilengkapi dengan sebuah dewan seminar dan bilik persidangan untuk memudahkan seminar teknikal dan acara-acara yang berkaitan dengan automasi kilang. Melalui pendekatan ini, pusat itu berhasrat untuk memaksimumkan nilai mereka bagi pelanggan.

Panasonic membuka sebuah bilik pameran FA di Chicago, Amerika Syarikat, pada Julai 2016. Jakarta, Indonesia, dan Hanoi, Vietnam, berada dalam perancangan ketika syarikat itu mengembangkan perniagaan automasi kilang mereka di peringkat global.
 
Rangka Garis Luar Pusat Penyelesaian & Inovasi Panasonic Thailand
Nama Pusat Penyelesaian & Inovasi Pansonic Thailand
Alamat 1643/7 New Petchaburi Road, Makkasan,Ratchathewi, Bangkok
Keluasan persegi  480 meter persegi, dua tingkat
Bahan pameran utama Chip mounter, Mesin sisipan komponen berbentuk ganjil,
Pencetak skrin, Reflow, Mesin pemeriksaan,
Mesin kimpalan, dan lain-lain
Tempoh pembukaan   9 September, 2016
URL: https://www.youtube.com/watch?v=VUbOVUp1E8M
 
Rujukan
 
Bandar Raya Chicago 
Nama Pusat Inovasi cloud9 
Alamat 1000 Asbury Drive, Buffalo Grove
Tempoh pembukaan   14Julai, 2016
 
 
Bandar Raya Jakarta
Nama   Pusat Penyelesaian & Inovasi Panasonic Indonesia
Alamat   Grha Manajemen YMG, J1.RAYA Bogor Km.29, Jakarta
Jadual pembukaan   Akhir September, 2016
 
 
Bandar Raya Hanoi
Nama    Pusat Penyelesaian & Inovasi Panasonic Vietnam
Alamat    Plot J1-J2 Taman Perindustrian thang long, Daerah Dong Anh, Hanoi
Jadual pembukaan    Bermula Oktober, 2016
 
Untuk maklumat lanjut mengenai “Pusat Penyelesaian & Inovasi Panasonic Thailand”, sila hubungi:
 
Telefon: +66 2693 3416-17 Sambungan 1504
e-mel: kondou.naruhiko@jp.panasonc.com

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian perniagaan Automasi Kilang Panasonic, sila layari http://industrial.panasonic.com/ww/products/fa-welding/fa

Maklumat mengenai Panasonic Corporation

Panasonic Corporation adalah sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan teknologi dan penyelesaian elektronik yang pelbagai bagi pelanggan dalam industri elektronik pengguna, perumahan, automotif, penyelesaian perusahaan dan industri peranti. Sejak ditubuhkan pada tahun 1918, syarikat itu telah berkembang di peringkat global dan kini mengendalikan 474 anak syarikat dan 94 syarikat bersekutu di seluruh dunia, mencatatkan jualan bersih disatukan sebanyak 7.553 trilion yen untuk tahun yang berakhir 31 Mac, 2016. Komited dalam mengejar nilai baharu melalui inovasi yang merentasi garisan bahagian, syarikat itu menggunakan teknologi mereka untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan dunia yang lebih baik untuk pelanggan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Panasonic: http://www.panasonic.com/global.

Maklumat mengenai Panasonic Asia Pacific

Panasonic Asia Pasifik menyediakan keseluruhan rangkaian produk dan penyelesaian jenama itu merentasi ke seluruh rantau Asia Tenggara dan Oceania (APAC), yang meliputi 27 buah negara termasuk 10 pejabat di Australia, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Berpangkalan di Singapura, ibu pejabat serantau Panasonic Asia Pasifik memberi tumpuan kepada mewujudkan Sebuah Kehidupan yang Lebih Baik, Sebuah Dunia yang Lebih Baik dengan menggalakkan portfolio Perniagaan ke Perniagaan mereka seperti di dalam industri perumahan dan perniagaan penyelesaian pemaju, dan pada masa yang sama mengekalkan pertumbuhan Perniagaan ke Pelanggan yang kukuh. Rantau itu mempunyai 37 tapak pengeluaran, menyokong aktiviti pengeluaran Panasonic di peringkat global di dalam sektor perumahan, penyelesaian sistem, pertanian, penyelesaian tenaga, peralatan, komponen dan peranti. Untuk maklumat lanjut: http://panasonicapac.mynewsdesk.com/

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51418791&lang=en

Hubungi
Hubungan media:
Panasonic Corporation
Jabatan Perhubungan Global
TEL: +81-(0)3-3574-5729
FAKS: +81-(0)3-3574-5691
atau
Panasonic Asia Pasifik
Jabatan Pengurusan Jenama
TEL: +65 6390 3513
FAKS:+65 6390 3510


Sumber: Panasonic Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160913005815/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.