ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PASCA 1980-AN MENJADI KUASA UTAMA PELANCONGAN KE LUAR MANAKALA UNIONPAY MENINGKATKAN PENGALAMAN PEMBAYARAN BAGI PERJALANAN MENYELURUH

Wednesday 14/09/2016



AsiaNet :  65724
 
SHANGHAI, China, 14 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Menurut data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China, 59.03 juta rakyat China berjalan ke luar negara dalam tempoh separuh pertama tahun 2016, berkembang sebanyak 4.3% tahun ke tahun. Ketika Festival Pertengahan Musim Luruh dan Percutian Hari Kebangsaan semakin hampir, pelancongan ke luar China dijangka mencapai satu lagi puncak.
 
Laporan Tahunan mengenai Pelancongan Ke Luar China (2016), yang baharu dikeluarkan oleh Akademi Pelancongan China, menunjukkan bahawa pada tahun 2015 kebanyakan pelancong keluar China adalah merupakan golongan Pasca 1980-an (berumur 25 hingga 34 tahun). Pelancong muda dan pertengahan umur lebih bersedia untuk mengikuti perjalanan secara persendirian dan menyeluruh, dan lawatan berkeluarga dan pelancongan percutian semakin popular. Perkhidmatan pembayaran mudah UnionPay meningkatkan pengalaman perjalanan pelancong.
 
Memenuhi pelbagai permintaan pelancong yang ke luar negara
 
Data daripada agensi-agensi pelancongan menunjukkan bahawa perjalanan jarak pendek adalah popular semasa Festival Pertengahan Musim Luruh manakala lawatan jarak jauh digemari semasa Percutian Hari Kebangsaan. Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Pulau Bali adalah destinasi utama untuk Pertengahan Musim Luruh, manakala Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand menjadi tumpuan semasa Percutian Hari Kebangsaan.  
 
Ia adalah mudah untuk menggunakan kad UnionPay di destinasi-destinasi utama seperti Thailand, Jepun, Amerika Syarikat dan Australia, dan kad UnionPay juga diterima di pelayaran Royal Caribbean.
 
Menyediakan perkhidmatan dan tawaran eksklusif
 
Kad-kad UnionPay diterima di 18 juta peniagaan dan 1.3 juta Mesin Teler Automatik atau ATM di luar tanah besar China. Jika kad mereka hilang atau dicuri, pemegang kad boleh memohon bantuan tunai (sehingga 5,000 USD) di lebih 400,000 cawangan di 220 buah negara dan wilayah.
 
Sebanyak 38 buah negara dan wilayah telah melancarkan perkhidmatan pembayaran balik UnionPay, termasuk 31 buah negara Eropah seperti Perancis, Jerman, Itali dan United Kingdom, dan juga Argentina, Australia, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Malaysia dan Taiwan dan China.
 
Pelancong juga boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif UnionPay semasa percutian yang akan datang, seperti diskaun 15% di lebih 300 peniaga di 50 destinasi, dan tawaran eksklusif pada pelayaran dan semasa "Golden Week Singapura".
 
UnionPay International telah melancarkan "You Ji Hua" untuk secara menyeluruh mengemas kini pengalaman menggunakan kad. Ia merealisasikan perkhidmatan lokasi, pemasaran secara tepat dan diskaun serta merta untuk kegunaan merentas sempadan. Pelanggan boleh mencari tanda "hadiah" pada aplikasi mudah alih untuk mendapatkan kupon kod QR, atau menerima kupon itu apabila menempah tiket penerbangan dan hotel. Pemegang kad boleh menikmati diskaun paling tinggi yang ada apabila menunjukkan kupon dan membayar dengan menggunakan kad UnionPay.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.