ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  GAM DIUTAN LULUS APLIKASI KIMIA PERTANIAN OLEH EPA AS

Thursday 15/09/2016



ATLANTA, 15 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CP Kelco, iaitu pengeluar penyelesaian hidrokoloid istimewa terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa produk keluarannya iaitu “gam diutan” telah diluluskan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat untuk penggunaan sebagai bahan lengai dalam penggunaan kimia perindustrian. Sebagai pengeluar gam diutan yang terkemuka di dunia, CP Kelco kini boleh menawarkan produk ini untuk penggunaan kimia pertanian bagi pasaran Amerika Syarikat.
 
“Kelulusan daripada EPA AS ini membolehkan CP Kelco memperkenalkan penyelesaian inovatif kepada segmen kimia pertanian dan mengukuhkan komitmen kami untuk menguruskan segmen ini, pada masa kini dan masa akan datang,” ujar Jérôme Béra, Naib Presiden Kanan Pemasaran & Komersial Global di CP Kelco. “Gam diutan ialah salah satu inovasi terkini dalam portfolio hidrokoloid istimewa kami bagi menangani peluang dan cabaran dalam pelbagai penggunaan perindustrian.”
 
Menurut peraturan muktamad EPA, gam diutan boleh digunakan sebagai penstabil bahan lengai/agen ampaian dalam produk tanaman sebelum dan selepas tuai.Kelegaan lengai untuk gam diutan terpakai kepada penggunaan berpotensi, misalnya:
  • Penggunaan pelindungan tanaman, termasuk racun herba, racun serangga dan racun kulat;
  • Produk racun perosak untuk pengeluaran haiwan, misalnya semburan racun serangga topikal, gel, atau cecair curah, dan juga untuk kegunaan  haiwan teman seperti anjing dan kucing;
  • Produk untuk kawalan perosak profesional, halaman rumput dan taman di rumah, serta pengurusan turf untuk padang golf dan stadium sukan.
 
CP Kelco akan memasarkan produk gam diutan kepada industri agrokimia di bawah nama jenama berikut yang telah didaftarkan dengan EPA:
  • KELCO-VIS™DG
  • KELCO-VIS™DG F
  • KELCO-VIS™DG S
 
Gam diutan ialah sejenis polimer anion unik yang dihasilkan dengan cara penapaian mikrob. Gam diutan yang merupakan agen pengubah suai reologi yang serba guna adalah bermanfaat dalam pelbagai jenis penggunaan perindustrian, memberikan kestabilan hebat, sifat pseudoplastik yang tinggi dan kelikatan tinggi pada kepekatan penggunaan rendah.
 
CP Kelco juga menawarkan gam xantan KELZAN™ AP dan KELZAN™ S PLUS sebagai bahan untuk penggunaan kimia pertanian; tawaran ini ialah sebahagian daripada portfolio produk gam xantan istimewa syarikat.
 
Mengenai CP Kelco
CP Kelco yang beribu pejabat di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat merupakan pengeluar hidrokoloid istimewa terkemuka yang memiliki pejabat dan kemudahan di seluruh dunia. CP Kelco, yang memiliki rangkaian penyelesaian hidrokoloid yang meluas dan beroperasi di lebih 100 negara, memanfaatkan keupayaannya untuk membawakan konsep dan idea kepada produk dunia sebenar dalam pelbagai jenis penggunaan. Bahan istimewa syarikat meliputi pelbagai jenis pengguna dan produk seisi rumah serta penggunaan perindustrian, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengguna serantau. Barisan produk utama ialah Gam GelanPektinGam XantanKaragenanGam Diutan,Karboksimetil Selulosa/Gam Selulosa dan Pati Protein Wei Mikro Zarah, dan juga biopolimer unik lain. Sila lawati www.cpkelco.com untuk maklumat lanjut.
 
 
MAKLUMAT HUBUNGAN:
Michele Cacdac-Jones
Pengarah Komunikasi Global 
Pejabat: +1 678 247 7149
Telefon Bimbit: +1 770 743 0564
michele.cacdac-jones@cpkelco.com
 
Sumber : CP Kelco U.S., Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.