ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  NACD, RIDGE GLOBAL DAN INSTITUT KEJURUTERAAN PERISIAN DI CARNEGIE MELLON UNIVERSITY UMUM PROGRAM PENGAWASAN RISIKO SIBER UNTUK PENGARAH KORPORAT

Thursday 15/09/2016



Program dalam talian akan menganugerahkan sijil pengawasan keselamatan siber buat julung kalinya kepada ahli lembaga

WASHINGTON, 15 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dengan masalah pengawasan risiko siber yang kritikal dan menjadi agenda utama setiap lembaga, Persatuan Pengarah-Pengarah Korporat Kebangsaan (NACD)Ridge Globaldan Bahagian CERT Institut Kejuruteraan Perisian di Carnegie Mellon University hari ini buat julung pertama kalinya mengumumkan pembangunan Program Pengawasan Risiko Siber NACD untuk pengarah-pengarah korporat, yang menganugerahkan Sijil CERT dalam Pengawasan Keselamatan Siber. 

Program tersebut menyatukan keupayaan pembangunan profesional NACD, penetap standard bagi kepimpinan lembaga yang bertanggungjawab; pengalaman Ridge Global yang menyokong eksekutif C-suite dan ketua lembaga; serta kepakaran teknikal siber yang mendalam daripada Bahagian SEI CERT yang terkemuka di dunia bagi menyampaikan program pendidikan siber dan sumber yang menangani tanggungjawab pengawasan risiko siber khusus daripada ahli lembaga dan eksekutif.

“Walaupun tinjauan tadbir urus terkini NACD mendapati hanya 14 peratus daripada responden percaya bahawa lembaga mereka memiliki tahap pemahaman tinggi berkaitan keselamatan siber,” ujar Ken Daly, CEO NACD, “anggota pengarah kami di seluruh negara begitu berminat dan bersemangat dalam meningkatkan keupayaan pengawasan risiko siber mereka.”

Program Pengawasan Risiko Siber NACD akan merangkumi Sijil CERT dalam Pengawasan Keselamatan Siber, berserta beberapa sumber NACD mengenai pengawasan risiko siber seperti Buku Panduan Pengarah NACD mengenai Pengawasan Risiko Siber, iaitu sumber sektor swasta pertama yang akan ditampilkan di laman web Program Sukarela Jabatan Keselamatan Tanah Air3

“Bahagian CERT SEI telah lama menyokong bahawa pihak berkuasa untuk keselamatan perusahaan perlu dipertanggungjawab pada peringkat tadbir urus organisasi—di dalam kalangan lembaga pengarah dan eksekutif kanan,” ujar Robert F. Behler, timbalan pengarah dan COO SEI. “Program Pengawasan Risiko Siber NACD akan membantu para pemimpin kanan memahami, mencapai dan mengekalkan pendirian organisasi dalam risiko siber.” 

Program ini akan disampaikan sepenuhnya dalam talian, membolehkan para pengarah dan eksekutif yang sibuk untuk melengkapkan sijil dari mana-mana lokasi dan mengikut rentak mereka. Program sijil yang berbilang modul dan teguh ini akan meningkatkan pemahaman pengarah korporat tentang risiko keselamatan siber, memperincikan tanggungjawab eksekutif lembaga dan C-suite dalam pengawasan keselamatan siber serta melibatkan para peserta dalam simulasi krisis siber. Kursus ini akan berakhir dalam satu peperiksaan yang komprehensif. Selepas berjaya melengkapkan peperiksaan, para peserta akan memperoleh Sijil CERT dalam Pengawasan Keselamatan Siber.  

“Ancaman siber telah menambah satu lagi lapisan kompleks untuk pengarah korporat apabila mereka membantu menguruskan risiko perniagaan pada abad ke-21 ini,” tegas Gov. Tom Ridge, Setiausaha Keselamatan Tanah Air A.S. yang pertama dan CEO Ridge Global. “Ridge Global berbesar hati untuk bekerjasama dengan NACD dan SEI dalam program inovatif ini bagi membantu ahli lembaga dan eksekutif mengukuhkan keupayaan mereka untuk berganding bahu dengan ketua IT dan perusahaan demi menilai dan mengurangkan risiko digital dengan lebih berkesan.” 

Program Pengawasan Risiko Siber NACD dijangka tersedia pada lewat 2016. 

Lawati www.NACDonline.org/CyberCertificate untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Program Pengawasan Risiko Siber NACD untuk pengarah korporat. 

Mengenai NACD
Persatuan Pengarah-Pengarah Korporat Kebangsaan (NACD) memperkasa lebih daripada 17,000 pengarah untuk memimpin dengan yakin dalam bilik lembaga. Sebagai pihak berkuasa yang diiktiraf mengenai amalan bilik lembaga terkemuka, NACD membantu lembaga mengukuhkan kepercayaan pelabur dan keyakinan orang awam dengan memastikan bahawa pengarah hari ini bersedia dengan sewajarnya untuk cabaran pada masa akan datang. Lembaga-lembaga bertaraf dunia menyertai NACD bagi meningkatkan prestasi, memperoleh pandangan jauh dan memupuk keyakinan. Dengan menjalinkan kerjasama dalam kalangan pengarah, pelabur dan pemegang kepentingan tadbir urus, NACD telah menetapkan standard untuk kepimpinan lembaga yang bertanggungjawab selama 40 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NACD, sila lawati www.NACDonline.org. Untuk menjadi ahli NACD, sila hubungi Steve Kalan di Join@NACDonline.org atau di talian 202-572-2089. Jika anda sudah menjadi ahli, sila hubungi Penasihat Keahlian NACD anda di MembershipAdvisor@NACDonline.org untuk memastikan anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada keahlian anda. 

Mengenai Ridge Global
Ridge Global ialah sebuah firma pengurusan risiko yang diterajui oleh Tom Ridge, Setiausaha Keselamatan Tanah Air A.S. yang pertama dan Gabenor Pennsylvania yang ke-43. Ridge Global bekerjasama dengan eksekutif C-suite dan lembaga di seluruh dunia bagi mengurangkan risiko siber perusahaan dan membina organisasi lebih bingkas melalui perlindungan inovatif dan keupayaan tindak balas, pendidikan siber dan penyelesaian insurans. Ketahui lebih lanjut diwww.ridgeglobal.com

Mengenai Institut Kejuruteraan Perisian
Institut Kejuruteraan Perisian (SEI) ialah sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan yang dibiayai pada peringkat kerajaan persekutuan dan ditaja oleh Jabatan Pertahanan A.S. dan dikendalikan oleh Carnegie Mellon University. SEI bekerjasama dengan organisasi untuk membuat penambahbaikan yang boleh diukur dalam keupayaan kejuruteraan perisian mereka dengan membekalkan kepimpinan teknikal bagi memajukan amalan kejuruteraan perisian. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web SEI di www.sei.cmu.edu. Bahagian CERT SEI merupakan pihak berkuasa dipercayai terkemuka di dunia yang menumpukan pada usaha meningkatkan keselamatan dan ketahanan sistem dan rangkaian komputer serta aset negara dalam bidang keselamatan siber. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.cert.org.  

SUMBER : National Association of Corporate Directors  

Hubungan Media
NACD
Henry Stoever
202-572-2102
hstoever@NACDonline.org

Ridge Global
Steve Aaron
717.554.8614
steve@SRAcommunications.com

Institut Kejuruteraan Perisian
Richard Lynch
412-268-4793
public-relations@sei.cmu.edu 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.