ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  XURA LANTIK RONALD J. DE LANGE KE DALAM LEMBAGA PENGARAHNYA

Monday 19/09/2016



Pemimpin industri mudah alih veteran menyertai Lembaga Pengarah Xura bagi membantu menawarkan perkhidmatan digital generasi akan datang kepada pengendali dan menyokong pecutan pelan pertumbuhan strategik

WAKEFIELD, Mass., 19 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc., iaitu peneraju terkemuka perkhidmatan komunikasi digital, hari ini mengumumkan pelantikan Ronald J. de Lange ke dalam Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa serta-merta.

Dengan pengalaman yang luas dan berkhidmat lebih daripada 36 tahun dalam industri telekomunikasi, Ronald menjawat jawatan Presiden dan CEO Tekelec, Inc., iaitu sebuah syarikat peneraju perisian rangkaian global yang fokus kepada membolehkan orang dan peranti berkomunikasi, menghantar teks dan mengakses internet secara global. Ronal memegang jawatan ini dari tahun 2011 hingga 2013 dan sepanjang tempoh itu, beliau berperanan penting dalam melaksanakan pelan pertumbuhan strategik syarikat dan inisiatif penyedia perkhidmatan generasi akan datang.

“Ron ialah pelopor dalam industri mudah alih dan kami berbesar hati untuk mengalu-alukan beliau ke dalam Lembaga Pengarah Xura, ” kata Hubert de Pesquidoux, Pengerusi Eksekutif Xura dan Rakan Kongsi Eksekutif Siris. “Sepanjang tempoh beliau sebagai CEO Tekelec, Ron membantu mempengaruhi komunikasi mudah alih secara global, membekalkan rangkaian yang penting serta menghantar isyarat kepada lebih 300 penyedia perkhidmatan komunikasi. Kami percaya kepimpinan dan pengalaman Ron akan menjadi sangat bernilai kepada Xura di samping ia berkembang dan menyediakan penyelesaian sambungan kepada pengendali mudah alih di seluruh dunia.”

"Saya gembira kerana Ron telah menyertai Lembaga Xura. Pencapaian cemerlang beliau dan pengetahuan teknikal yang mendalam terhadap pasaran komunikasi digital jelas ditunjukkan dalam kepimpinannya yang efektif di Tekelec. Kepakaran ini, bersama-sama dengan perhubungan kukuhnya dengan pengendali mudah alih akan melengkapkan Lembaga Pengarah dan Pasukan Eksekutif kami dan membantu kami memajukan kepimpinan dan strategi komunikasi digital kami, " kata Philippe Tartavull, Ketua Pegawai Eksekutif Xura.

Mengulas tentang pelantikan beliau, Ronald de Lange memberi komen, "Saya berbesar hati dan gembira menyertai Lembaga Pengarah Xura berikutan pengambilalihan oleh Siris baru-baru ini. Saya berharap untuk bekerja bersama dengan pasukan bagi mempercepatkan strategi kami untuk menyampaikan pemesejan, mel suara, isyarat, keselamatan dan pengewangan yang berprestasi tinggi kepada pelanggan kami."

Sebelum menjadi Presiden dan CEO Tekelec, Ronald berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif kumpulan Penyelesaian Produk Global Tekelec dan veteran selama 24 tahun di Lucent Technologies, iaitu syarikat yang beliau pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan. Sejak tahun 2014, Ronald menjadi pelabur profesional yang terlibat dalam syarikat teknologi peringkat awal kewangan dan mengurus kepentingan perniagaan yang lain. Buat masa ini, Ronald berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga di Radisys Corporation, iaitu syarikat perisian dan sistem bersepadu yang berprestasi tinggi yang fokus dalam membantu penyedia perkhidmatan komunikasi memaksimumkan, memayakan dan menjana keuntungan daripada rangkaian mereka.

Mengenai Xura, Inc.
Xura menawarkan portfolio penyelesaian perkhidmatan digital yang membolehkan komunikasi global merentasi pelbagai peranti mudah alih dan platform. Kami membantu penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) dan perusahaan menavigasi dan menjana keuntungan daripada ekosistem digital untuk mencipta pengalaman baharu dan inovatif melalui tawaran berasaskan awan kami. Penyelesaian kami menjangkau lebih daripada tiga bilion orang melalui 350+ penyedia perkhidmatan dan perusahaan di 140+ negara. Anda boleh menemui kami di Xura.com.

Panggilan Media:
Maria Hudson
Xura
maria.hudson@xura.com
+44 7967813429

SUMBER : Xura, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.