ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MENGUMUMKAN IC PENERIMA KUASA TANPA WAYAR 15W YANG DISAHKAN QI V1.2 YANG PERTAMA DALAM INDUSTRI

Monday 19/09/2016



TOKYO, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation  (TOKYO: 6502) hari ini mengumumkan bahawa IC penerima kuasa tanpa wayar mereka, "TC7766WBG" telah disahkan sebagai patuh Qi[1] v1.2 EPP (Profil Kuasa Yang Diperluaskan) oleh Konsortium Kuasa Tanpa Wayar (WPC). TC7766WBG adalah satu-satunya IC penerima kuasa 15W Qi yang disahkan di dalam industri[2].
 
TC7766WBG juga mempunyai pakej[2] paling kecil bagi mana-mana penerima cip tunggal yang patuh Qi v1.2, yang menyumbang kepada realisasi mudah bagi sistem penerima Qi v1.2 yang padat. Di samping itu, dengan mengakses daftar TC7766WBG melalui I2C antara muka[3],  TC7766WBG menyediakan reka bentuk kawalan dan sistem yang fleksibel.
 
Toshiba mempunyai dua penerima yang patuh Qi v1.2: TC7766WBG-M000 untuk 15W; dan TC7766WBG-M010, yang patuh dengan Profil Kuasa Garis Dasar untuk 5W. Kedua-dua IC adalah dalam pengeluaran besar-besaran.
 
Ciri-ciri Utama
Patuh WPC Qi v1.2
Kuasa output maksimum : 15W
Arus output maksimum : 1.7A
Setting voltan output : 5V to 14V
Pelbagai fungsi perlindungan
Antara muka[3] I2C yang serasi: Penerima hos pengawal boleh bertukar-tukar maklumat dengan satu pemancar yang serasi dan mengakses daftar status operasi TC7766WBG melalui satu antara muka I2C. Ini, sebagai contoh, membolehkan pengguna dimaklumkan mengenai status mengecas tanpa wayar yang dipaparkan bagi sesebuah peranti mudah alih.
 
Penggunaan
Peranti mudah alih (Telefon pintar, telefon yang mempunyai ciri-ciri, tablet), peranti perindustrian dan sebagainya.
 
Spesifikasi Utama
Nombor Bahagian
(Kuasa Output Maksimum)
 TC7766WBG-M000 (15W)
TC7766WBG-M010 (5W)
Pemancar/ Penerima Penerima
Kaedah Penghantaran Induksi elektromagnet
Pakej WCSP28; 2.4 x 3.67 x 0.5 (mm)
 
[1] Standard antarabangsa untuk mengecas tanpa wayar seperti yang ditakrif oleh WPC.
[2] Setakat 16 September, 2016, tinjauan Toshiba.
[3] Satu antara muka bersiri yang dibangunkan oleh Philips.
 
Halaman produk WPC’s Qi yang disahkan:
https://www.wirelesspowerconsortium.com/products/details/1674/tc7766wbg-m000
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC7766WBG®ion=apc&lang=en
 
Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Pemasaran dan Jualan IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2826
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51421442&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160915006688/en
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.