ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  FORUM NCD ALLIANCE GLOBAL KEDUA AKAN DIADAKAN DI SHARJAH, UAE PADA DISEMBER 2017

Monday 19/09/2016



Acara sampingan sempena Perhimpunan Agung PBB ke-71 di New York
 
NEW YORK, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NCD Alliance pada petang semalam mengumumkan bahawa Forum NCD Alliance Global kedua akan berlangsung pada 9 Disember hingga 11 Disember 2017 di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
 
Pengumuman itu dibuat pada majlis makan malam peringkat tinggi yang berlangsung pada acara sampingan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-71 di New York, yang bertajuk "Melihat ke Hadapan ke Tahun 2018: Momentum Yang Berterusan ke atas NCD untuk Memacukan Kemajuan".
 
Forum itu akan diadakan di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikha Jawaher binti Mohammed Al Qasimi, Isteri kepada Raja Sharjah dan Pengasas dan Penaung Friends of Cancer Patients atau Rakan Pesakit Kanser (FoCP), dan dianjurkan bersama oleh NCD Alliance dan Friends of Cancer Patients di Sharjah, UAE.
 
Forum NCD Alliance Global yang pertama berlangsung pada November 2015 di Sharjah, yang menghimpunkan masyarakat madani NCD dari seluruh pelusuk dunia buat kali pertama, yang menghasilkan dalam pertambahan pengetahuan dan kemahiran sokongan, rangkaian dan penyambungan baharu, dan juga Deklarasi Sharjah mengenai NCD yang menjadi mercu tanda. Yang ketara, kerajaan Sharjah komited untuk memperjuangkan isu kesihatan dan pembangunan yang penting ini.
 
"Penyakit tidak berjangkit – seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, kanser dan penyakit pernafasan kronik – bertanggungjawab untuk 68% daripada kematian di seluruh dunia. Mereka menyebabkan cabaran ekonomi yang besar bagi orang ramai, keluarga mereka dan masyarakat, dan menjejaskan daya pengeluaran ekonomi negara," kata Puan Yang Terutama Ameera Binkaram, Presiden Lembaga Pengarah, Friends of Cancer Patients.
 
Encik Jose Luis Castro, Pengerusi NCD Alliance berkata, "Berikutan kejayaan Forum 2015 dan keperluan untuk pengukuhan berterusan bagi tindakan kebangsaan dan serantau dalam NCD, NCD Alliance telah menanam pembangunan kapasiti di dalam Pelan Strategik 2016-2020 mereka.
 
Forum 2015 itu menghimpunkan masyarakat madani NCD pada masa yang penting – dua bulan selepas pemimpin-pemimpin dunia menerima pakai Matlamat Pembangunan Lestari PBB. "Waktu penganjuran Forum seterusnya adalah sama penting," kata Johana Ralston, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Persekutuan Jantung Sedunia dan Naib Pengerusi NCD Alliance. "Forum itu akan memberi peluang untuk menggerakkan masyarakat NCD menjelang kajian semula Peringkat Tinggi PBB 2018 mengenai NCD. Kami akan menyatukan seluruh keutamaan bagi pencapaian penting global yang berikutnya, dan menyusun strategi untuk memastikan kami mencapai keputusan yang bermakna untuk pencegahan dan kawalan ND".
 
Katie Dain, Pengarah Eksekutif bagi NCD Alliance berkata, "Kami percaya bahawa pergerakan masyarakat madani NCD yang bertenaga dan kuat mampu menggerakkan  empat peranan utamanya - kesedaran, sokongan, akauntabiliti, dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan penting - adalah penting untuk mempercepatkan kemajuan yang berkekalan di dalam NCD. Forum 2017 memberikan kami platform yang diperlukan untuk memberi tumpuan dan melengkapkan pergerakan masyarakat madani NCD untuk menunaikan peranan utama dan menumpukan tekanan bagi memenuhi sasaran global yang bercita-cita tinggi dan menyampaikan kemajuan negara".
 
Hubungi
FoCP
Maha Abu Rich, Talian Terus: +971 6 5544 944
Telefon Bimbit: +971 50 222 0503
E-mel: m.abourich@nncpr.com

 
Sumber: FoCP
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160919005540/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.