ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TA ASSOCIATES UMUM PELABURAN YANG BESAR DI DALAM RADIXX INTERNATIONAL

Tuesday 20/09/2016



BOSTON, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TA Associates, sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan satu pelaburan yang besar di dalam Radixx International, Inc., sebuah pembekal terkemuka di dalam industri pengedaran perjalanan dan perisian sistem perkhidmatan penumpang bagi tempahan penerbangan, pengedaran dan perdagangan. Terma kewangan bagi urus niaga itu tidak didedahkan.
 
Radixx menawarkan satu Sistem Perkhidmatan Penumpang SaaS berasaskan awan (PSS) yang direka untuk membantu syarikat penerbangan meningkatkan keuntungan dan memaksimumkan produktiviti melalui pengedaran produk dan perkhidmatan secara meluas. Suite produk syarikat itu menampilkan teknologi moden dan fleksibel yang membolehkan syarikat penerbangan untuk menjual kepada penumpang bertiket di semua peringkat - dalam talian, melalui pusat panggilan dan di lapangan terbang - dan melalui pelbagai saluran, termasuk terus kepada pengguna, melalui ejen pelancongan dan operator pelancongan, dan melalui sistem pengedaran global. Penyelesaian Radixx menyediakan kepada syarikat penerbangan dengan beberapa keupayaan seperti menetapkan peraturan tambang dan harga secara dinamik, mengedarkan inventori, menawarkan jualan sampingan di lapangan terbang, menguruskan daftar masuk penumpang, dan membolehkan hampir kesemua kaedah dan jenis pembayaran dalam pelbagai mata wang. Syarikat itu juga mempunyai penerbangan kerap berasaskan web kendiri yang direka untuk menyediakan kepada syarikat penerbangan dengan program pengurusan kesetiaan yang berkesan. Radixx memberi perkhidmatan kepada lebih 40 pelanggan di enam benua di lebih 20 buah negara. Ditubuhkan pada tahun 1993, Radixx beribu pejabat di Orlando, Florida.
 
"Kami percaya Radixx berada pada kedudukan yang baik di pasaran PSS dan menikmati momentum yang signifikan, terutamanya di negara-negara membangun," kata Elizabeth de Saint-Aignan, seorang Prinsipal di TA Associates yang akan menyertai Lembaga Pengarah Radixx. "Radixx menyediakan satu platform moden, fleksibel dan berskala yang boleh berskala dengan pelanggan, memenuhi keperluan teknologi yang kompleks bagi syarikat penerbangan pelbagai saiz daripada syarikat penerbangan tambang rendah yang lebih kecil kepada syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang besar. Kami gembira kerana dapat melengkapkan pelaburan proprietari ini di dalam Radixx dan menggunakan sumber-sumber kami untuk membantu mengembangkan lagi syarikat itu."
 
"Kami melihat pelaburan itu oleh sebuah firma yang berpengalaman seperti TA Associates sebagai satu pencapaian yang ketara di dalam evolusi Radixx, menunjukkan bukan sahaja kejayaan kami setakat ini, tetapi juga prospek pertumbuhan yang besar di masa hadapan," kata Ron Peri, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, Radixx International, Inc. "Kami percaya penyelesaian perusahaan PSS kami yang fleksibel dan dinamik menawarkan kelebihan daya saing yang ketara berbanding dengan sistem legasi, dan kami yakin ia akan terus membuktikan sangat menarik kepada pembawa inovatif. Kami mengalu-alukan TA sebagai pelabur institusi kami yang pertama dan mengalu-alukan kerjasama erat dalam membina nilai tambahan yang signifikan di dalam Radixx."
 
Menurut Technavio, pasaran penerbangan tambang murah global dijangka akan meneruskan perkembangan pesatnya, dengan anggaran kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 10.4% dari tahun 2015 sehingga tahun 2019. Mengikut wilayah, CAGR di Asia Pasifik, Amerika, dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dijangka masing-masing pada 20%, 5% dan 0.9%, dalam tempoh ini. Atas dasar kerusi penerbangan, kapasiti pasaran dijangka meningkat dari 1.496 juta kerusi pada tahun 2014 kepada 2.456 juta pada tahun 2019.
 
"Penyahkawalseliaan industri global dan yang mengakibatkan penurunan kadar tambang adalah kritikal kepada pertumbuhan pesat di dalam pengangkutan udara di negara maju dan negara membangun, menyediakan akses kepada pengangkutan udara untuk kumpulan yang kurang diberi pendedahan dari segi sejarah," kata Kurt R. Jaggers, seorang Pengarah Urusan di TA Associates yang juga akan menyertai Lembaga Pengarah Radixx. "Radixx memberi perkhidmatan kepada syarikat-syarikat penerbangan pelbagai saiz dengan teknologi moden yang membolehkan penjualan bertiket dan tanpa tiket, dan membolehkan syarikat penerbangan menjalankan operasi menggunakan model perniagaan yang menguntungkan. Memandangkan kekuatan kedudukan pasarannya, kami yakin bahawa Radixx akan terus meraih manfaat daripada pertumbuhan pesat di dalam pengangkutan udara."
 
Goodwin menyediakan perkhidmatan penasihat undang-undang untuk TA Associates. Seyfarth Shaw berkhidmat sebagai penasihat undang-undang bagi pihak Radixx.
 
Maklumat mengenai Radixx International
 
Radixx International, Inc., yang beribu pejabat di Orlando, Florida, kini menyampaikan Sistem Perkhidmatan Penumpang yang berasaskan awan generasi kelima mereka. Direka daripada permulaannya sebagai sebuah platform perdagangan bagi syarikat penerbangan untuk menjual apa-apapun, Radixx International adalah sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pengedaran syarikat penerbangan bagi generasi akan datang. Radixx Air adalah sebuah sistem perusahaan lengkap yang memenuhi keperluan hibrid, syarikat penerbangan tradisional dan berkos rendah, termasuk sokongan untuk urus niaga di antara syarikat penerbangan, perkongsian kod dan pengedaran melalui GDS. Ditubuhkan pada tahun 1993 dan kini menghoskan syarikat penerbangan di enam benua, penyelesaian Radixx yang bersepadu sepenuhnya dan berasaskan awan menyokong kesemua model perniagaan syarikat penerbangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.radixx.com.
 
Maklumat mengenai TA Associates
 
TA Associates adalah satu daripada firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terbesar dan paling berpengalaman. Firma itu telah melabur dalam lebih 460 buah syarikat di seluruh dunia dan telah mengumpul $24 bilion dalam modal. Dengan mempunyai pejabat di Boston, Menlo Park, London, Mumbai dan Hong Kong, TA Associates mengetuai belian kuasa dan pemodalan semula minoriti bagi syarikat-syarikat yang pertumbuhannya menguntungkan di dalam industri pengguna, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan industri teknologi. Maklumat lanjut mengenai TA Associates boleh diperolehi di www.ta.com.
 
Hubungi
TA Associates
Marcia O’Carroll, 617-574-6796
mocarroll@ta.com
atau
BackBay Communications
Philip Nunes, 617-391-0792
phil.nunes@backbaycommunications.com

 
Sumber: TA Associates
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51422692&lang=en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.