ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PERWAKILAN DUNIA BERKUMPUL UNTUK PERTUKARAN BUDAYA LALUAN SUTERA

Tuesday 20/09/2016



AsiaNet : 65806

LANZHOU, China, 20 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Perwakilan dari 85 buah negara, lima pertubuhan antarabangsa dan 66 institusi luar negara akan menghadiri Ekspo Kebudayaan Antarabangsa Laluan Sutera di Bandar Raya Dunhuang, Wilayah Gansu di barat laut China dari Selasa.
 
Menurut Timbalan Pengarah ekspo Liang Yanshun, satu sidang kemuncak, lima forum kecil dan lima forum khas akan diadakan dalam tempoh dua hari semasa acara itu berlangsung untuk menjanakan cadangan yang membina pada pertukaran budaya dan kerjasama antara kerajaan.
 
Satu pameran yang mengandungi 8,000 barang pamer akan dikhususkan kepada pencapaian budaya oleh lebih 60 buah negara di sepanjang Belt and Road. Ekspo itu adalah satu-satunya festival budaya antarabangsa khusus untuk negara-negara Belt and Road.
 
Wilayah Gansu merancang untuk menandatangani 10 perjanjian dengan negara-negara yang mengambil bahagian dan pertubuhan antarabangsa, bersama-sama dengan kira-kira 90 perjanjian kerjasama kebudayaan yang bernilai lebih 100 bilion yuan (15 bilion dolar Amerika).
 
Sumber: Pasukan Publisiti untuk Jawatankuasa Eksekutif bagi Laluan Sutera (Dunhuang) Expo Kebudayaan Antarabangsa
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=276305
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=276306

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.