ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  THE ROHATYN GROUP BUKA PEJABAT DI SEOUL KOREA

Wednesday 21/09/2016



Firma Mendalami Kehadiran Ekuiti Persendirian di Asia
 
NEW YORK, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Rohatyn Group ("TRG"), sebuah firma pengurusan aset terkemuka di pasaran baru muncul, hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuka sebuah pejabat baharu di Seoul, Korea, pejabat ke-15 firma itu di seluruh dunia. Pejabat itu akan dikhususkan untuk mencari peluang-peluang ekuiti persendirian domestik di Korea, yang melengkapkan keupayaan pelaburan TRG yang sedia ada di Asia, termasuk ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur dan pendapatan tetap.
 
Rakan TRG, Chris Seaver, berkata, "Mewujudkan satu kehadiran formal di Korea adalah lanjutan logik di dalam strategi ekuiti persendirian kami di Asia. Korea adalah satu alternatif kepelbagaian yang menarik bagi pelabur di mana portfolio ekuiti persendirian banyak diwajarkan ke arah Amerika Syarikat dan Eropah. Selain itu, persekitaran kawal selia yang baik dan dapat diramal, yang merupakan contoh jalan keluar yang berjaya, dan asas LP tempatan yang aktif menambahkan kepada daya tarikan negara itu.”
 
Gordon Cho, Pengarah Urusan TRG, akan menguruskan pejabat itu dan mengetuai inisiatif tempatan firma berkenaan. Encik Cho berkata, "Aliran perjanjian Korea kekal kukuh, dengan didorong oleh penyusunan semula chaebol iaitu konglomerat perniagaan milik keluarga yang berterusan, urus janji sekunder dan syarikat-syarikat yang mencari set pilihan pembiayaan yang lebih luas. Kami melihat syarikat-syarikat Korea sebagai calon yang mantap untuk pengembangan di Asia, satu tempat teras kepakaran bagi TRG, memandangkan kualiti yang tinggi dan populariti produk Korea."
 
Pelaburan TRG di Korea pada masa ini termasuk syarikat portfolio BHC Company Ltd., dan anak syarikatnya Changgo43, Big Two Co., Ltd. dan Bokang Enterprise, Ltd.
 
Maklumat mengenai TRG
 
Ditubuhkan pada tahun 2002, The Rohatyn Group adalah sebuah firma pengurusan aset terkemuka di pasaran baru muncul yang beribu pejabat di New York, dan mempunyai pejabat di seluruh dunia termasuk Singapura, Hong Kong, Seoul, London, Buenos Aires, Lima, Montevideo, Mexico City, São Paulo, Mumbai dan New Delhi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rohatyngroup.com
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160920006796/en/
 
Hubungi
TRG:
Sard Verbinnen & Co
Paul Caminiti/ Chris Kittredge/ Julie Rudnick, 212-687-8080

Sumber: The Rohatyn Group  
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.