ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ZHEN-AO MENERAJUI DI DALAM PROGRAM "CHINA SIHAT"

Wednesday 21/09/2016



AsiaNet 65822

Dalian, China, 21 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Nuclein, kini dikenali sebagai asid nukleik, kali pertama ditemui dalam sel nukleus oleh ahli biologi Switzerland Friedrich Miescher pada tahun 1868. Kemudian, pada tahun 1953, ahli biofizik British Francis Crick dan ahli biokimia Amerika Syarikat, James Watson menemui model heliks berganda bagi struktur DNA dan menggerakkan penyelidikan nuklid itu kepada satu  peringkat baharu, yang membawa satu era baharu bagi sains hayat.
 
ZHEN-AO adalah yang mula memperkenalkan asid nukleik untuk kegunaan awam di China. ZHEN-AO, yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Lembah Bio ZHEN-AO, terletak di Zon Pembuatan Peralatan Termaju Dalian dengan keluasan kawasan 38,000 meter persegi dan jumlah pelaburan sebanyak lebih 2.2 bilion yuan.
 
Setelah 20 tahun pembangunan, ZHEN-AO telah menjadi satu daripada perusahaan yang terkemuka di dalam kedua-dua industri bioteknologi Dalian dan juga industri kesihatan China. Di samping itu, ZHEN-AO telah mewujudkan perhubungan kerjasama jangka panjang dengan satu dozen institusi penyelidikan dan lebih 100 ahli sains di dalam negeri dan di luar negara.
 
Pada tahun-tahun akan datang, ZHEN-AO akan memberi tumpuan kepada industri kesihatan dan berpegang kepada matlamat strategik untuk membangunkan dirinya menjadi sebuah perusahaan yang meraih keuntungan, berdaya saing dan kelestarian. ZHEN-AO juga akan mengemukakan pelan tindakan bagi sistem perkhidmatan kesihatan dengan meningkatkan kedua-dua alam sekitar dan pengurusan untuk industri perkhidmatan kesihatan. Dengan kelebihan teras dan daya saing mereka, ZHEN-AO akan terus bergerak ke hadapan dan membangunkan diri untuk menjadi sebuah syarikat bioteknologi yang terkemuka di China dengan daya saing antarabangsa.
 
Sumber: ZHEN-AO
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=276397
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.