ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA LALUAN SUTERA KE-3 BERMULA DI XI'AN

Wednesday 21/09/2016



AsiaNet 65824
 
XI'AN, China, 21 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada petang 19 September, Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-3 (SRIFF) bermula di bandar raya purba Xi'an.  Festival filem lima hari itu akan mempamerkan daya tarikan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera itu dan bertindak sebagai satu jambatan penting untuk menggalakkan penyatuan dan pembangunan di kalangan budaya.
 
Di bawah tema "Filem dalam Pembangunan, Kebudayaan dengan Kepelbagaian", SRIFF tahun ini mempunyai unit-unit yang pelbagai termasuk Anugerah Filem, Tayangan Filem, Forum Filem, Pasaran Filem, Persembahan Kebudayaan dan lain-lain. Acara itu menarik 676 filem dari 35 buah negara termasuk China, Rusia, Jepun, Jerman, Korea Selatan untuk mengambil bahagian di mana Drama Terbaik, Ciri Dokumentari Terbaik, Ciri Animasi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan anugerah lain akan dipilih.
 
Ditubuhkan pada tahun 2014 dan mengutamakan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera, SRIFF dianjurkan berselang seli oleh Xi'an dan Fuzhou, dua bandar raya permulaan "Inisiatif Belt dan Road", dan terkenal sebagai satu platform utama untuk pertukaran budaya filem di kalangan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera. SRIFF tahun ini menandakan edisi ketiga bagi acara ini dan akan diadakan selama lima hari dari 19 September hingga 23 September.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-3
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=276408
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.