ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  TOSHIBA LANCAR PAKEJ GEGANTI FOTO 4-PIN SO6 DENGAN SUHU PENGENDALIAN MAKSIMUM 110 DARJAH CELSIUS

Wednesday 21/09/2016



Struktur acuan berganda produk bebas halogen yang menjamin pengasingan voltan sehingga 3750 Vrms ditambah kepada barisan produk
 
TOKYO, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan penambahan dua produk baharu kepada barisan geganti foto untuk digunakan dalam peralatan pengukuran, sistem keselamatan dan aplikasi lain. Geganti foto itu mempunyai pakej SO6 4-pin yang boleh beroperasi pada suhu maksimum 110 darjah Celsius. Geganti foto yang baharu itu adalah bebas halogen[1]  dengan satu struktur acuan berganda yang menjamin pengasingan voltan sehingga 3750 Vrms. Penghantaran bermula dari hari ini.
 
"TLP172AM" dan "TLP172GM" menggunakan teknologi pelbagai cip dan telah dibangunkan sebagai spesifikasi tinggi, versi serasi pin bagi produk pakej 2.54SOP Toshiba yang sedia ada, "TLP172A" dan "TLP172G". Satu struktur acuan berganda meningkatkan pengasingan voltan minimum sehingga 3750 Vrms berbanding dengan 1500 Vrms bagi produk pada masa ini.
 
Penggunaan bagi geganti foto baharu itu termasuk sistem automasi kilang, sistem pengurusan bateri (BMS), sistem keselamatan, peralatan telekomunikasi, sistem loT dan penggantian bagi geganti mekanikal.
 
Sila klik di sini untuk Spesifikasi Utama

Nota
[1] Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company mentakrifkan produk bebas halogen dan bebas antimoni sebagai yang memenuhi kesemua syarat-syarat berikut: (a) mengandungi bromin (Br) dan klorin (Cl) tidak lebih daripada 900 bahagian bagi setiap juta (ppm) mengikut berat bagi setiap elemen, dan mengandungi bromin dan klorin di dalam jumlah agregat tidak melebihi 1500 ppm mengikut berat; dan (b) mengandungi tidak lebih daripada 1000 antimoni ppm (Sb) mengikut berat. Untuk mengelakkan keraguan, produk Bebas Halogen/ Bebas Antimoni mungkin tidak sepenuhnya bebas daripada bromin, klorin, atau antimoni, dan mungkin mengandungi elemen lain dari keluarga halogen.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk baharu dan geganti foto Toshiba.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Optoelektronik & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3431
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51424662&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160921005556/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.