ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENAWARKAN BUFET MANISAN, KOKTEL DAN MENU BERTEMAKAN "ALICE IN WONDERLAND"

Thursday 22/09/2016



TOKYO, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menawarkan menu istimewa yang berdasarkan kepada tema "Pengembaraan Alice in Wonderland," novel yang tak lapuk dek zaman yang ditulis oleh Lewis Carroll, di tiga buah restoran di dalam hotel kami dari 1 Oktober 2016 hingga 31 Januari, 2017. Di restoran makan sepanjang hari kami, terdapat satu bufet manisan yang dipanggil “Alice’s Sweets Party,” manakala ruang istirehat dan restoran kami menawarkan pelan hidangan yang merangkumi perkhidmatan minuman tanpa had berharga tetap selama tiga jam.
 
Restoran All Day Dining “Jurin” akan menyediakan sandwic buah-buahan yang mencontohi pelbagai suit daun terup, krim paf dalam imej pasangan kembar Tweedle Dee dan Tweedle Dum, dan sebanyak 30 pencuci mulut berbeza yang indah dan lazat untuk dinikmati oleh tetamu sebagai sebahagian daripada bufet pencuci mulut. Di samping itu, hadiah istimewa akan diberikan kepada tetamu yang memakai pakaian dan aksesori yang mencontohi watak-watak Lewis, yang menyerlahkan suasana "Pengembaraan Alice in Wonderland" semasa acara ini.
 
Di Ruang Istirehat Koktel dan Teh, pelayan bar kami Yuki Kato, yang telah memenangi kejuaraan agung bagi Anugerah Gabenor Tokyo pada "Pertandingan Koktel ke-8" yang diadakan oleh Persatuan Pelayan Bar Hotel, akan menyediakan koktel unik yang dicipta dalam imej novel itu. "Magical Cocktail Night Plan," satu perkhidmatan minuman tanpa had berharga tetap selama tiga jam akan disediakan untuk tetamu wanita sebagai sebahagian daripada acara tersebut.
 
Chef kami Toshiyuki Tomokuni dari Restoran the French and Italian Cuisine “Duo Fourchettes” telah mengambil idea-idea untuk mencipta pasta buatan sendiri yang berbentuk hati, piza margarita yang berbentuk berlian dan pencuci mulut waktu minum teh khas pada pukul 3 dalam imej Arnab Putih dan jamnya. Makanan khas ini akan disajikan dalam satu pelan makanan wanita selama tiga jam yang termasuk minuman.
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang bertaraf hebat, dan layanan yang mesra. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawangYouTubeFacebook atau Instagram kami.
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51423702&lang=en
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp
 
Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160921005076/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.