ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  BIOLINE MELANCARKAN CAMPURAN SENSIFAST(TM) BAHARU YANG SEDIA LIOFILISASI DAN TIADA ROX

Thursday 22/09/2016



CINCINNATI, Sept 22 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, The PCR Company, iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO), berbesar hati untuk mengumumkan keluaran seluruh dunia bagi Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi Tiada ROX daripada Bioline, untuk menyertai rangkaian produk PCR masa nyata SensiFAST.

Bioline telah membangunkan satu campuran qPCR yang sedia diguna dan serasi dengan liofilisasi, iaitu Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX. Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX mempunyai prestasi kelajuan dan boleh ulang semula yang sama seperti formulasi 'lembab' SensiFAST, tetapi Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX boleh diliofilisasi dengan primer dan prob khusus cerakin yang dibekalkan kepada pelanggan serta boleh disimpan pada suhu bilik, menjadikannya paling sesuai untuk sistem daya pemprosesan tinggi yang automatik.

Marco Calzavara, Presiden Bioline berkata, “Saya amat gembira untuk mengumumkan keluaran Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX sebagai ahli yang baru bagi rangkaian SensiFast berasaskan PCR masa nyata kami. Campuran baharu ini akan membolehkan penyelidik menjalankan liofilisasi dan menyimpan cerakin PCR masa nyata mereka pada suhu bilik serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan keperluan penyimpanan dan penghantaran.”

Richard L. Eberly, Presiden, Ketua Pegawai Komersial, menyatakan, “Kami amat gembira untuk mengeluarkan Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX kerana ia ideal bagi pengilang diagnostik in-vitro, makmal diagnostik klinikal, syarikat Bioteknologi dan biofarmaseutikel, dengan mengurangkan ruang simpanan sejuk, pembaziran produk dan masa di samping mengekalkan sensitiviti dan kebolehulangan yang dijangkakan dengan kit qPCR SensiFAST. Kami kekal komited dalam usaha membekalkan inovasi dan produk berkualiti seperti Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX kepada pelanggan penyelidikan dan industri kami di seluruh dunia.”

Mengenai Meridian Bioscience, Inc.
Meridian ialah syarikat sains hayat berintegrasi penuh yang membangunkan, mengilangkan, memasarkan dan mengedar pelbagai jenis kit ujian diagnostik yang inovatif, reagen ditulenkan dan produk berkaitan serta menawarkan teknologi yang mendayakan biofarmaseutikal. Dengan menggunakan pelbagai kaedah, produk dan ujian diagnostik ini dapat menyediakan ketepatan, keringkasan dan kepantasan apabila mendiagnosis secara awal dan merawat keadaan perubatan biasa seperti jangkitan gastrousus, virus dan pernafasan, serta tahap plumbum dalam darah. Produk diagnostik Meridian digunakan di luar tubuh manusia dan memerlukan sedikit atau tiada peralatan khas. Produk Syarikat ini direka bentuk bagi meningkatkan kesejahteraan pesakit di samping mengurangkan jumlah kos penjagaan kesihatan. Meridian mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang jangkitan gastrousus dan pernafasan bahagian atas; diagnosis serologi, parasitologi dan jangkitan fungus, serta ujian tahap plumbum dalam darah. Di samping itu, Meridian ialah pembekal reagen nadir, teknologi biologi khusus dan berkaitan yang digunakan oleh syarikat biofarmaseutikal yang menjalankan kajian bagi ubat-ubatan dan vaksin baru. Syarikat ini memasarkan produk dan teknologinya kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pengilang diagnostik dan syarikat bioteknologi di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia. Saham Syarikat ini diniagakan dalam NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Alamat laman web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.

Untuk Maklumat tambahan:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bioline, sila lawati http://www.bioline.com

SUMBER: Meridian Bioscience, Inc. 

MAKLUMAT HUBUNGAN:

Richard L. Eberly Presiden,

Ketua Pegawai Komersial

Meridian Bioscience, Inc. 

Telefon: 513.271.3700

Rick.eberly@meridianbioscience.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.