ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  MANUFACTURING WORLD OSAKA 2016 - PAMERAN PERDAGANGAN TERKEMUKA JEPUN BAGI INDUSTRI PEMBUATAN

Monday 26/09/2016



Mengatasi rekodnya sendiri! 1,180 pempamer dari seluruh pelusuk dunia
 
OSAKA, Jepun, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur pameran perdagangan yang terbesar di Jepun, mengumumkan bahawa Manufacturing World Osaka 2016, pameran perdagangan yang terkemuka di Jepun bagi industri pembuatan, akan muncul kembali di INTEX Osaka dari 5 Oktober hingga  7 Oktober, 2016 dengan skala yang terbesar dalam sejarahnya.
 
Dianjurkan dengan skala terbesar yang pernah diadakan!
 
Menurut sokongan yang besar daripada industri pembuatan di Jepun dan Asia, bilangan pempamer pada tahun 2016 dijangka mencecah 1,180* dari seluruh pelusuk dunia. Angka ini adalah yang terbesar dalam sejarah Manufacturing World Osaka dan peningkatan 11% dari tahun lepas.
 
Bilangan pengunjung dijangka mencapai 51,000* dan mereka akan membanjiri tempat pameran semasa tempoh pameran selama tiga hari itu. Daripada kaji selidik prapendaftaran pengunjung, motivasi pengunjung untuk membeli daripada pempamer adalah sangat tinggi. *Angka jangkaan
 
Lebih banyak pempamer antarabangsa, tempat pertemuan yang terbaik untuk perniagaan global!
 
Bilangan pempamer antarabangsa bagi pameran 2016 dijangka mencapai 200* dan angka ini juga menunjukkan peningkatan 11% dari tahun lepas. Ini adalah jumlah terbesar dalam sejarah Manufacturing World Osaka. "Fakta ini bermakna bahawa Manufacturing World Osaka berkembang untuk menjadi pameran perdagangan bertaraf dunia dan pameran ini jelas merupakan satu platform global bagi pempamer antarabangsa untuk mengembangkan perniagaan baharu dengan pengeluar Jepun,” kata Takeshi Fujiwara, Pengarah Pameran bagi Manufacturing World. "Kami berharap agar terdapat sejumlah besar pertemuan yang berjaya di antara pempamer antarabangsa dan pengunjung Jepun di Manufacturing World Osaka 2016 dan ia akan membawa kepada inovasi yang boleh membuat kereta, elektronik pengguna, kereta api, kapal terbang dan lain-lain dengan lebih baik."  *Angka jangkaan
 
Pameran perdagangan yang dinanti-nanti! Ekspo Kemudahan & Peralatan Kilang Pertama, FacTex Osaka, akan akhirnya dilancarkan di dalam Manufacturing World Osaka 2016.
 
Memandangkan Osaka terkenal sebagai satu daripada asal-usul industri pembuatan di Jepun, terdapat sejumlah besar kilang, loji dan gudang di Osaka dan kawasan Jepun barat. Ekspo Kemudahan & Peralatan Kilang Pertama, FacTex Osaka, adalah pameran perdagangan di mana mereka yang menguruskan kilang, loji dan gudang mereka boleh mencari produk dan perkhidmatan yang hebat untuk mengurus atau menyenggarakan kilang-kilang mereka dengan lebih baik daripada sekarang.
Pameran ini adalah pameran perdagangan yang sangat unik dalam konsepnya walaupun di kalangan dunia sehingga FacTex Osaka diberikan perhatian yang besar bukan sahaja dari Jepun, tetapi juga dari seluruh dunia.
 
Sesi Dasar – Pemimpin-pemimpin industri berucap mengenai topik terbaharu mereka
 
Sesi dasar akan diadakan sebagai acara yang serentak dengan pameran perdagangan. Pemimpin utama industri daripada pengeluar terkemuka dunia seperti NISSAN, PANASONIC, SIEMENS, DENSO, FANUC, BECKHOFF, FUJITSU, dan lain-lain akan mengumumkan topik terkini mereka untuk automotif masa hadapan, industri 4.0, teknologi loT bagi industri pembuatan dan lain-lain. Kira-kira 5,000 orang dijangka menyertai seminar itu (4,636 hadirin pada pameran 2015. Angka ini tidak dikira sekali ganda dengan pengunjung pameran perdagangan.)
 
Sesi Dasar (M-K)
Hideyuki Sakamoto, Naib Presiden Eksekutif, NISSAN MOTOR CORPORATION
“Cabaran: Menghasilkan kenderaan generasi baharu oleh NISSAN”

Pendaftaran Pengunjung kini dibuka! Memohon untuk mendapatkan Tiket Pameran bagi kemasukan secara percuma!
 
Untuk masuk secara percuma ke Manufacturing World Osaka 2016, pengunjung perlu memohon bagi pendaftaran pengunjung melalui laman web rasmi. Sekarang pendaftaran pengunjung dibuka pada laman web rasmi. Akses kepada URL berikut dan lengkapkan borang pendaftaran bagi Tiket Pameran.
 
Pendaftaran Tiket Pameran:
http://www.japan-mfg.jp/en/osaka/inv/
 
Permohonan Lawatan Berkumpulan (Kumpulan itu dengan lebih 6 orang):
http://www.japan-mfg.jp/en/osaka/inv_group/
 
Maklumat mengenai Manufacturing World Osaka 2016

Tarikh /Tempat /Penganjur
Tarikh: 5 Oktober (Rabu) – 7 Oktober (Jumaat), 2016
Tempat: INTEX Osaka, Jepun
Dianjurkan oleh: Reed Exhibitions Japan Ltd.
 
Pameran diadakan di dalam Manufacturing World Osaka 2016
  • Ekspo Teknologi Komponen & Bahan Mekanikal ke-19 [M-Tech Osaka]
  • Ekspo Reka Bentuk Kejuruteraan & Penyelesaian Pembuatan ke-19 [DMS Osaka]
  • Ekspo Kemudahan & Peralatan Kilang Pertama [FacTex Osaka]
 
Pautan berkaitan

Manufacturing World Osaka 2016: http://www.japan-mfg.jp/en/osaka/
Senarai Pempamer: http://www.japan-mfg.jp/en/osaka/exhibitor/
Pangkalan Data Pempamer: http://www.mtech-kansai.jp/en/eguide/
Permohonan Tiket Pameran (Untuk Pengunjung): http://www.japan-mfg.jp/en/osaka/inv/
Permohonan Maklumat Pameran (Untuk Pempamer): http://www.mtech-kansai.jp/en/ex/
 
Maklumat mengenai Siri Manufacturing World – 3 kali dalam satu tahun
 
Pameran Osaka – edisi tahun ke-19
Pameran terbesar di pasaran Jepun Barat. 1,180* pempamer, 51,000* pengunjung (*angka jangkaan)
 
Manufacturing World Osaka 2016
Tarikh: 5 Oktober (Rabu) - 7 Oktober (Jumaat), 2016
Tempat: INTEX Osaka, Jepun
Laman web rasmi: http://www.japan-mfg.jp/en/osaka/
 
Pameran Nagoya – edisi tahun ke-2
Pameran terbesar di pasaran Jepun Tengah, pusat bagi industri pembuatan Jepun. 1,000 pempamer, 35,000 pengunjung (angka jangkaan)
 
Manufacturing World Nagoya 2017
Tarikh: 12 April (Rabu) - 14 April (Jumaat), 2017
Tempat: Dewan Pameran Antarabangsa Nagoya (Portmesse Nagoya), Jepun
Laman web rasmi: http://www.japan-mfg.jp/en/nagoya/
 
Pameran Tokyo – edisi tahun ke-28
Jumlah terbesar Jepun dalam bidang ini. 2,420 pempamer, 89,000 pengunjung (angka jangkaan)
 
Manufacturing World Japan 2017
Tarikh: 21 Jun (Rabu) - 23 Jun (Jumaat), 2017
Tempat: Tokyo Big Sight, Jepun
Laman web rasmi: http://www.japan-mfg.jp/en/tokyo/
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51426316&lang=en
 
Hubungi
Reed Exhibitions Japan Ltd.
Kenichi Matsumoto (Encik), Yifan Wang (Cik)
Manufacturing World Show Management
TEL: +81-3-3349-8519
FAKS: +81-3-3349-8530
matsumotok001@japan-mfg.jp

 
Sumber: Reed Exhibitions Japan Ltd.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.