ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  HARD ROCK HEALS FOUNDATION MUNCUL KALI PERTAMA DI PERINGKAT GLOBAL

Monday 26/09/2016



Organisasi Ingin Mendapatkan $10 Juta untuk Pertubuhan Amal Muzik Global sebelum 2021

ORLANDO, Florida, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hard Rock bersasaran untuk menyembuhkan dunia, satu nota muzik pada satu masa. Sejak dibuka pada 1971, Hard Rock International telah komited kepada dua rukun jenama konsisten — muzik dan kedermawanan. Hard Rock International sedang menggabungkan kedua-dua minat ini dengan pelancaran Hard Rock Heals Foundation, sebuah badan amal global yang bermatlamat untuk memperbaik kehidupan melalui kuasa muzik. Program-program baru Hard Rock Heals Foundation termasuk talian barangan baru yang khusus dan suite hotel Hard Rock Heals Foundation yang menawarkan pengalaman muzik yang dipertingkatkan. Setiap satu daripada inisiatif yang dilaksanakan di lokasi Hard Rock Kafe dan Hotel ini akan memberi manfaat kepada Hard Rock Heals Foundation secara langsung.

"Penubuhan Hard Rock Heals Foundation menandakan keputusan strategik jenama kami untuk menyatukan semua usaha kedermawanan, termasuk inisiatif global dan acara tempatan, di bawah satu platform amal untuk memberi manfaat kepada satu matlamat yang sama: menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik melalui muzik," kata Kellie Brown, Pengurus Dermawan untuk Hard Rock International. "Menjelang akhir 2021, matlamat Hard Rock Heals Foundation adalah untuk membuat kutipan dana sekurang-kurangnya $10 juta bagi organisasi yang asyik dengan kedermawanan muzik."

Cogan kata yayasan, Love.Amplified., bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kita semua untuk meningkatkan kelantangan dan menyampaikan mesej bahawa kehidupan boleh diperbaiki dengan kuasa muzik. Hard Rock Heals Foundation menyediakan sumbangan dan bantuan kepada program kesihatan dan kesejahteraan yang bertumpukan muzik di seluruh dunia, termasuk rakan kongsi pertama yayasan ini iaitu MyMusicRx, Musicians on Call, Stax Academy, Street Symphony, Bombay Teen Challenge dan Nordoff Robbins.

Semua dana yang diperoleh melalui pelbagai usaha dermawan Hard Rock di kafe, hotel, kasino dan tempat-tempat lain akan digunakan untuk menyokong usaha global dan tempatan yang terikat rapat dengan pembeza jenama terbesar Hard Rock – muzik. Para tetamu juga boleh menyertai Hard Rock dalam misinya untuk kekal setia kepada cogan kata ini, “Love All – Serve All” (Cinta Semua  –  Layan Semua) dan "Take Time to be Kind" (Ambil masa untuk berbuat baik) melalui talian barangan baru Hard Rock, bilik hotel, dan program muzik secara langsung.

Membeli-belah untuk Kebaikan

Koleksi Runcit Hard Rock Heals Foundation edisi terhad boleh dibeli di Rock Shops di Hard Rock Kafe, Hotel and Kasino di seluruh dunia. Lima belas peratus daripada keuntungan koleksi tersebut memberi manfaat kepada organisasi muzik utama seperti Street Symphony, Musicians on Call, Bombay Teen Challenge dan banyak lagi. Barangan runcit eksklusif termasuk:

- Baju uniseks yang mengandungi frasa “Love. Amplified.”

- Siri pin khusus bandar dalam bentuk nota muzik

- Pin lapel mempamerkan logo Hard Rock Heals Foundation

- Lilin Hard Rock Heals Foundation

- Stoking Hard Rock Heals Foundation

- Botol air tervis 24-oz Hard Rock Heals Foundation

Tidur untuk Menyokong

Tetamu Hard Rock Hotel dijemput untuk berehat, pulih semula dan berehat sambil memberi kembali. Semasa daftar masuk untuk penginapan bila-bila masa antara 12 September dan 12 November 2016, tetamu Hard Rock Hotel akan mempunyai peluang eksklusif untuk menaik taraf penginapan mereka kepada Suite Hard Rock Heals Foundation, sementara menunggu ketersediaan. Sebagai sebahagian daripada pengaktifan, 15 peratus hasil daripada bilik Heals akan memberi manfaat kepada Hard Rock Heals Foundation.

Direka untuk memberi ruang yang sangat tenang untuk bersantai, Suite Hard Rock Heals Foundation ini dilengkapi dengan iPad yang menampilkan meditasi berpandu dan senarai lagu Hard Rock "Healing at the Speed of Sound". Bersepadu dengan rentak binaural, senarai lagu "Healing at the Speed of Sound" menyediakan tetamu dengan pengalaman audio pemulihan, membawa mereka ke dalam keadaan terapeutik bersantai. Suite ini juga dilengkapi dengan pembesar suara JBL Authentics L16 dan tikar yoga Maduka. 

Main demi Kedermawanan

Muzik secara langsung dan kedermawanan bertemu untuk menyumbang kepada Hard Rock Heals Foundation. Di hartanah terpilih Hard Rock, $1 daripada setiap tiket yang dijual untuk persembahan muzik secara langsung dan acara akan didermakan kepada Hard Rock Heals Foundation.

Sila lawati www.hardrockheals.com untuk maklumat tambahan mengenai Hard Rock Heals Foundation.

Cadangan Tweet: Raikan #HardRockHeals dengan @hardrock yang akan menderma $10 juta untuk perjuangan muzik penyembuhan di seluruh dunia menjelang 2021! http://hardrock.co/29TqPiL

Mengenai Hard Rock International

Dengan lokasi di 70 negara, termasuk 167 kafe, 23 hotel dan 11 kasino, Hard Rock International (HRI) adalah salah satu syarikat yang paling diiktiraf di peringkat global. Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock memiliki koleksi memorabilia terhebat di dunia, yang dipaparkan di lokasi-lokasi di seluruh dunia. Hard Rock juga dikenali kerana koleksi fesyen dan barangannya yang berkaitan dengan muzik, tempat persembahan Hard Rock secara langsung dan laman web pemenang anugerah. HRI memiliki tanda dagangan global untuk semua jenama Hard Rock. Syarikat ini memiliki, mengendalikan dan melesenkan francais Kafe di bandar-bandar ikonik termasuk London, New York, San Francisco, Sydney dan Dubai. HRI juga memiliki lesen dan/atau menguruskan hartanah hotel/kasino di seluruh dunia. Destinasi termasuk dua Hotel dan Kasino hartanah syarikat yang paling berjaya di Tampa dan Hollywood, Fl., yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat induk HRI iaitu The Seminole Tribe of Florida, serta lokasi lain yang menarik termasuk Bali, Chicago, Cancun, Ibiza, Las Vegas, Macau dan San Diego. Lokasi Hard Rock Kafe baru yang akan datang termasuk Reykjavik, Shanghai, Baku dan San Juan. Projek baru hotel Hard Rock termasuk Abu Dhabi, Atlanta, Berlin, Dubai, Itapema, London, Los Cabos, Bandar Raya New York, Tenerife, dan Shenzhen, Dalian dan Haikou di China. Untuk maklumat lanjut mengenai Hard Rock International, layari www.hardrock.com.

SUMBER: Hard Rock International 

Maklumat Hubungan:

Lauren Harrison/Daniella DelaOsa     

The Zimmerman Agency          

Hardrock-pr@zimmerman.com            

850-668-2222

Katelyn Kwiatkowski

Coyne PR

973-588-2000 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.