ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  HERBALIFE NUTRITION DAN OLIMPIK KHAS MENGUMUMKAN KERJASAMA KECERGASAN BERNILAI $1 JUTA

Monday 26/09/2016



LOS ANGELES, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife (NYSE: HLF), sebuah syarikat pemakanan global, hari ini mengumumkan kerjasama bernilai $1 juta dengan Sukan Olimpik Khas untuk menyokong pengaturcaraan program kecergasan organisasi itu di seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan aktiviti fizikal dan memperbaiki pemakanan dan penghidratan.

Dengan memanfaatkan pasukan global Herbalife Nutrition yang terdiri daripada lebih 300 kakitangan saintis dan 36 Ph.D. yang mengkhusus dalam pemakanan dan prestasi sukan, Syarikat itu akan menghulurkan kepakaran pemakanan dan kandungan pendidikan termasuk video dan bahan-bahan lain kepada jurulatih, atlet, penjaga dan komuniti Olimpik Khas secara lebih meluas.

"Olimpik Khas adalah lebih daripada pertandingan bersukan," kata Kyle Washburn, pengarah kecergasan di Sukan Olimpik Khas. "Kami mengelilingi atlet kami dengan sebuah komuniti yang menyokong mereka melalui sukan, kesihatan dan perkembangan kecergasan."

Sebagai sebahagian daripada penajaan, Dana Ryan, Ph.D., pengurus kanan bagi Prestasi Sukan dan Pendidikan untuk Herbalife, akan menyertai Pasukan Petugas Kecergasan Sukan Olimpik Khas Global untuk membawa perspektif tambahan dan kepakaran bagi menyokong atlet, jurulatih, keluarga dan penyokong Sukan Olimpik Khas. Membantu meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, gaya hidup yang aktif, pelbagai produk protein Herbalife Nutrition akan menampilkan logo Sukan Olimpik Khas di pasaran global terpilih. Pasukan Petugas Kecergasan Global adalah sebuah jawatankuasa antarabangsa mengenai pakar kecergasan dan atlet yang bekerjasama untuk meningkatkan prestasi sukan dan kesihatan atlet Sukan Olimpik Khas melalui kaedah kecergasan.

"Misi kami adalah untuk membawa nutrisi kepada orang ramai di seluruh dunia dan untuk memberi sokongan kepada mereka yang ingin mencapai satu gaya hidup yang aktif dan sihat," kata Michael O. Johnson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Herbalife. "Komuniti Herbalife global kami diilhamkan oleh Olimpik Khas dan atletnya yang mengagumkan, dan kami bangga untuk menyediakan kepada mereka dengan sumber pemakanan dan kecergasan."

Pada Sukan Dunia Musim Panas Sukan Olimpik Khas 2015 di Los Angeles, ahli-ahli Pemakanan dan pekerja Herbalife telah menaja dengan hati yang mulia kira-kira 10 peratus daripada atlet Olimpik Khas yang bersaing di Sukan Dunia. Selain itu, Herbalife Nutrition telah menderma 280,000 bar pemakanan dan penggunaan kemudahannya untuk mendaftar dan mentauliahkan ribuan atlet, jurulatih dan sukarelawan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sukan Olimpik Khas, Sukan Dunia dan peluang-peluang menjadi sukarelawan, sila layari www.specialolympics.org/Sponsors/Herbalife.aspx.

Maklumat mengenai Herbalife:

Herbalife adalah sebuah syarikat nutrisi bertaraf dunia yang telah berjaya mengubah kehidupan orang ramai dengan produknya yang hebat sejak tahun 1980. Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan dan produk penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif dari dan melalui Ahli Persendirian Herbalife yang berdedikasi di lebih 90 buah negara. Kami komited untuk menangani masalah obesiti dan pemakanan yang tidak sihat di seluruh dunia dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi, bimbingan khusus seorang ke seorang dengan seorang ahli Herbalife dan sebuah komuniti yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk hidup sihat dan aktif.

Kami menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife mereka untuk membantu membawa nutrisi yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menaja lebih 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh pelusuk dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara dalam banyak sukan yang lain.

Syarikat itu mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun 2015. Laman web Herbalife mengandungi sejumlah besar maklumat kewangan dan maklumat lain mengenai syarikat itu di ir.Herbalife.com. Syarikat itu menggalakkan pelabur untuk melayari laman web mereka dari semasa ke semasa, memandangkan maklumat dikemaskini dan maklumat baru diposkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Maklumat mengenai Olimpik Khas

Olimpik Khas adalah satu pergerakan global yang melepaskan semangat kemanusiaan melalui kuasa transformatif dan kegembiraan bersukan, setiap hari di seluruh pelusuk dunia. Kami memberi kuasa kepada orang kurang upaya intelek untuk menjadi ahli masyarakat yang diterima dan dihargai oleh ahli komuniti mereka, yang membawa kepada masyarakat yang lebih menghormati dan inklusif untuk semua. Dengan menggunakan sukan sebagai pemangkin dan pengaturcaraan program berhubung kesihatan dan pendidikan, Sukan Olimpik Khas sedang berjuang terhadap ketakaktifan, ketidakadilan dan sikap tidak bertoleransi. Ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Eunice Kennedy Shriver, pergerakan Olimpik Khas telah berkembang kepada lebih 4.5 juta atlet di hampir 170 buah negara. Dengan sokongan daripada lebih 1.4 juta jurulatih dan sukarelawan, Olimpik Khas menyampaikan 32 sukan Olimpik dan lebih 108,000 permainan dan pertandingan sepanjang tahun. Layari Sukan Olimpik Khas di specialolympics.org/. Berinteraksi dengan kami di: Twitter@specialolympicsfb.com/specialolympicsyoutube.com/specialolympicshq,
instagram.com/specialolympics dan specialolympicsblog.wordpress.com.

Hubungi
Herbalife
Jennifer Butler, 213-745 0420
jenb@herbalife.com

Sumber: Herbalife

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160926005313/en/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.