|
|
|
|
|
|
TOSHIBA LANCAR MOSFET N-SALURAN RINTANGAN RENDAH YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI BAGI SUIS BEBAN DI DALAM PERANTI MUDAH ALIH
Monday 26/09/2016
Pelesapan haba dikurangkan sebanyak 40% berbanding dengan produk Toshiba yang sedia ada
TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran MOSFET N-saluran bagi suis beban di dalam peranti mudah alih, termasuk telefon pintar dan tablet, yang menjamin rintangan rendah di dalam industri yang terkemuka di dalam kelasnya[1]. Penghantaran bagi produk baharu itu bermula dari hari ini.
Barisan produk baharu itu terdiri daripada 30V "SSM6K513NU" dan 40V "SSM6K514NU". Dengan menggunakan proses trenc "siri U-MOS IX-H" Toshiba yang terkini, MOSFET baharu itu mencapai rintangan rendah yang terkemuka di dalam industri yang terkemuka: 6.5mOhm bagi "SSM6K513NU" dan 8.9mOhm bagi SSM6K514NU". Ini membolehkan produk baharu itu untuk mengurangkan pelesapan haba akibat daripada kerugian ketika dihidupkan iaitu kira-kira 40% berbanding dengan produk Toshiba[2] yang sedia ada.
MOSFET sesuai untuk digunakan di dalam aplikasi suis kuasa elektrik yang melebihi 10W, termasuk peranti mudah alih bersaiz kecil yang memenuhi piawaian USB Jenis-CTM dan Penghantaran Kuasa USB (PD), dan menyumbang kepada kecekapan sistem yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah.
| Spesifikasi Utama | Nombor Bahagian | | Penarafan Maksimum Mutlak | | RDS(ON) jenis (mOhm) | | Jenis Ciss (pF) | | Pakej | | VDSS (V) | | VGSS (V) | | ID (A) | | VGS=4.5V | | VGS=10V | | | | | | | | | | SSM6K513NU | | 30 | | ±20 | | 15 | | 8 | | 6.5 | | 1130 | | SOT-1220 | SSM6K514NU | | 40 | | ±20 | | 12 | | 11.2 | | 8.9 | | 1110 | |
|
Nota [1] Untuk produk dengan penarafan yang sama, setakat 26 September, 2016. Kajian Toshiba. [2] Berbanding dengan “SSM6K504NU” Toshiba *USB Jenis-C adalah sebuah tanda dagang milik USB Implementers Forum.
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu itu. 1. SSM6K513NU: http://toshiba.semiconstorage.com/info/lookup.jsp?pid=SSM6K513NU&lang=en®ion=apc&sug=1 2. SSM6K514NU: http://toshiba.semiconstorage.com/info/lookup.jsp?pid=SSM6K514NU&lang=en®ion=apc&sug=1 3. Barisan MOSFET Rintangan Rendah Kecil Toshiba: http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/small-mosfet.html
Pertanyaan Pelanggan: Jabatan Jualan Peranti Isyarat Kecil & Pemasaran Tel: +81-3-3457-3411 http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik. Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
Galeri Foto/Multimedia Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51427080&lang=en
Hubungi Pertanyaan Media: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company Jabatan Pemasaran Digital Koji Takahata, +81-3-3457-4963 semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di: http://www.businesswire.com/news/home/20160926005575/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|