ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PANDA GERGASI BETINA DILAHIRKAN DI ADVENTURE WORLD JEPUN PADA 18 SEPT., 2016, SELEPAS SELANG DUA TAHUN; ANAK KELAPAN BAGI IBU, KE-14 BAGI SI BAPA

Monday 26/09/2016



AsiaNet 65880
 
WAKAYAMA, Jepun, 26 Sept., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Selepas menunjukkan tanda-tanda kehamilan untuk beberapa waktu, Rauhin, seekor panda gergasi betina yang berusia 16 tahun di Adventure World di Shirahama Town, Wilayah Wakayama, di Jepun barat, melahirkan bayi yang sudah sekian lama dinanti-nantikan, seekor panda betina pada pukul 1.11 pagi pada 18 September, 2016. Bayi itu seberat 197 gram ketika dilahirkan. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Rauhin dilihat memangku bayinya dengan berhati-hati, dan sentiasa menjilatnya.
 
(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104040/201609264628/_prw_OI5fl_0EGEGdJj.jpg)
 
-- Seekor panda gergasi, betina, lahir selepas selang dua tahun.
-- Bayi baharu lahir seberat 197g itu mengatasi kesemua panda gergasi lain yang pernah dilahirkan di Adventure World.
-- Bapa panda, Eimei, berusia 24 tahun, menjadi panda jantan paling tua yang berjaya
    dalam mengawan semula jadi dan pembiakan dalam kurungan.
 
Maklumat bayi
Tarikh kelahiran: 1:11 pagi, 18 Sept., 2016
Jantina:   Betina
Berat badan: 197g 
 
Penyelidikan dan hasil panda gergasi Adventure World
- Penyelidikan pembiakan
Adventure World telah memulakan penyelidikan mengenai pembiakan panda gergasi ke atas pinjaman pembiakan dari China buat kali pertamanya di dunia. Pada masa ini, terdapat kira-kira 1,800 ekor panda gergasi yang hidup bebas di dalam hutan, dan penyelidikan mengenai pembiakan panda gergasi dalam kurungan dianggap penting bagi perlindungan mereka dan pertumbuhan populasinya. Pada tahun 1994, Adventure World menjadi cawangan Jepun bagi Pangkalan Penyelidikan Chengdu untuk Pembiakan Panda Gergasi di China, bermula dengan penyelidikan bersama mengenai pembiakan semula jadi panda gergasi yang dalam pinjaman pembiakan. Pada tahun 2000, ketika panda gergasi betina Mei Mei datang ke Jepun, dan "Projek Kebahagiaan" yang bertujuan memastikan kebahagiaan panda gergasi dan semua orang yang terlibat telah dilancarkan.
 
- Hasil pembiakan
Adventure World telah berjaya di dalam pembiakan 15 panda gergasi. Pada 6 September 2000, Rauhin dilahirkan sebagai panda gergasi yang pertama yang lahir di Adventure World. Sejak itu, sebanyak 15 ekor panda gergasi, termasuk Rauhin, telah berjaya dilahirkan, dengan membentuk sebuah keluarga panda gergasi yang besar di sini. Di samping itu, daripada lapan panda gergasi yang membesar di sini dan kemudian kembali ke China, empat berjaya membiak, dengan melahirkan 10 ekor panda gergasi setakat September 2016.
 
Keluarga Panda Bahagia
Salasilah keluarga panda:
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104040/201609264628/_prw_OI3fl_8eQPd686.jpg)
 
Pada masa ini, lapan panda gergasi tinggal di Adventure World. Sila terus memerhatikan dengan penuh kemesraan ke atas keluarga panda yang besar itu.
 
Tempat: Shirahama Town, Wilayah Wakayama, Jepun
Kawasan: 800,000 meter persegi
Dibuka: 22 April, 1978
Pengendali: AWS Co., Ltd.
Laman web: http://www.aws-s.com/english/index.php 
 
Maklumat mengenai Adventure World
Sejumlah 1,400 ekor haiwan, 140 daripadanya merupakan spesis darat, laut dan udara, menetap di Adventure World, sebuah taman tema dengan motonya "Sentuhan dengan manusia, haiwan dan alam semula jadi", yang berletak di Shirahama Town, di Wilayah Wakayama, di hujung bahagian selatan di Semenanjung Kii yang panas. Ia telah berjaya terlibat dalam aktiviti penyelidikan perlindungan ke atas dan pembiakan haiwan yang jarang ditemui, termasuk panda gergasi. Dengan falsafah korporatnya "Syarikat yang sentiasa tersenyum meluangkan masa dengan hati yang melunakkan," AWS Co., syarikat yang mengendalikan taman tema itu, akan terus mewujud dan memberikan senyuman yang tulen dengan mengambil berat terhadap "hati" dan berkongsi "masa" yang penting dengan semua orang.
 
Lakaran artis mengenai kawasan itu:
(Foto3:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104040/201609264628/_prw_OI4fl_Z3x0jf51.jpg)  
 
Sumber: AWS CO., LTD. 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.