ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PROGRAM WORLDWIDE HOLDINGS PRIHATIN DEKATI PELAJAR DAN MASYARAKAT

Tuesday 27/09/2016



SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD (WHB) meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) di bawah kempen Worldwide Prihatin bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam, Selangor hari ini.

WHB menambah portfolio baru dibawah inisiatif CSR iaitu memberi penekanan dan memperkasakan pendidikan dikalangan pelajar tempatan di mana WHB telah menyumbang produk peranti perubatan kepada universiti tempatan melalui Fakulti Perubatannya untuk tujuan latihan dan peningkatan kemahiran,mempelajari teknik jahitan pembedahan menutup luka besar dan kecil selain memberi sumbangan kepada Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS).

WHB melalui anak syarikatnya Worldwide Medivest Sdn. Bhd. telah memberi sumbangan produk VESTI kepada hospital kerajaan antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Serdang & Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk kegunaan prosedur pembedahan kepada golongan yang memerlukan.

Antara universiti yang menerima sumbangan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MAHSA University & Management Science University (MSU).

WHB turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM110,000.00 dalam bentuk tunai dan bantuan peralatan perubatan jenama VESTI untuk kegunaan mangsa perang yang berada dihospital dan di kem pelarian di Gaza & Syria.

WHB akan berkolaborasi dengan pihak Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Aman Palestin Malaysia dalam kutipan dana bagi misi kemanusiaan dengan meletakkan tabung kutipan dana di pejabatkorporat, pejabat jualan, anak syarikat, tapak-tapak projek dan ruang pameran hartanah dan perkhidmatan WHB.

Worldwide Holdings memberi penekanan kepada 4 portfolio CSR iaitu Pembangunan Sukan Berprestij, program hijau alam sekitar, memperkasakan pendidikan dan menggalakkan pembacaan serta melaksanakan tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan.

Sebanyak RM50,000.00 diberikan kepada Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) bagi tujuan pembelian buku pendidikan untuk kegunaan masyarakat terutamanya pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria dalam ucapannya berkata, usaha menjenamakan WHB sebagai warga Korporat yang prihatin, WHB menumpukan kepada 4 bidang utama iaitu sukan, alam sekitar/hijau, pendidikan dan sosial.

Antara  rakan strategik CSR WHB adalah dari pihak hospital, universiti, perpustakaan dan pihak NGO seperti MyCare dan Aman Palestin dengan harapan ianya akan meningkatkan jaringan kerja dengan pihak-pihak yang berkenaan khususnya dalam memberikan perkhidmatan.

Turut hadir, Pengerusi WHB, Datuk Nordin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Faizal Tahir, Ikon Kemanusiaan MyCare & Personaliti TV Al-Hijrah Syafinaz Yunus.

 

TENTANG WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

Worldwide Holdings merupakan anak syarikat PKNS terlibat dalam perniagaan hartanah, alam sekitar, pengeluar produk peranti perubatan dan pelaburan. Makluman lanjut, sila layari www.worldwide.com.my   

 

SUMBER : Worldwide Holdings Berhad  

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Nama: Hj. Ami Nardin Hj. Ishak

Ketua, Komunikasi Korporat

Tel: +603 5510 2525 / +6019 313 5046

Emel: amin@whb.com.my 

--BERNAMA 

 

 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.