ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  GLOBAL-FOREX MEWUJUDKAN SEBUAH PERSEKITARAN BERINOVATIF UNTUK URUS NIAGA DALAM TALIAN DENGAN SISTEM PERDAGANGAN AUTOMATIKNYA

Wednesday 28/09/2016



Perusahaan multinasional, GLOBAL-FOREX menyediakan "sistem pemprosesan urus niaga antarabangsa dalam talian"

HONG KONG, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah broker kewangan multinasional, Global-Forex, telah menarik perhatian kerana ia menyediakan pelbagai persekitaran perdagangan dalam talian. Global-Forex membuat pengkhususan di dalam perkhidmatan kewangan antarabangsa dan telah diasaskan oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar di dalam perisian dan pertukaran asing pada tahun 2010.

Ia menyediakan sistem perdagangan automatik atau ATS untuk perdagangan margin tukaran asing, EFT dan CFD melalui Platform Meta Trader 4 dengan perkhidmatan pelbagai bahasa. Selain perkhidmatan sokongan bahasa, Global-Forex merancang untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggan antarabangsa.

Peniaga boleh menyemak harga penawaran dengan mudah dan meneruskan dagangan pada harga yang terbaik melalui rangkaian komunikasi elektronik Global-Forex (ECN) di Platform Meta Trader 4 (MT4). Di samping itu, pelaksanaan segera urus niaga dan tebaran yang rendah telah diiktiraf oleh kebanyakan peniaga. Sebagai sebuah broker bagi ECN, Global-Forex menyumbang kepada meningkatkan ketelusan penyertaan pelanggan dengan menyediakan tebaran yang belum diproses kepada pelanggan.

Tambahan pula, ATS (sistem perdagangan automatik) Global-Forex boleh beroperasi 24 jam pada setiap hari kerana sistem itu berupaya untuk menganalisis data, memikirkan masa berurusan dan meneruskan perdagangan secara automatik. Ciri-ciri lain bagi sistem itu adalah bahawa ia memilih dan menggunakan kaedah sepuluh-dua puluh yang sesuai bagi setiap item. Sebuah lindung nilai, yang meminimumkan surutan di dalam kedudukan permulaan, berlaku, dan lindung nilai yang berdasarkan kepada nilai analisis dengan sistem membolehkannya untuk terus menjanakan keuntungan.

Global-Forex (http://globalpartner-hkltd.com) telah mengambil pengurus yang bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan antarabangsa, dan terdapat enam jawatan daripada "Pengurus Baru" kepada "pengurus Global". Oleh kerana semua orang mempunyai peluang untuk menduduki jawatan tersebut tanpa mengira usia mereka dan mereka juga boleh bekerja sebagai petugas bebas, ramai pekerja pejabat menunjukkan minat mereka di dalam kerja itu.

Terdapat pelbagai promosi untuk pelanggan dan pengurus, seperti satu promosi yang memberi hadiah kepada pengurus yang berjaya menarik ramai pelanggan, Hall of Fame mencerminkan keuntungan, komisen diskaun yang berdasarkan kepada bilangan ahli. Dan syarikat itu merancang untuk mengadakan satu pertandingan demonstrasi yang memerlukan penggunaan sebuah akaun demo.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51427992&lang=en

Hubungi

Global-Forex
Youngho,cho, 852-5506-0221
admin@globalpartner-hkltd.com

Sumber: Global-Forex

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160927005861/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.