ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA UMUM SISTEM PEMANCAR KUASA TANPA WAYAR 15W YANG DISAHKAN QI

Wednesday 28/09/2016



- Yang Pertama di dalam Industri sebagai Sistem Pemancar MP-A2 -

TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan bahawa satu sistem pemancar kuasa tanpa wayar yang menggunakan IC pemancar kuasa tanpa wayar 15W "TC7718FTG" mereka telah disahkan sebagai mematuhi Qi[1] v1.2 EPP (Profil Kuasa Dilanjutkan) oleh Wireless Power Consortium (WPC). Sistem ini menggunakan MP-A2[2], yang membolehkan satu konfigurasi sistem yang mudah, dan merupakan sistem pemancar disahkan Qi MP-A2 yang pertama[3] di dalam industri.

Disambungkan kepada sebuah mikropengawal, "TC7718FTG" merealisasikan sistem pemancar kuasa tanpa wayar yang mematuhi piawaian Qi. Proses CD-0.13 serba canggih Toshiba yang asal merealisasikan sebuah pakej kecil dan kecekapan yang tinggi, sekali gus menjadikan integrasi sistem yang mudah di samping mendapatkan suatu tapak yang kecil. Sebuah pemancar tanpa wayar 15W dibentuk dengan IC baharu akan mengecas peranti dengan cepat, pada kadar yang sama dengan atau lebih ringkas berbanding dengan pengecas berwayar. IC itu sesuai untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, dan peralatan industri.

Sebuah sistem pemancar kuasa tanpa wayar yang menggunakan "TC7718FTG" adalah serasi dengan sistem penerima 5W yang menggunakan IC penerima 5W Toshiba "TC7764WBG", dan sebuah sistem penerima 10W yang menggunakan IC penerima 10W "TC7765WBG", kedua-duanya berada dalam pengeluaran besar-besaran. Dalam kombinasi dengan IC penerima 15W "TC7766WBG" yang sudah disahkan sebagai mematuhi Qi v1.2 EPP, sistem kuasa tanpa wayar itu boleh menerima sehingga 15W.

Toshiba adalah merupakan syarikat yang pertama [3] di dalam industri yang menyediakan produk yang disahkan Qi v1.2 EPP bagi kedua-dua pemancar kuasa tanpa wayar dan penerima 15W.

Ciri-ciri Utama
Mematuhi WPC Qi v1.2 (dengan gabungan bersama sebuah mikropengawal)
Pemacu get full-bridge (juga serasi dengan half-bridge): 1saluran
Bina Dalam LPF[4] bagi pemulihan isyarat ASK
Bina Dalam LDO (output 3.3V)

Penggunaan
Tempat letak mengecas bagi peranti mudah alih (telefon pintar, tablet) dan peranti perindustrian dan sebagainya.
 
Spesifikasi Utama
Nombor Bahagian  TC7718FTG
Pemancar/ Penerima  Pemancar
Kaedah Penghantaran  Aruhan elektromagnet
Julat voltan pengendalian  4.5V to 25V
Frekuansi Operasi  110kHz to 205kHz
Pakej   P-VQFN36-0505-0.40
 
[1] Qi: Piawaian antarabangsa bagi mengecas tanpa wayar yang ditakrifkan oleh WPC.
[2] MP-A2: Sebuah sistem pemancar kuasa tanpa wayar yang didefinisikan oleh WPC yang menggunakan gegelung tunggal 12V.
[3] Setakat 28 September, 2016, tinjauan Toshiba.
[4] LPF (Penapis Laluan Rendah): Sebuah penapis yang melepasi isyarat dengan satu frekuansi yang lebih rendah berbanding dengan frekuansi takat yang tertentu dan melemahkan isyarat dengan frekuansi yang lebih tinggi berbanding dengan frekuansi takat itu.

Halaman produk Qi WPC yang disahkan:
https://www.wirelesspowerconsortium.com/products/details/1790/tc7718ftg

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC7718FTG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan  Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51428978&lang=en

Hubungi
Pertanyaan  Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160928005506/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.