ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  LIGHT REACTION DILANCARKAN DI VIETNAM

Tuesday 04/10/2016



Perniagaan Prestasi Global Menyampaikan Jaminan Hasil melalui Model Media Yang Berinovatif, Bayar untuk Prestasi

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Light Reaction, sebuah perniagaan pengiklanan yang didorong oleh prestasi keputusan yang merupakan sebahagian daripada Xaxis, hari ini mengumumkan pelancaran operasi di Vietnam. Model media Light Reaction bayar untuk prestasi menyediakan kepada pengiklan dengan satu cara yang bebas daripada risiko untuk memacukan hasil sebenar seperti jualan, langganan dan bentuk penglibatan konkrit yang lain, membayar hanya untuk keputusan pengguna yang jelas. Dengan pelancaran hari ini di Vietnam, Light Reaction kini boleh didapati di 32 pasaran di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia dan Timur Tengah.

Light Reaction memperolehi keputusan yang terbaik dengan mengoptimumkan pelbagai faktor prestasi utama termasuk masa pendedahan yang optimum untuk mendorong penukaran, geografi, masa, dan peranti bagi memastikan bahawa pelanggan yang betul dicapai di tempat yang betul pada masa yang betul, dan akhir sekali, penempatan ID—mencari tempat yang terbaik pada laman web atau aplikasi untuk matlamat kempen yang khusus. Walaupun banyak teknologi di tempat kerja, kesemua pandangan, peralatan dan kaedah Light Reaction dikongsi secara terbuka dengan pelanggan, dengan menunjukkan laluan yang tepat dan membuat keputusan yang membawa kepada keputusan.

"Light Reaction membolehkan pengiklan global untuk mencapai keputusan yang bermakna dengan sifar risiko pendahuluan dan keupayaan yang hebat untuk keputusan berskala yang merentasi pelbagai saluran," kata Auke Boersma, Pengarah Urusan APAC, Light Reaction. "Tumpuan adalah dalam mengenal pasti audiens yang dapat memberikan hasil positif yang tepat pada masanya tanpa mengira di mana mereka mengakses media. Ini membolehkan jenama-jenama untuk memenuhi objektif yang tepat bagi tindak balas pelanggan dan pada masa yang sama melakarkan barisan terus di antara iklan dan keputusan."

Selain memanfaatkan data penonton yang tegap, inventori media berprestasi tinggi dan teknologi perancangan tepat masa, produk-produk Light Reaction adalah saluran agnostik. Pengiklan boleh mengendalikan kempen yang diselaraskan merentasi pelbagai saluran untuk merakamkan hasil di mana sahaja mereka berada.

"Trafik adalah penting, tetapi faktor-faktor seperti jualan, margin, dan perniagaan yang berulang adalah pemacu kepada kejayaan perniagaan," kata Michel de Rijk, Ketua Pegawai Eksekutif Xaxis Asia Pasifik. "Keunikan Light Reaction adalah kami dan iklan-iklan kami, terus menerus menjadi lebih bijak. Setiap hasil penonton dinilai dari segi nilai kejayaannya di dalam menyampaikan nilai yang dijangka dan menyalurkannya kembali ke dalam sistem sebagai satu acara pembelajaran. Aliran data yang berterusan ini membolehkan kami untuk memperbaiki ketepatan kami di dalam memadankan penonton kepada hasil yang diingini, dan berkualiti tinggi secara berterusan."

Maklumat mengenai Light Reaction

Light Reaction menjamin hasil sebenar bagi jenama-jenama dengan menggabungkan media proprietari, data dan teknologi pada skala. Pendekatan syarikat itu kepada pemasaran prestasi menjangkau kepada pengguna di seluruh peranti untuk memacukan hasil sebenar bagi jenama. Light Reaction boleh diperolehi di 32 pasaran merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia dan Timur Tengah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Light Reaction di www.lightreaction.com.

Maklumat mengenai Xaxis

Xaxis adalah syarikat penonton perancangan terbesar di dunia yang menghubungkan pengiklan kepada penonton merentasi kesemua saluran yang boleh dicapai. Melalui penggunaan pakar bagi data proprietari dan teknologi pengiklanan bersama-sama dengan perhubungan media yang sukar ditandingi, Xaxis menyampaikan keputusan bagi lebih 3,000 pelanggan di 46 pasaran merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, Amerika Latin dan Timur Tengah. Pengiklan bekerjasama dengan Xaxis untuk mencapai pulangan yang sangat tinggi ke atas perbelanjaan pengiklanan melalui produk media proprietari syarikat, serta melalui syarikat-syarikat pakar mereka, Light Reaction dan plista. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.xaxis.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20161003006649/en/

Hubungi

Harmonica / Xaxis
Peter Epstein atau Rabeeah Patail
+1-323-251-3567 atau +1-310-935-3886
peter@harmonica.co atau rabeeah@harmonica.co

Sumber: Light Reaction

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.