ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 16, 2024 -Khamis

 
  INOVASI HIJAU, PEMBANGUNAN BERSAMA: PAMERAN PRODUK HUTAN ANTARABANGSA YIWU CHINA SEMAKIN HAMPIR

Tuesday 04/10/2016



YIWU, China, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China ke-9, yang akan diadakan pada 1 hingga 4 November, 2016 di Pusat Pameran Antarabangsa Yiwu, bakal berlangsung dalam masa satu bulan lagi dan pengambilan pempamer, tarikan pelaburan dan aktiviti sokongan yang lain telah berada di fasa akhir.

Beribu-ribu pembekal berkualiti dan lebih 100,000 pembeli dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di Pameran itu di mana teknologi dan produk perhutanan yang paling maju di China, inovasi perhutanan yang paling popular, dan produk ekologi asal akan dipaparkan. Pengunjung akan menikmati suatu pengalaman hijau dan meriah di Pameran itu.

Pameran Produk Hutan ke-9 itu akan memperluaskan ruang pamerannya kepada 80,000m2, dengan menawarkan 3,600 gerai yang seragam. Pameran itu akan dibahagikan kepada lapan kategori iaitu Perabot & Aksesori, Kraftangan Kayu & Buluh, Keperluan Harian Kayu & Buluh, Bahan Binaan Kayu Balak & Produk Kayu, Makanan Hutan, Produk Teh, Bunga-bungaan & Berkebun, Teknologi Perhutanan & Peralatan Perhutanan.

Dengan memberi tumpuan kepada kesan ekonomi, Pameran itu akan tertumpu kepada mempromosikan perdagangan produk perhutanan di samping mengemudikan banyak kumpulan etnik dan pameran serantau. "Koleksi Produk Agro Perhutanan Taiwan," "Butik Perabot Rosewood," "Produk Perhutanan 'Penduduk She', sebuah kumpulan etnik di wilayah Zhejiang," "Produk Buluh Klasik," "E-Dagang Agro Perhutanan," "Produk Perhutanan Kreatif" adalah sebahagian daripada tema pameran yang tersendiri yang digemari oleh pengunjung. Selain daripada itu, terdapat juga zon tema "One Belt and One Road" yang menggemakan inisiatif ekonomi terkini China dan menawarkan kepada pelawat suatu pengalaman visual Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.  

Sama ada anda suka kepada produk hutan yang bergaya anggun atau produk asli, anda boleh mendapatkan kesemuanya pada Pameran Produk Hutan ke-9 itu.

Maklumat mengenai Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China

Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China, yang dihoskan oleh Pentadbiran Perhutanan Negeri dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Zhejiang, telah diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2008. Pameran Hutan itu adalah satu pameran hijau, rendah karbon dan mesra alam, dengan fungsi perdagangan yang kuat, banyak peluang perniagaan, pengaruh antarabangsa yang terkemuka dan satu sistem perkhidmatan yang sempurna. Pameran Hutan adalah satu-satunya pameran agro perhutanan di China, dan yang kedua di dunia yang diiktiraf oleh Persatuan Dunia bagi Industri Pameran (UFI).

Hubungi

Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China
Hui Wang, +86-579-85415888
service@yiwufair.com

Sumber: Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161003005405/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.