ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  BIOLINE DISAHKAN MEMATUHI STANDARD KUALITI ISO 13485

Wednesday 05/10/2016



CINCINNATI, 5 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, Syarikat PCR, anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) berbangga untuk mengumumkan bahawa kemudahan R&D London dan pengilangan Berlin kini diiktiraf sepenuhnya memenuhi standard kualiti ISO 13485.
 
Bioline mengiktiraf kepentingan pematuhan kepada sistem pengurusan kualiti dalam pembangunan, pengilangan dan pembekalan komponen ujian kepada arena diagnostik molekul. Kami komited untuk mengukuhkan perhubungan kami dengan memenuhi standard kualiti keperluan rakan kongsi perindustrian kami dalam usaha mereka mencapai pensijilan ujian. Oleh itu, Bioline berbesar hati untuk mengumumkan kemudahan pengeluaran kami di Berlin dan kemudahan penyelidikan di London kini disahkan memenuhi standard kualiti ISO 13485. Rangkaian perkhidmatan perindustrian lengkap kami merangkumi pembangunan cerakin khas, bekalan pukal komponen ujian, sokongan pengesahan dan label pengilangan persendirian OEM.
 
Marco Calzavara, Presiden Bioline, mengulas, “Pensijilan ISO 13485 kami bermaksud kami menawarkan keyakinan penuh terhadap Bioline sebagai pembekal komponen ujian diagnostik molekul. Pensijilan kami menunjukkan standard kualiti tinggi yang boleh dikeluarkan semula, ketekalan pengilangan, keupayaan mengesan bahan dan keselamatan rantaian bekalan lengkap. Kami berharap agar dapat meluaskan sumbangan kami kepada pembangunan ujian diagnostik molekul yang meningkatkan kesihatan haiwan dan manusia. Usaha pembangunan produk kami sendiri juga mengikut panduan ISO 13485. Baru-baru ini kami meluaskan portfolio produk kami dengan merangkumkan reagen qPCR sedia liofilisasi, yang diberi nama SensiFAST™ Lyo-Ready No-ROX Mix, bagi membantu rakan kongsi kami dalam pembangunan ujian IVD.”
 
Richard L. Eberly, Presiden, Ketua Pegawai Komersial, menyatakan, “Pensijilan ISO 13485 kami merupakan pencapaian penting dalam kemajuan Bioline. Pematuhan kami terhadap standard kualiti dibina pada pemahaman kami terhadap keperluan rakan kongsi diagnostik kami dan menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pembekal yang dipercayai dalam pembangunan ujian diagnostik molekul in vitro baharu ke arah masa depan. Kami berharap untuk mengukuhkan perniagaan sedia ada kami dan menjalinkan perhubungan baharu dengan pengilang diagnostik untuk keperluan pukal dan khas mereka di dalam rangka kerja sistem pengurusan kualiti ISO 13485.”
 
Mengenai Meridian Bioscience, Inc.  
Meridian ialah syarikat sains hayat berintegrasi penuh yang membangunkan, mengilangkan, memasarkan dan mengedar pelbagai jenis kit ujian diagnostik yang inovatif, reagen ditulenkan dan produk berkaitan serta menawarkan teknologi yang mendayakan biofarmaseutikal. Dengan menggunakan pelbagai kaedah, produk dan ujian diagnostik ini dapat menyediakan ketepatan, keringkasan dan kepantasan apabila mendiagnosis secara awal dan merawat keadaan perubatan biasa seperti jangkitan gastrousus, virus dan pernafasan, serta tahap plumbum dalam darah. Produk diagnostik Meridian digunakan di luar tubuh manusia dan memerlukan sedikit atau tiada peralatan khas. Produk Syarikat ini direka bentuk bagi meningkatkan kesejahteraan pesakit di samping mengurangkan jumlah kos penjagaan kesihatan. Meridian mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang jangkitan gastrousus dan pernafasan bahagian atas; diagnosis serologi, parasitologi dan jangkitan fungus, serta ujian tahap plumbum dalam darah. Di samping itu, Meridian ialah pembekal reagen nadir, teknologi biologi khusus dan berkaitan yang digunakan oleh syarikat biofarmaseutikal yang menjalankan kajian bagi ubat-ubatan dan vaksin baru. Syarikat memasarkan produk dan teknologinya kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pengilang diagnostik dan syarikat bioteknologi di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia. Saham Syarikat ini diniagakan dalam NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Alamat tapak web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.
 
UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bioline, sila lawati http://www.bioline.com.
 
MAKLUMAT HUBUNGAN:
Richard L. Eberly
Presiden, Ketua Pegawai Komersial
Meridian Bioscience, Inc.
Telefon: 513.271.3700
Rick.eberly@meridianbioscience.com
 
Sumber : Meridian Bioscience, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.