ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  PERUSAHAAN GUANGDONG MENCARI PEMBANGUNAN LESTARI KETIKA MEREKA "BERGERAK KE PERINGKAT GLOBAL"

Monday 10/10/2016



AsiaNet 66075 

Bandar Raya NEW YORK, N.Y., 10 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Acara pelancaran baru-baru ini mengenai Laporan berhubung Pembangunan Mapan bagi Perusahaan China di Seberang Laut 2015 dimulakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, yang dihoskan oleh Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu, Pusat Penyelidikan dalam Penyeliaan Aset dan Suruhanjaya Pentadbiran yang dimiliki Negeri bagi Majlis Negeri (SASAC) dan Akademi China bagi Perdagangan Antarabangsa dan Kerjasama Ekonomi (CAITEC). Shen Haixiong, Ketua bagi Jabatan Publisiti Wilayah Guangdong dan Pengerusi Persatuan Budaya Antarabangsa Guangdong, turut serta dan menyampaikan ucap utamanya.

 Shen menyatakan bahawa laporan itu adalah selaras dengan visi pembangunan yang "China harapan untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi membina sebuah ekonomi dunia yang inovatif, terbuka, saling berkaitan dan inklusif, untuk mencapai pertumbuhan yang mantap, mapan, seimbang dan inklusif". Beliau berkata, perusahaan-perusahaan Guangdong berada dalam tempoh peluang-peluang strategik ketika bergerak di peringkat global. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan besar perusahaan Guangdong telah berjaya mengambil bahagian di dalam pelaburan antarabangsa, yang telah mencapai keputusan yang menguntungkan kesemua pihak dengan negara-negara yang menjadi tuan rumah dan memperolehi reputasi yang baik.

Perangkaan di dalam laporan itu menunjukkan bahawa perusahaan China di luar negara telah membayar cukai sebanyak 31.19 bilion USD kepada negara-negara tuan rumah pada tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 62.9% berbanding pada tahun sebelumnya. Mereka telah menggajikan 1.225 juta pekerja asing, yang telah bertambah 392,000 orang berbanding dengan pada akhir tahun lepas. Perusahaan-perusahaan Guangdong yang diwakili oleh HUAWEI, Tencent telah diintegrasikan ke dalam pembangunan wilayah di seluruh pelusuk dunia dengan idea-idea "keterbukaan, kerjasama dan menang-menang".

Shen berkata bahawa Guangdong telah menekankan peri pentingnya kepada komunikasi maklumat dan sambungan berkaitan budaya dengan dunia. Ia memaksimumkan kebanyakan kelebihan kita sebagai sebuah wilayah media dan Internet yang hebat untuk memberikan sokongan yang kuat bagi perusahaan dan rakyat untuk bergerak ke peringkat global dan mencapai pembangunan mapan di luar negara. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan pengukuhan berita dan komunikasi budaya sebagai pautan dan untuk meningkatkan keupayaan komunikasi antarabangsa dan bekerja untuk Inisiatif Belt and Road sebagai tumpuannya, Guangdong telah bersedia untuk memajukan kaedah komunikasi antarabangsa dan mengembangkan saluran komunikasi, menarik penonton yang besar di dalam negeri dan di luar negara. Wilayah itu juga mewujudkan suasana global yang sangat baik untuk menggalakkan perbincangan, pembinaan dan perkongsian bersama.

SUMBER: Pejabat Berita bagi Kerajaan Wilayah Guangdong China

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.