ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  EMERALD MEDIA YANG DISOKONG OLEH KKR MELABUR AS$50 JUTA DALAM YUPPTV

Tuesday 11/10/2016



MUMBAI, India, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Emerald Media, sebuah platform Pan-Asia yang diwujudkan oleh firma pelaburan global terkemuka KKR untuk melabur di dalam sektor media dan hiburan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi satu kepentingan minoriti yang signifikan di dalam YuppTV dengan nilai AS$50 juta. YuppTV adalah satu daripada platform video over-the-top (OTT) yang terkemuka di dunia bagi kandungan Asia Selatan yang menawarkan TV secara langsung, catch-up TV dan filem atas permintaan dalam 14 bahasa merentasi ke seluruh dunia. Modal pertumbuhan itu akan membolehkan YuppTV untuk memperluaskan tapak kehadirannya di seluruh dunia, mengembangkan kandungan perpustakaannya melalui penerbitan asal dan pengambilalihan, dan mengembangkan dengan pesat pangkalan pelanggan berbayar mereka.
 
Beribu pejabat di Atlanta, Georgia, YuppTV adalah merupakan sebuah platform TV Berbayar Internet yang terkemuka bagi Asia Selatan, dengan menjangkau ke lebih 400 juta isi rumah di seluruh dunia. Dengan lebih lima juta pelawat bulanan yang mengakses YuppTV merentasi 27 peranti bersepadu -- dengan puncak trafik bulanan sebanyak 20 juta -- YuppTV telah menetapkan rekod di seluruh industri OTT itu. YuppTV menawarkan lebih 250 saluran TV Asia Selatan, lebih 5000 filem dan lebih 100 rancangan TV kepada penonton di seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada Amerika Syarikat, United Kingdom, Timur Tengah, Kanada, Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan Caribbean. YuppTV terus merevolusikan cara TV dan filem yang dilihat di seluruh dunia dengan lebih 25,000 jam kandungan hiburan di dalam katalog di perpustakaannya, dan juga hampir 5,000 jam kandungan baru atas permintaan ditambah kepada platform YuppTV pada setiap hari.
 
YuppTV telah memperolehi populariti yang besar di India setelah dilancarkan baru-baru ini di pasaran. Dengan tumpuan awal di India Selatan, syarikat itu telah beransur-ansur berkembang ke seluruh negara. Ia juga baru-baru telah melaksanakan cadangan tepat masa berasaskan analisis termaju di TV secara langsung, untuk menjadikan kandungan lebih mudah diperolehi.
 
Uday Reddy, Promoter dan Ketua Pegawai Eksekutif YuppTV, berkata, "Kami tidak boleh meminta sebuah rakan kongsi yang lebih kukuh selain daripada Emerald Media. YuppTV adalah sebuah platform pengedaran kandungan dengan hubungan pengguna yang kukuh, dan Emerald Media mempunyai perhubungan media di peringkat global. Kami berharap untuk memanfaatkan hubungan mereka dan aset yang sedia ada Endemol, OML, Fluence and Graphic India bagi mewujudkan pengaturcaraan asal dan membuat platform ini satu kuasa kandungan dan pengedaran generasi akan datang."
 
Rajesh Kamat, Pengarah Urusan bagi Emerald Media, berkata, "Emerald Media percaya dalam memacukan perubahan dan mewujudkan nilai dengan menyediakan satu gabungan modal, pengetahuan domain dan pengurusan jalur lebar yang tersendiri. Dunia sekarang sedang bergerak daripada penggunaan tradisional kepada pengantara penghantaran pelbagai skrin. YuppTV menyediakan satu gabungan teknologi yang unik, perhubungan kandungan yang kukuh dan pendapatan berskala dan akan menjadi pendorong kepada visi kami untuk membina sebuah syarikat media zaman baru."
 
Paul Aiello, Pengarah Urusan bagi Emerald Media, berkata, "Uday dan pasukannya telah mewujudkan satu platform video dalam talian yang luar biasa dengan asas pelanggan yang setia yang menyedari potensi besar diaspora India di seluruh dunia. Pelaburan dan perhubungan kami akan membolehkan YuppTV untuk melanjutkan lagi kedudukan kepimpinan mereka yang kukuh di dalam ruang OTT yang pesat berkembang."
 
Pada September 2015, YuppTV telah mengumpulkan pembiayaan pusingan Siri A mereka daripada Poarch Creek Indian Tribe Alabama. YuppTV mempunyai lebih 10 juta muat turun aplikasi mudah alih, sebagai tambahan kepada 50 juta prapasang pada Samsung TV di seluruh dunia dan lebih 300,000 muat turun pada TV Pintar LG, untuk menjadikannya sebagai antara Aplikasi TV Pintar yang paling banyak dimuat turun. Aplikasi YuppTV juga merupakan aplikasi kedua paling popular di Android Playstore di India (Hiburan) dan satu-satunya aplikasi di Asia Selatan yang tersedia bagi PS3™ dan PS4™. Di samping itu, YuppTV telah melancarkan perkhidmatan penstriman filem atas permintaan mereka yang eksklusif, YuppFlix, yang disokong oleh sebuah perpustakaan yang luas yang mempunyai lebih 5000 filem dalam pelbagai bahasa.
 
Maklumat mengenai Emerald Media
 
Emerald Media ialah sebuah platform Pan-Asia yang diwujudkan oleh KKR untuk melabur di dalam industri media dan hiburan yang sedang pesat berkembang di seluruh Asia di mana KKR telah memberi komitmen sehingga $300 juta daripada Dana KKR Asia II mereka. Emerald Media diketuai oleh tokoh veteran industri Rajesh Kamat dan Paul Aiello, dengan disokong oleh sebuah pasukan pelaburan dan eksekutif operasi yang berpengalaman. Paul dan Rajesh bersama-sama mempunyai gabungan pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri dan membawa satu paduan kepintaran operasi dan pelaburan yang unik kepada pendekatan perniagaan mereka.
 
Platform itu terutamanya memberi tumpuan kepada menyediakan pertumbuhan modal kepada syarikat-syarikat media, hiburan dan media digital. Platform itu sedang melihat untuk melabur kira-kira $15 juta hingga $75 juta bagi setiap pelaburan untuk mengambil alih kawalan atau kedudukan minoriti yang ketara di dalam syarikat-syarikat media awam dan persendirian yang sedang berkembang.
 
Maklumat mengenai YuppTV
 
Beribu pejabat di Atlanta, GA, YuppTV adalah satu daripada syarikat kandungan over-the-top (OTT) yang terkemuka di dunia bagi Kandungan Asia Selatan, TV secara langsung, video atas permintaan, dan Penyelesaian Filem atas permintaan. YuppTV, sebuah perintis di dalam ruang OTT, menyampaikan lebih 250 saluran televisyen di dalam 14 bahasa, 4500 video (setiap hari), filem, dan banyak lagi. Kandungan ditawarkan kepada penonton melalui satu perkhidmatan berasaskan langganan tunggal dalam bentuk TV secara langsung, Catch-up TV dan Filem yang boleh ditonton di mana-mana daripada enam skrin untuk penggunaan kandungan video – TV Bersambung, Internet STB, peranti Smart Blu-ray, komputer, Telefon Pintar dan Tablet.
 
Perkhidmatan YuppTV pada masa ini mempunyai satu daripada kadar penglibatan kandungan pengguna paling tinggi di dalam industri. Tidak hairanlah bahawa berjuta-juta pelanggan yang berpuas hati di seluruh dunia memilih YuppTV untuk pilihan hiburan mereka.
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51436033&lang=en
 
Hubungi
 
Bagi pihak Emerald Media
ACTIMEDIA
Ashish Badshaw, +91 9821160231
ashish@actimediaindia.com
atau
Bagi pihak YUPPTV
VALUE360
Kriti Chopra, +91 9711694449
Kriti@value360india.com

 
Sumber: Emerald Media
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.