ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  PAMERAN KEDUA MUZIUM SNOOPY TOKYO BERMULA PADA 8 OKTOBER

Wednesday 12/10/2016



AsiaNet 66095
 
TOKYO, 11 Okt., 2016 / Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Pameran Snoopy Yang Terbesar Pernah Diadakan Bertajuk "Hello again, Snoopy" –
 
Muzium Snoopy Tokyo di Roppongi, Minato-ku, Tokyo, yang dibuka pada 23 April 2016, memulakan pameran kedua mereka, "Hello again, Snoopy," pada hari Sabtu, 8 Oktober.
 
(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201610115120/)
 
Melalui komik asal, yang dipamerkan buat pertama kali di Jepun, dan video, pameran ini memaparkan tarikan anjing beagle yang paling terkenal di dunia. Ia memperkenalkan sesuatu yang jarang dilihat, karya seni terawal dari masa Charles M. Schulz mewujudkan Snoopy, dan menunjukkan peralihan yang dijalani oleh Snoopy dari segi penampilan dan watak sepanjang lebih 50 tahun. Pameran itu menampilkan sebilangan besar imej Snoopy – sejumlah 1,000. Dengan lebih 80 komik asal, yang menampilkan tema yang terkenal dan persona seperti Happy Dance dan Flying Ace, sekitar 20 lakaran dan sel animasi, dipamerkan di Jepun buat pertama kali, dan lebih 100 barangan vintaj.
 
BROWN'S STORE telah memperbaharui barisannya sehingga bertepatan dengan pameran baharu itu! Kedai itu mempunyai pelbagai barangan yang menarik, iaitu kira-kira 400 barangan asal, termasuk barangan kerjasama baharu dan produk yang bertemakan pameran. Cafe Blanket, yang mempunyai sebuah teres yang nyaman dan bersantai, juga telah memperbaharui menu mereka untuk menampilkan item yang berkaitan dengan pameran baharu itu.
 
Muzium Snoopy Tokyo dibuka sehingga September 2018. Kami akan mengadakan satu pameran baharu pada setiap enam bulan, dan menampilkan paparan khas dan barangan edisi terhad pada musim Halloween (Oktober), Krismas (November-Disember) dan Hari Valentine (Januari-Februari ), yang kesemuanya mempunyai perhubungan yang kuat dengan PEANUTS. Dengan setiap pameran dan musim yang berubah, terdapat sesuatu yang baharu untuk dinikmati di Muzium Snoopy Tokyo.
 
Rangka pameran kedua, "Hello again, Snoopy"
--Tempoh: Sabtu, 8 Oktober, 2016 - Ahad, 9 April, 2017
          Dibuka setiap hari sepanjang tempoh pameran itu, kecuali bagi  
          31 Disember – 2 Januari apabila muzium itu ditutup.
--Waktu: 10 pagi – 8 malam (kemasukan terakhir: 7:30 malam)
--Lokasi: 5-6-20 Roppongi, Minato-ku, Tokyo
            7 minit berjalan kaki dari Stesen Tokyo Metro Roppongi,
            10 minit berjalan kaki dari Stesen Azabu Juban
 
(Dokumen:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103782/201610115120/_prw_OI5fl_xg3cmS02.jpg)
 
* Tiket awal dijual melalui sistem tiket Lawson.
* Tiket pada hari yang sama dijual di muzium itu pada hari-hari apabila tiket masih ada.
* Kemasukan dibahagikan kepada lima slot masa yang berikut: 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang, 6 petang
* Sekiranya anda terlewat untuk slot masa tempahan anda, anda boleh masuk pada hari yang sama tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.
* Sekiranya anda mempunyai tiket awal yang tidak digunakan, anda boleh membayar tambahan 200 yen dan menggunakannya selagi tiket untuk hari yang sama masih dijual.
 
Kami meminta agar anda membenarkan kami untuk menyemak artikel untuk penerbitan.
Kredit berikut hendaklah dipaparkan:
(C) Peanuts Worldwide LLC (Singkatan: (C) Peanuts)
 
Sumber: Muzium Snoopy Tokyo 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.