ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  PERARAKAN FESTIVAL TOHOKU AKAN MEMAPARKAN ENAM PERAYAAN TEMPATAN, MEMBANTU UNTUK MENYOKONG PEMULIHAN KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI

Thursday 13/10/2016



Menampilkan paparan budaya dari Tohoku dan Tokyo, akan menjadi acara utama yang pertama diadakan di kawasan Toranomon, pusat budaya dan  komersial baharu bagi Tokyo

TOKYO, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Eksekutif TOKYO SHINTORA MATSURI hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengadakan festival TOKYO SHINTORA MATSURI mereka di Shintora-dori Avenue, Tokyo, jalan raya baharu yang dibina sebagai sebahagian daripada kawasan pembangunan semula Toranomon, pada 19 dan 20 November. Festival itu akan menjadi acara utama yang pertama yang menggunakan ruang baharu yang diwujudkan di daerah Shintora (Shimbashi-Toranomon), hab antarabangsa yang baharu di Tokyo bagi perniagaan dan budaya. Ia akan termasuk Perarakan Tohoku Rokkonsai (enam perayaan), satu pertunjukan jalan raya khas yang menggabungkan tarikan festival secara individu dari bandar raya di Aomori, Akita, Morioka, Yamagata, Sendai, dan Fukushima di wilayah Tohoku.

Perarakan Tohoku Rokkonsai diadakan buat pertama kali pada tahun 2011 di bandar raya Sendai, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pemulihan sebuah kawasan yang terjejas akibat Gempa Bumi Dahsyat Jepun Timur pada awal tahun itu; sejak itu ia telah diadakan pada setiap tahun di bandar raya utama yang lain di seluruh Tohoku. Meraikan kepelbagaian dan kebingkasan rantau itu, perarakan sepanjang 300 meter itu akan diteruskan di sepanjang Shintora-dori Avenue pada 20 November, dengan lebih 300 penari dan penghibur lain mempamerkan ciri-ciri festival daripada enam bandar raya Tohoku itu.

TOKYO SHINTORA MATSURI itu akan juga membentangkan pelbagai program di bawah tema bersama "Tohoku x Tokyo" dan "Tradisi x Inovasi", yang mempamerkan pelbagai tarikan kebudayaan dari Tokyo dan wilayah lain di Jepun. Acara-acara lain pada festival itu akan termasuk Forum Masa Hadapan Budaya Jepun, yang menampilkan satu panel perbincangan tentang permainan, anime dan muzik Jepun, dan Tohoku x Tokyo Festa, yang akan mempamerkan seni tradisional dari Tokyo, perayaan hiasan dari Tohoku dan wakil masakan  dari kedua-dua wilayah.

Dua perayaan tambahan akan diadakan pada masa yang sama: "MINATO 70x TOHOKU PARK," yang akan menawarkan makanan tempatan daripada enam buah bandar raya Tohoku dan restoran tradisional di sekitar Shiba di Tokyo, dan "Citarasa TOHOKU," yang menampilkan sake tempatan Jepun dari wilayah Tohoku yang disajikan oleh restoran-restoran yang mengambil bahagian dari Toranomon Hills.

Acara itu akan dianjurkan bersama oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo, Majlis Kesenian Tokyo (Yayasan Metropolitan Tokyo bagi Sejarah dan Kebudayaan) dan Jawatankuasa Eksekutif TOKYO SHINTORA MATSURI.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shintora.tokyo.

Lampiran: Program utama bagi  TOKYO SHINTORA MATSURI

Perarakan Tohoku Rokkonsai  

Unsur-unsur perayaan individu berikut, sebahagian daripadanya ditetapkan sebagai "aset budaya yang penting", akan digabungkan ke dalam perarakan itu:

• Aomori Nebuta - mempunyai dua juta pelawat pada setiap tahun. Sebuah perhiasan Nebuta yang dicipta khas, hampir tujuh meter lebar, akan dipamerkan.
• Akita Kanto - mempunyai sejarah yang panjang sebagai satu acara untuk mencegah gangguan roh-roh jahat. Penghibur akan mengarakkan tiang tanglong setinggi 12 meter.
• Morioka Sansa - sebuah persembahan tradisional sejak zaman Edo dan termasuk ensembel gendang terbesar di Jepun.
• Yamagata Hanagasa – penari-penari yang memakai kostum akan menari mengikut rentak gendang Jepun, dengan memakai topi berbentuk kon yang dihiasi bunga.
• Sendai Tanabata - mempunyai lebih dua juta pelawat pada setiap tahun dan termasuk penari dengan memegang kipas di kedua-dua belah tangan.
• Fukushima Waraji - menampilkan O'waraji, sandal jerami yang besar dari Candi Ashio-Jinja, dengan meletakkan persembahan untuk membantu memastikan perjalanan yang selamat.

Sila layari pautan itu untuk melihat video daripada Perarakan Tohoku Rokkonsai yang diadakan di Aomori pada 2016 http://www.shintora.tokyo/rokkonsai.html.
 
Tarikh:   20 November, 2016
Masa: 10:15 dan 15:00 (perarakan 10:15 akan termasuk upacara perlepasan)
Tempat: Shintora-dori Avenue, Loop Road No.2
Bayaran: Percuma (pendaftaran awal diperlukan)
Cara untuk memohon: Pendaftaran dibuka sehingga 21 Oktober  - sila layari www.shintora.tokyo.
 
Forum Masa Hadapan Budaya Jepun

Sebagai sebahagian daripada satu program yang bertujuan untuk menggalakkan budaya Jepun, Forum itu akan menampilkan satu panel perbincangan mengenai topik yang termasuk festival, muzik dan permainan, dan dijangka menarik bakat-bakat kreatif dari Jepun dan dari luar negara.
 
Tarikh: 20 November, 2016
Masa: 11:00 – 14:00 (akan ditetapkan)
Tempat: Toranomon Hills Forum, 5F Dewan Utama
Bayaran: Akan ditetapkan
Cara untuk memohon: Pendaftaran awal diperlukan – sila layari www.shintora.tokyo.
 
Tohoku x Tokyo Festa

Akan mempamerkan "bintang tenun" Tanabata, sebuah hiasan indah dan mengagumkan yang menerangi seluruh Bandar Raya Sendai dengan warna-warna yang menarik pada setiap tahun.
 
Tarikh: 15 hingga 20 November, 2016
Masa: 11:00 - 11:00 (akan ditetapkan)
Tempat: Toranomon Hills, Tingkat Dua Atrium
 
Acara itu termasuk:

Pentas Hiburan bagi Enam Bandar Raya Tohoku dan Kesenian Tradisional Tokyo

Akan mengadakan pelbagai acara dan persembahan yang mempromosikan wilayah Tohoku, di samping satu paparan mengenai seni tradisional Tokyo.
 
Tarikh: 19 – 20 November, 2016
Masa: Dari 11:00 (akan ditetapkan)
Tempat: Toranomon Hills, Oval Plaza
 
Manisan Tempatan dan Permainan Tradisional Tohoku

Sebuah gerai yang menjual manisan tempatan Tohoku dan produk lain, dan menampilkan permainan tradisional.
 
Tarikh:20 November, 2016 
Masa: 11:00 – 18:00 (akan ditetapkan) 
Tempat: Toranomon Hills, Pintu Masuk 4F 
 
Bengkel Kraf Tradisional Jepun

Artisan atau pekerja mahir akan menyampaikan dan menunjukkan pelbagai kraf tradisional Jepun dari Wilayah Tokyo.
 
Tarikh: 20 November, 2016
Masa: 12:00, 14:00, 16:00  (akan ditetapkan)
Tempat: Forum Toranomon Hills, 4F, Dewan B
Peserta: Terhad kepada 20 pelawat yang pertama pada setiap masa (akan ditetapkan)
Bayaran: Akan ditetapkan (akan meliputi hanya kos bahan)
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51437605&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media bagi media antarabangsa
Weber Shandwick
Reina Matsushita, +81-80-2375-0295
Ayumi Matsubara, +81-90-9006-5841
Masashi Nonaka, +81-80-1037-7879
shintora.tokyo@webershandwick.com
 
Sumber: Jawatankuasa  Eksekutif  TOKYO SHINTORA MATSURI

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161012006397/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.