ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  TATASUSUNAN TRANSISTOR BAHARU TOSHIBA MEMPUNYAI FUNGSI PENYIMPANAN DATA

Thursday 13/10/2016



TOKYO, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TBD62089APG", sebuah tatasusunan transistor generasi baharu untuk aplikasi seperti lampu LED bagi peralatan hiburan dan pemancar isyarat bervoltan tinggi untuk peralatan perindustrian. IC baharu itu menggabungkan litar Flip Flop jenis D (jenis 8 bit) di dalam bahagian input yang menyokong sebuah fungsi penyimpanan data. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada akhir Disember 2016.

Aplikasi seperti peralatan hiburan (pachinko dan mesin slot), peralatan rumah (pendingin hawa dan peti sejuk), dan peralatan perindustrian (mesin layan diri, terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat, dan peralatan automasi kilang) terus menambahkan fungsi-fungsi dari tahun ke tahun, yang menyebabkan kekurangan ruang pemasangan bagi IC.

TBD62089APG menggabungkan litar Flip Flop jenis D, yang digunakan secara meluas sebagai satu standard industri, dan tatasusunan transistor (TBD62083APG) jenis sink output[1] 8 saluran pada satu cip tunggal dalam sebuah pakej DIP20. Hasilnya, kedua-dua kiraan komponen dan ruang yang diperlukan untuk pemasangan boleh dikurangkan.

TBD62089APG itu juga mempunyai sink output DMOS FET[2] yang menyokong voltan tinggi dan pemacu arus besar dengan kecekapan yang tinggi, sekali gus membenarkan ia untuk mengurangkan kehilangan kuasa sebanyak kira-kira 40%[3]  berbanding dengan siri TD62083A yang sebelumnya. Ini merealisasikan operasi dengan margin output dan kehilangan kuasa yang lebih rendah. Beroperasi sebagai sebuah beban output, IC baharu itu adalah sesuai untuk memacukan rintangan dan beban kemuatan (LED dan pengganding foto).

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu

1. Fungsi penyimpanan data terbina dalam (Litar Flip Flop jenis D)
Litar Flop Flip jenis D (jenis TC74HC273A) adalah digabungkan ke dalam litar output bagi tatasusunan transistor jenis sink output 8 saluran, TBD62083APG, yang merupakan satu lagi tatasusunan transistor generasi baharu Toshiba. Ini mengurangkan kiraan komponen dan ruang pemasangan.

2. Pemacuan kecekapan tinggi
Penggabungan TBD62083APG merealisasikan satu pemacuan kecekapan tinggi, dan TBD62089APG itu mengurangkan kehilangan kuasa sebanyak kira-kira 40%[3] berbanding dengan siri TD62083A yang sebelumnya.

3. Voltan tinggi, pemacu arus besar
Penarafan maksimum mutlak bagi output adalah 50V/0.5A.

Aplikasi

Peralatan hiburan (pachinko dan mesin slot), peralatan rumah (pendingin hawa dan peti sejuk) dan peralatan perindustrian (mesin layan diri, terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat, dan peralatan automasi kilang).
 
Spesifikasi Utama
 
Nombor Bahagian TBD62089APG
Fungsi Litar Flip Flop jenis D + Tatasusunan transistor
Pakej DIP20
Bahagian input Komposisi Litar Flip Flop jenis D × 8 saluran
 I/F Input aras CMOS
 VCC 3.0V to 5.5V
 Frekuansi CLK 20MHz
Bahagian output Komposisi DMOS FET jenis sink × 8 saluran
 Penarafan output
(Voltan)
 50V
 Penarafan output
(Arus)
 500mA
 Output ON
rintangan
 2Ω (jenis)
 Diod biasa Tiada
 
[1] Sink output: sejenis output arus (Jenis Tarikan).
[2] DMOS FET: MOSFET Resap Berganda
[3] Di dalam keadaan Ta=25℃ dan IOUT adalah 200mA.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TBD62089APG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51438419&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161013005525/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.