ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  BERTAQWA MELALUI PERUSAHAWANAN NEGARA

Friday 14/10/2016



KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Seiring dengan Falsafah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara, sekali lagi KUIS telah terpilih untuk menyertai Malam Anugerah PKNS. Malam Anugerah ini diadakan pada 28 September 2016 yang lalu, bertempat di Hotel De Palma Shah Alam.
 
Program ini merupakan hasrat PKNS dalam melahirkan golongan usahawan berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan di negara ini menerusi Sekritariat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) sejak 1995. Sepanjang program keusahawanan PKNS, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) sudah membimbing sekurang-kurangnya 39,000 usahawan dari pelbagai peringkat dengan kos hampir RM 230 juta. Semua Usahawan terdiri dalam kalangan pengilang bahan binaan, sub kontraktor Bumiputra, peniaga runcit, usahawan mahasiswa, usahawan siswazah, pelajar sekolah menengah dan rendah.
 
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga merupakan salah satu institusi yang mendapat bimbingan dalam bidang keusahawanan oleh pihak PKNS. Melalui anugerah yang dianjurkan, seorang pelajar KUIS iaitu Ahmad Noor Rasydan Bin Hamidun berjaya merangkul Anugerah Usahawan Mahasiswa Cemerlang melalui peniagaan “Pop Corn” atau bertih jagung kental bermula di asrama dengan keuntungan sehingga kini adalah sebanyak RM 2700.00 dalam masa enam (6) bulan.
 
Manakala, seorang alumni KUIS iaitu Abdul Rahim Bin Hj Azhari juga telah menerima Anugerah Ikon PROTUNe yang mengusahakan tulisan Khat (Kufi) dan telah menjalankan peniagaan ini sepenuh masa selepas tamat bergraduasi.
 
Pada majlis itu, seramai 27 usahawan cemerlang di bawah program keusahawanan PKNS telah menerima pengiktirafan atas pencapaian mereka melalui transfomasi dalam peniagaan. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS Noraida Mohd Yusof, jawatan semasa Hari Usahawanan PKNS dan kini telah dinaikkan pangkat kepada Pengurus Besar Pentadbiran bermula 7 Oktober 2016. Turut hadir di majlis itu ialah Dr. Mohamad Syukri bin Abdul Rahman,  Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, KUIS.
 
Oleh,
Nurul Fatin Fatma Binti Ali
Pegawai Psikologi
Ketua Seksyen Alumni & Rundingcara (SAR)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI :

Nama : MUDZIRAH AISHAH PAWANTEH
KETUA SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KOMUNIKASI
BAHAGIAN PEMASARAN & KOMUNIKASI
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
TEL   : 03-89117000 ext 3507
FAX   : 03-89268462
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.