ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  "WALKCAR" KERETA BERSAIZ KOMPUTER RIBA BOLEH DIPEROLEHI UNTUK PRATEMPAHAN DARI 21 OKT

Thursday 13/10/2016



AsiaNet 66126
  
TOKYO, 13 Okt., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Masanya Telah Tiba untuk Membawa Kereta di dalam Beg Anda -

COCOA MOTORS, Inc. (R) mengumumkan pada 13 Oktober bahawa WALKCAR (R), kereta terkecil di dunia, boleh diperolehi untuk pratempahan di Stor Dalam Talian Cocoa Motors (http://www.cocoamotors.com) dari Jumaat, 21 Oktober, pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan di Jepun.
 
(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201610135259/)
 
WALKCAR adalah sebuah kereta bersaiz komputer riba berukuran 13 inci yang beratnya hanya 2.8 kg, yang dibina dengan mempunyai badan yang diperbuat daripada karbon. Ia boleh mencapai kelajuan 16km sejam. Satu caj akan memberikan anda satu jam masa penggunaan. Tidak ada stereng atau peranti kawalan jauh, tetapi dengan hanya mengalihkan berat badan anda pada badan rata WALKCAR, anda boleh pergi ke mana-mana arah. Apabila anda mahu menghentikannya, anda hanya perlu melangkah keluar. Ia boleh didapati pada harga AS$1,280 dan akan memulakan penghantaran dari September 2017.
 
Pencipta dan Ketua Pegawai Eksekutif COCOA MOTORS Kuniaki Sato, menghasilkan idea untuk "Kereta dalam beg anda" apabila beliau berpindah ke Tokyo untuk melanjutkan pengajian di universiti. Beliau memerhatikan bagaimana orang ramai bergerak di bandar raya dengan menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki berbanding dengan bagaimana beliau memandu keretanya untuk ke mana-mana semasa berada di kampung halamannya. Beliau mahukan satu bentuk pengangkutan yang membolehkan beliau untuk bergerak ke semua tempat yang anda boleh pergi dengan berjalan kaki, sementara berupaya bergerak untuk jarak yang lebih jauh tanpa mengalami keletihan kerana berjalan kaki. Dengan penuh inspirasi, beliau dengan segera mula untuk mereka bentuk perisian dari peringkat awal dan hari ini, hasil daripada keghairahan dan kreativiti beliau itu kini boleh dinikmati oleh semua orang. Sato percaya bahawa kebijaksanaan Jepun ini boleh mengubah dunia -- kini tidak ada keperluan untuk mencari tempat letak kereta; anda sekarang boleh membawa kereta anda di dalam beg anda. 
 
WALKCAR boleh diperolehi untuk pratempahan dan permohonan pembelian di seluruh dunia. Ia akan memulakan penghantaran dari September 2017 ke 13 buah negara di seluruh Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah, dengan ketersediaan berkembang untuk memasukkan lebih banyak negara, atas permintaan, pada masa terdekat.
 
Untuk butiran lanjut, sila layari laman web kami:
"Walk" atau "WALKCAR"
http://www.cocoamotors.com
Youtube: https://youtu.be/6WR5JfsjOsU
  
Untuk mendapatkan lebih banyak gambar:
https://www.dropbox.com/sh/mkdpgam9hrx122w/AABxY6oDfUMrYVjZC2z1gLgZa?dl=0
 
Sumber: COCOA MOTORS, Inc. 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.