ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  PAKAR INDUSTRI KANDUNGAN, GLOBAL CREATIVE AND MEDIA AGENCY (GCMA) BERKEMBANG KE THAILAND DAN INDONESIA

Monday 17/10/2016



GCMA BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN JUALAN EKSPORT KANDUNGAN THAILAND DAN INDONESIA SEBANYAK 20% DALAM MASA 3 TAHUN
 
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Global Creative and Media Agency (GCMA), sebuah syarikat swasta Malaysia yang pakar dalam industri kandungan kini telah melantik Cik Nathamon Singhathewakul sebagai wakil pengurusan di Thailand dan Encik Hendy Lim (bekas Naib Presiden Bahagian Kandungan dan Acara di MNC Group) sebagai wakil pengurusan di Indonesia.
 
Menerusi perkembangan ini, GCMA akan berusaha untuk meningkatkan jualan eksport kandungan di Thailand dan Indonesia sebanyak 20 peratus dalam tempoh tiga tahun. Bagi memupuk ekonomi perdagangan industri hiburan di Asia Tenggara, kedua-dua wakil pengurusan tersebut bertindak sebagai perantara bagi membantu GCMA dalam meningkatkan kualiti kandungan dalam negara mereka. Melalui pengalaman Cik Singhathewakul dan Encik Lim yang meluas, GCMA akan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan swasta serta syarikat media dalam kedua-dua negara tersebut dengan menawarkan peranan sebagai penasihat; berhubung dengan strategi baharu dan trend terkini dalam kandungan kreatif, serta pasaran global untuk menjual kandungan mereka.
 
“Sebagai wakil rasmi Asia Tenggara bagi Reed Midem, penganjur pasaran kandungan media utama di dunia; GCMA telah membantu memupuk industri kreatif Malaysia sepanjang enam tahun yang lalu dengan mempromosikan kandungan tempatan ke pelbagai pasaran global dan acara perdagangan. Menurut Laporan Industri Tahunan MSC Malaysia 2015, jumlah jualan eksport kandungan kreatif dan teknologi meningkat kepada RM7.24bil pada 2015 daripada RM4.84bil pada tahun 2011. Oleh itu, kami berharap pengalaman dan kepakaran kami akan menyumbang dalam perkembangan industri kreatif negara-negara jiran," kata Encik Adam Ham, Ketua Pegawai Eksekutif GCMA, yang turut mendedahkan bahawa GCMA bakal berkembang ke Vietnam dan Filipina pada tahun hadapan.
 
Perkembangan ini adalah sebahagian daripada rancangan 10-tahun GCMA sejak penubuhannya pada tahun 2011; untuk membantu memupuk potensi ekonomi kreatif ASEAN, terutamanya dalam bidang kandungan dan produksi kerjasama. Sepanjang penubuhannya, GCMA telah bekerjasama dengan pemimpin industri tempatan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan lain-lain untuk mempromosikan kandungan tempatan seperti siri televisyen, filem, animasi, muzik dan lain-lain ke peringkat global.
 
GCMA juga telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat media di Thailand dan Indonesia, seperti MNC Media, SCTV, Workpoint, Thai-PBS, dan institusi kerajaan seperti Software Industry Promotion Agency (SIPA) dan Department of Industry Trade and Promotion (DITP) Thailand serta Badan Ekonomi Kreatif (BEKRAF), dan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.
 
Mengenai Global Creative and Media Agency (GCMA) Portal
 
Global Creative and Media Agency (GCMA) telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan matlamat utama untuk membantu dalam perkembangan ekonomi kreatif Malaysia dengan mencipta platform untuk mempromosi harta intelek dan kandungan kreatif tempatan, serta menggalakkan kandungan dan perkhidmatan dalam bidang televisyen, filem, kesan visual, animasi, muzik, pelesenan dan penerbitan di Malaysia dan ASEAN.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gcmatv.com
 
SUMBER : Global Creative and Media Agency Portal Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262
Emel : amzar.anizam@gcma.tv
 
--BERNAMA
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.