ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  TOKYO MELONJAK KE TEMPAT TIGA TERATAS DALAM KEDUDUKAN BANDAR RAYA GPCI 2016; LONDON DAN NEW YORK MENGEKALKAN DUA TEMPAT TERATAS, PARIS TURUN KE TEMPAT KEEMPAT

Tuesday 18/10/2016



Laporan Yayasan Peringatan Mori Mendedahkan Bandar Raya Paling Menarik di Dunia
 
TOKYO, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Institut bagi Strategi Bandar di Yayasan Peringatan Mori, sebuah institut penyelidikan yang ditubuhkan oleh Mori Building, hari ini mengumumkan laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2016 mereka. Laporan itu kali pertama dikeluarkan pada tahun 2008; ia menilai dan menempatkan kedudukan 42 bandar raya utama mengikut “magnetisme," atau kuasa keseluruhan tanggapan mereka untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia.
 
Laporan itu mendedahkan bahawa Tokyo mencapai kedudukan tiga teratas buat kali pertamanya, setelah menduduki tempat keempat untuk lapan tahun berturut-turut sebelum ini; penilaian positif di dalam kategori bagi Interaksi Budaya, Kesesuaian untuk Didiami dan Kebolehcapaian telah membantu meningkatkan skor mereka. London mengekalkan kedudukannya di tempat teratas untuk tahun kelima berturut-turut walaupun markah keseluruhan mereka menurun sedikit. New York tidak mengalami sebarang perubahan ketara di dalam kedudukan mereka, dengan mengekalkan tempat kedua, juga untuk tahun kelima berturut-turut. Paris tercicir daripada kedudukan tiga teratas dan jatuh ke tempat keempat, disebabkan terutamanya oleh penurunan tanggapan di dalam tahap Interaksi Budaya dan Penyelidikan & Pembangunan; serangan pengganas pada November lalu mungkin telah mempengaruhi penilaian mereka.
 
Sorotan Utama
  • Tokyo mengatasi Paris dan melonjak ke tempat ketiga. Peningkatan itu adalah disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk pengurangan di dalam kadar percukaian korporat Jepun, satu peningkatan di dalam bilangan pelawat ke bandar raya itu dari luar negara dan peningkatan dalam jumlah sambungan penerbangan terus ke destinasi-destinasi di luar negara. Kelemahan mata wang Jepun telah memberi kesan yang negatif kepada KDNK Tokyo yang dinyatakan dalam dolar Amerika Syarikat, bagaimanapun ia masih kekal paling tinggi bagi kesemua 42 bandar raya di dalam indeks itu. Skor di dalam kategori Kesesuaian untuk Didiami meningkat, dengan didorong oleh pengurangan dalam kos perumahan dan kos sara hidup yang secara umumnya lebih rendah (kedua-duanya dalam nilai dolar Amerika Syarikat).
  • London menyaksikan markah mereka untuk KDNK, pertumbuhan KDNK dan prestasi ekonomi secara umum susut, dan markah keseluruhan bagi bandar raya itu menurun sedikit. Walau bagaimanapun, ia mengekalkan prestasinya yang kukuh dalam bidang Interaksi Budaya, di mana terdapat peningkatan dalam bilangan pelawat dan pelajar dari luar negara, dan oleh itu ibu negara United Kingdom itu mampu bertahan untuk mengekalkan kedudukannya yang baik. (Nota: Kajian ini adalah berdasarkan kepada data yang dikumpulkan sebelum pengundian Brexit pada Jun 2016.)
  • Di Amerika Utara, New York tidak mengalami sebarang perubahan yang ketara dalam markah mereka, dan kekal di tempat kedua di peringkat global; ia terus mencapai penarafan yang tinggi di dalam kategori Ekonomi, Penyelidikan & Pembangunan dan Interaksi Budaya. Los Angeles meningkat dari tempat ke-14 kepada tempat ke-13. Bandar raya itu mengekalkan markahnya yang tinggi dalam kategori Penyelidikan dan Pembangunan dan Interaksi Budaya. San Francisco, Chicago, Boston dan Washington D.C. masing-masing berada pada kedudukan ke-24, ke-25,ke- 27, dan tempat ke-29.
  • Di Eropah, Paris menyaksikan markah mereka dalam Interaksi Budaya jatuh disebabkan oleh penurunan di dalam jumlah pelancong dari luar negara dan penurunan dalam bilangan pelajar antarabangsa dan penduduk asing. Berikutan serangan pengganas pada November lalu, terdapat kebimbangan yang meluas tentang keselamatan dan kejatuhan bilangan pelawat, yang seakan menjadi faktor utama dalam kejatuhan Paris dari tempat ketiga ke tempat keempat. Dalam kedudukan keseluruhan, Berlin telah menurun dari tempat ke-8 kepada kedudukan ke-9 oleh Amsterdam, manakala Vienna dan Frankfurt masing-masing mengekalkan kedudukan mereka di tempat ke-10 dan ke-11.
  • Di Asia Pasifik, Singapura kekal di tempat kelima di peringkat global walaupun menyaksikan penurunan dalam markah mereka secara keseluruhan; terdapat tanda-tanda sebuah ekonomi yang terhenti, seperti pertumbuhan KDNK yang perlahan dan penurunan dalam jumlah guna tenaga. Shanghai menokok dari tempat ke-17 kepada tempat ke-12 dalam kedudukan keseluruhan, dengan meningkatkan skor mereka merentasi ke semua kategori. Sydney jatuh dua anak tangga kepada tempat ke-14. Seoul dan Hong Kong masing-masing mengekalkan kedudukan mereka di tempat keenam dan ketujuh, manakala Beijing naik satu anak tangga kepada tempat ke-17. Kuala Lumpur, Taipei dan Bangkok masing-masing berada pada kedudukan ke-32, ke-33 dan ke-34.
 
Untuk butiran lanjut, sila lihat http://www.mori-m-foundation.or.jp/english/ius2/gpci2/index.shtml
 
"Keputusan positif Tokyo adalah disebabkan oleh kesan daripada pelbagai pembaharuan yang digubal sebagai sebahagian daripada dasar Zon Ekonomi Strategik Kebangsaan, serta pengaruh daripada pelbagai faktor ekonomi mikro dan Abenomik," kata Heizo Takenaka, Pengerusi bagi Institut Strategi Bandar di Yayasan Peringatan Mori. "Lebih banyak penyahkawalseliaan diperlukan agar Tokyo dapat mengekalkan kedudukannya di Tempat Ketiga, dan untuk membantu matlamat Tokyo bagi mencapai kedudukan yang lebih tinggi menjelang Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2020."
 
Dr. Hiroo Ichikawa, Pengarah Eksekutif di Yayasan Peringatan Mori, berkata, "London masih mengekalkan kedudukannya di tempat teratas, namun adalah tidak jelas bagaimana undi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah atau EU akan memberi kesan kepada kedudukan bandar raya itu pada masa akan datang."
 
Untuk komen lain, sila lihat: http://www.mori-m-foundation.or.jp/english/ius2/gpci2/index.shtml#comments2 (Termasuk komen daripada Gabenor Tokyo Yuriko Koike, Datuk Bandar London Sadiq Khan, Datuk Bandar Seoul Park Won-Soon, dan Datuk Bandar Amsterdam Eberhard van der Laan.)
 
Institut bagi Strategi Bandar di Yayasan Peringatan Mori telah menerbitkan laporan GPCI mereka setiap tahun sejak 2008. Indeks GPCI adalah berdasarkan kepada satu penilaian bagi 70 kriteria merentasi enam kategori iaitu Ekonomi, Penyelidikan & Pembangunan, Interaksi Budaya, Kesesuaian untuk Didiami, Alam Sekitar dan Kebolehcapaian, menganalisis kekuatan dan kelemahan di bandar raya-bandar raya global di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit. Untuk maklumat lanjut, sila lihat www.mori-m-foundation.or.jp/english/aboutus2/index.shtml#about_strategies
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51440135&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media
Weber Shandwick
Ayumi Matsubara, +81-90-9006-5841
Masashi Nonaka, +81-80-1037-7879
moribldg@webershandwick.com
 
Sumber: Yayasan Peringatan Mori
  
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161018005656/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.