ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  VIRGIN CRUISES BAKAL BELAYAR DI BAWAH MONIKER BAHARU "VIRGIN VOYAGES"

Wednesday 19/10/2016



Armada Pelayaran Milik Sir Richard Branson Mengumumkan Nama & Ikon Baharu, Sebuah Kontrak Pembinaan Kapal Yang Sudah Ditandatangani dan Satu Perkongsian Tenaga Bersih Yang Pertama Di Dunia

MIAMI, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas Kumpulan Virgin Sir Richard Branson hari ini mendedahkan Virgin Voyages sebagai identiti baharu yang memberi inspirasi bagi armada pelayaran syarikat itu. Dengan disertai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Tom McAlpin, mereka telah mengumumkan nama berkenaan, dan berkongsi bahawa Virgin Voyages telah secara rasmi menandatangani sebuah kontrak pembinaan kapal bagi tiga buah kapal dengan pembina kapal master dari Itali Fincantieri, dan bahawa syarikat itu akan menjadi syarikat pelayaran yang pertama untuk menggunakan sistem tenaga bersih, Climeon Ocean.

Acara pengumuman itu yang diadakan di Faena Hotel Miami Beach telah memaparkan persembahan teater yang menakjubkan di mana Sir Richard muncul bersama-sama dengan dua orang penghibur yang menari di atas kerusi geladak di hadapan penonton yang terdiri daripada media berita antarabangsa, ahli politik Miami dan tokoh-tokoh perniagaan.

Sir Richard menegaskan komitmen Virgin Voyages untuk mengubah cara pelayaran. "Beribu-ribu kelasi dan pengembara profesional di masa hadapan berkongsi pandangan mereka dengan kami dan telah menugaskan kepada kami untuk menyampaikan percutian yang paling sangat menarik di laut dan bahawa nama kami sahaja sudah pasti menyebabkan mereka menanti dengan penuh harapan," kata Sir Richard. "Saya amat teruja untuk mengumumkan bahawa kami kini diberi nama Virgin Voyages, dan walaupun kami mempunyai banyak tugas di hadapan untuk membina tiga buah kapal kami, kami tidak sabar untuk mengalu-alukan anda di atas kapal yang bakal mempunyai pelbagai perkara baharu."

Virgin Voyages, yang disokong oleh pelabur utama Bain Capital Private Equity and Virgin Group, menjangkakan bahawa pakej pembiayaan bernilai berbilion dolar itu bagi pembelian tiga buah kapal mereka akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Rakan-rakan pinjaman utama akan menjadi Cassa depositi e prestiti (Cdp) dan UniCredit, dan pinjaman itu akan disokong sepenuhnya oleh agensi kredit eksport Itali SACE dan disokong oleh SIMEST, kedua-duanya anak syarikat milik Cdp. McAlpin menggariskan satu jadual pembinaan kapal termasuk pemotongan keluli pada awal tahun 2017, diikuti dengan pemasangan lunas atau keel  di Genoa pada suku keempat tahun 2017.

"Rakan kongsi kami yang bertaraf dunia seperti Bain Capital Private Equity, Kumpulan Virgin dan Fincantieri serta syarikat gergasi kewangan seperti Cdp, UniCredit, SACE dan SIMEST, mempamerkan sokongan kuat dan komitmen Virgin Voyages untuk membangunkan sebuah produk yang luar biasa. Ini bukan sahaja satu lagi pelayaran atau percutian, ia akan menjadi satu pengalaman transformasi di dalam menyampaikan satu pengembaraan gaya Virgin," kata McAlpin.

Virgin Voyages adalah syarikat pelayaran utama yang pertama untuk bekerjasama dengan Climeon, sebuah inovator tenaga bersih yang terkenal di dunia. Virgin akan memasang Climeon Ocean, sebuah sistem yang akan mengubah tenaga bergred rendah kepada tenaga elektrik bersih, pada ketiga-tiga buah kapal mereka. Kesan alam sekitar yang tercetus dianggarkan kira-kira 5,400 tan karbon dioksida disekat daripada terhasil setiap tahun bagi setiap kapal -- satu jumlah yang akan mengambil 180,000 pokok selama 30 tahun untuk menyerapnya.

"Sistem kuasa haba Climeon adalah satu kejayaan cemerlang bagi alam sekitar, dan bergandingan dengan Virgin adalah satu kepentingan utama bagi kami. Kami teruja bahawa Sir Richard Branson dan Virgin, dengan tumpuan mereka kepada kemampanan, telah membuat keputusan untuk menjadi perintis bagi teknologi ini. Mengubah air panas kepada elektrik akan menjadi satu sumber utama di dalam pengeluaran tenaga di masa hadapan," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Climeon, Thomas Öström.

Kapal pertama Virgin Voyages akan tiba di Pelabuhan Miami pada tahun 2020, dengan menempatkan lebih 2,700 orang kelasi dan 1,150 anak kapal yang penuh bersemangat. Untuk kapal pertama itu, Virgin Voyages akan menawarkan pelbagai jadual perjalanan Caribbean ke pelabuhan-pelabuhan yang memberikan pengalaman yang unik dan bersosial. Pengembara di masa hadapan dipelawa untuk melayari Virgin Voyages dengan mengunjungi  www.virginvoyages.com atau mengikuti @virginvoyages di Instagram, Snapchat dan Twitter atau, sudah tentunya di Facebook.

Hubungi

Bagi pihak Virgin Voyages
rbb Perhubungan
Shawn Warmstein, 305-444-3383
Naib Presiden
Shawn.Warmstein@rbbcommunications.com

Sumber: Virgin Voyages

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161018006741/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.