ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  STARBUCKS MENGANGKAT BELINDA WONG KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, STARBUCKS CHINA; MENSASAR 5,000 KEDAI DI TANAH BESAR CHINA PADA TAHUN 2021

Wednesday 19/10/2016



Mengukuhkan Komitmen Jangka Panjang mereka ke China dengan menamakan Leo Tsoi sebagai Ketua Pegawai Operasi Starbucks China

SHANGHAI, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starbucks Coffee Company (NASDAQ: SBUX) hari ini mengumumkan kenaikan pangkat Belinda Wong daripada presiden kepada Ketua Pegawai Eksekutif bagi Starbucks China. Wong telah memainkan peranan yang penting di dalam pertumbuhan yang tidak pernah berlaku bagi Starbucks di China -- dari 400 kedai pada tahun 2011 kepada lebih 2,300 kedai pada hari ini -- dengan mengutamakan nilai-nilai asas dalam misi Starbucks dan memacukan inovasi yang bermakna untuk rakan-rakan Starbucks (pekerja) dan pelanggan tempatan di China. Dalam peranan ini, Wong akan menyelia rancangan Starbucks untuk menggandakan skala mereka bagi mengendalikan 5,000 kedai di China pada tahun 2021. Beliau akan terus melapor kepada John Culver, presiden kumpulan, Starbucks Global Retail.

"Sepanjang lima tahun yang lalu, visi, pengalaman dan desakan Belinda kepada inovasi telah meningkatkan Starbucks di hati dan minda rakyat China dan mewujudkan satu asas yang kukuh bagi pertumbuhan Starbucks di China," kata John Culver, presiden kumpulan, Starbucks Global Retail. "Belinda merangkumi misi dan nilai-nilai kami sebagai sebuah syarikat, dan promosi beliau akan membantu meningkatkan lagi usaha Starbucks dalam membina pengalaman rakan kongsi dan pelanggan bagi pasaran China dalam jangka masa panjang."

"Ia adalah satu keistimewaan dan penghormatan untuk dilantik bagi memimpin perniagaan Starbucks di China pada masa yang penting ini," kata Wong. "Terdapat peluang-peluang besar yang berterusan untuk Starbucks di China dan saya tidak sabar-sabar untuk meningkatkan lagi misi dan nilai-nilai syarikat kami melalui pertumbuhan dan inovasi bagi rakan-rakan dan pelanggan kami di China."

Wong menyertai Starbucks pada Januari 2000 dan telah memegang beberapa peranan kepimpinan merentasi Starbucks China dan rantau Asia Pasifik. Dalam peranan beliau yang semakin meningkat ini, Wong akan memberi tumpuan kepada strategi keseluruhan pertumbuhan jangka panjang dan membawa perancangan inovasi untuk Starbucks China. Beliau akan bertanggungjawab bagi bidang-bidang utama, termasuk peluang digital dan e-dagang yang luas di dalam pasaran dan menyelia pembukaan Starbucks Reserve™ Roastery antarabangsa yang pertama di Shanghai pada tahun 2017.

Sebagai Presiden Starbucks China, Wong mengetuai evolusi Pengalaman Starbucks di China dengan pembukaan empat kedai utama yang unik yang meletakkan keghairahan kopi dan mutu kemahiran barista di barisan hadapan dalam pengalaman pelanggan. Sepanjang lima tahun yang lalu, Starbucks juga melancarkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengalaman rakan Starbucks, untuk mencerminkan kepercayaan asas syarikat itu di dalam kepentingan melabur dalam masa hadapan rakan bagi menyokong pertumbuhan dan aspirasi profesional mereka. Inisiatif rakan termasuk satu subsidi elaun perumahan untuk barista sepenuh masa dan penyelia syif, latihan berterusan dan peluang pembangunan melalui program Universiti Starbucks China dan Forum Keluarga Rakan yang pertama bagi syarikat yang mempamerkan budaya dan nilai Starbucks yang mendalam untuk ibu bapa rakan Starbucks agar mereka boleh belajar mengenai syarikat tersebut.

Pada September 2016, Wong adalah di antara 50 penerima untuk menerima Anugerah Magnolia oleh Kerajaan Perbandaran Shanghai bagi menghargai sumbangan cemerlang beliau dan menyokong pembangunan Shanghai. Wong juga telah disenaraikan sebagai satu daripada 50 orang yang telah membentuk masa hadapan perhubungan Amerika Syarikat dan China melalui Dasar Luar, dan 100 Ahli Perniagaan Wanita China oleh Forbes China pada tahun 2015. Sejak tahun 2012, Wong telah disenaraikan sebagai seorang daripada 25 dalam senarai tahunan berprestij Fortune China bagi ahli perniagaan wanita yang paling berpengaruh di China.

Leo Tsoi, yang paling terbaharu telah berkhidmat sebagai naib presiden Starbucks China bagi Pembangunan Kedai dan Reka Bentuk, juga telah dinaikkan pangkat kepada peranan sebagai ketua pegawai operasi bagi Starbucks China. Sebagai ketua pegawai operasi, Tsoi akan terus menskala dan mendalamkan kehadiran kedai Starbucks, mentransformasikan infrastruktur di pasaran, melaksanakan sistem operasi utama, dan mengembangkan perniagaan Makanan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di China. Sebagai naib presiden, Pembangunan Kedai dan Reka Bentuk, beliau dan pasukannya mempercepatkan pertumbuhan kedai Starbucks kepada 550 kedai baharu, termasuk kedai-kedai utama, kedai-kedai hadapan kopi yang berprofil tinggi, dan 75 bar Starbucks Reserve™ dan lebih 380 Pour Over bar bagi pelanggan Starbucks.

Sejak menyertai syarikat itu pada tahun 2012, Tsoi telah mengetuai beberapa bidang utama dalam perniagaan itu sebagai ketua pegawai pemasaran dan naib presiden, China Utara, untuk dengan tegas mendefinisikan kedudukan kepimpinan kopi Starbucks di pasaran.

Kedua-dua peranan Wong dan Tsoi adalah berkuatkuasa serta merta.

Maklumat mengenai Starbucks

Sejak tahun 1971, Starbucks Coffee Company telah komited untuk mensumberkan secara etika dan memanggang kopi arabica yang berkualiti tinggi. Pada hari ini, dengan memiliki kedai di seluruh pelusuk dunia, syarikat itu merupakan pemanggang dan peruncit kopi istimewa yang utama di dunia. Melalui komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan dan prinsip panduan kami, kami dapat menghidupkan Pengalaman Starbucks yang unik bagi setiap pelanggan melalui setiap cawan. Untuk berkongsi pengalaman itu, sila kunjungi kami di kedai-kedai kami atau secara dalam talian di www.starbucks.com.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51442014&lang=en

Hubungi

Starbucks Coffee Company
Marianne Duong
mduong@starbucks.com

Sumber: Starbucks Coffee Company

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20161019005502/en/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.