ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  TARGET UMUMKAN KERJASAMA MUSIM BUNGA DENGAN VICTORIA BECKHAM

Thursday 20/10/2016



Koleksi edisi terhad mencerminkan intipati yang menawan lagi berfungsi, barisan pakaian wanita Victoria, Victoria Beckham dan termasuk penglibatan pertama pereka ke dalam pakaian kanak-kanak
 
MINNEAPOLIS, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Target Corporation (NYSE: TGT) hari ini mengumumkan kerjasama musim bunga edisi terhad mereka dengan pereka Victoria Beckham. Boleh diperolehi bermula pada 9 April, 2017, di kesemua kedai Target dan Target.com, Victoria Beckham untuk Target mencerminkan intipati barisan Victoria, Victoria Beckham, termasuk reka bentuk asal dan inspirasi daripada siluet ikonik, dengan pakaian dan aksesori untuk wanita, perempuan, anak kecil dan bayi. Kerjasama itu dengan Target juga menandakan penglibatan pertama pereka itu ke dalam kategori produk kanak-kanak. Pakaian terpilih daripada koleksi itu boleh didapati untuk dijual di peringkat antarabangsa melalui victoriabeckham.com.
 
"Bekerja dengan Target telah menjadi satu proses yang sangat menarik, dan perkongsian ini membolehkan kami untuk berkongsi intipati Victoria, Victoria Beckham dengan lebih ramai orang berbanding sebelum ini," kata Victoria Beckham. "Saya telah mendapat ilham untuk menghasilkan barisan Victoria, Victoria Beckham ini semasa saya mengandungkan Harper, dan sejak dilancarkan, kategori itu telah berkembang menjadi satu koleksi gaya hidup yang mantap. Dengan kedua-dua barisan produk dan anak perempuan saya mencecah usia lima tahun, saya merasakan bahawa masanya adalah tepat untuk memperluaskan ke dalam titik harga yang lebih boleh diakses dan untuk meraikan kedua-dua peristiwa penting dengan memperluaskan rangkaian produk untuk memasukkan pakaian kanak-kanak buat kali pertama."
 
"Victoria Beckham sinonim dengan gaya yang sempurna, dan beliau dikenali di seluruh pelusuk dunia kerana titik pandangan beliau yang berbeza sebagai seorang pereka," kata Mark Tritton, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai pembarangan, Target. "Ia amat menarik untuk melihat bagaimana jenama Victoria telah berkembang selama ini, dan kami teruja kerana tetamu Target akan menjadi sebahagian daripada pengembaraan itu dengan kerjasama penting yang terbaharu ini."
 
Victoria Beckham untuk Target diilhamkan oleh barisan Victoria, Victoria Beckham, dan juga kehidupan seharian Beckham dan perkongsian pengalaman di antara ibu dan anak. Dengan lebih 200 item yang menampilkan pastel lembut, warna cerah dan cetakan musim bunga yang menawan, koleksi itu adalah feminin dan berfungsi dan mencerminkan komitmen pereka kepada kemahiran yang berkualiti. Harga yang merangkumi dari $6 hingga $70, dengan kebanyakan barangan berharga di bawah $40, Victoria Beckham untuk Target akan ditawarkan dalam saiz XS-3X untuk wanita dan NB-XL untuk perempuan, anak kecil dan bayi. Kepingan yang menonjol termasuk pakaian yang mudah untuk dipakai, romper dan bahagian atas dan bawah untuk wanita, dengan gaya yang sama bagi perempuan, kanak-kanak dan bayi.
 
Victoria Beckham adalah seorang ahli perniagaan wanita, pereka fesyen dan ikon gaya yang terkenal di peringkat antarabangsa. Sejak dilancarkan pada tahun 2008 di Minggu Fesyen New York, jenama Victoria Beckham telah berkembang menjadi tulang belakang yang terkenal di dalam industri fesyen. Pada tahun 2011, berikutan kejayaan koleksi saluran utama beliau, Beckham melancarkan Victoria, Victoria Beckham, sebuah teman yang berjiwa bebas kepada koleksi asal Pakaian Sedia Pakai, dengan menawarkan siluet yang lebih lembut dan perspektif fesyen yang lebih nakal. Dengan setiap koleksi, Victoria menyesuaikan gaya peribadi beliau sendiri untuk keperluan dan kehendak wanita antarabangsa yang setia dengan label mewah dan pakaian yang memuji-muji itu.
 
Maklumat lanjut mengenai Victoria Beckham untuk Target boleh diperolehi di AABullseyeView.com. Tetamu dijemput untuk menyertai perbualan di media sosial dengan menggunakan #VBxTarget.
 
Maklumat mengenai Target
Target Corporation yang berpangkalan di Minneapolis (NYSE: TGT) memberi perkhidmatan kepada tetamu di 1,800 kedai dan di Target.com. Sejak tahun 1946, Target telah memberikan 5 peratus daripada keuntungan mereka kepada masyarakat, yang pada hari ini bersamaan dengan lebih $4 juta seminggu. Untuk maklumat lanjut, sila layari Target.com/Pressroom. Untuk melihat di balik tabir di Target, sila layari Target.com/abullseyeview atau ikuti @TargetNews di Twitter.
 
Maklumat mengenai  Victoria, Victoria Beckham
Victoria, Victoria Beckham, satu garis teman kepada Pakaian Sedia Pakai Victoria Beckham, yang dilancarkan pada Minggu Fesyen New York pada September 2011. Dengan menawarkan siluet yang lebih lembut dan perspektif fesyen yang lebih nakal pada titik harga yang lebih boleh diakses, Victoria, Victoria Beckham memulakan kehidupan sebagai koleksi pakaian sahaja, tetapi dengan pantas berkembang untuk memasukkan semua kategori busana utama seperti pakaian padanan, pakaian kait dan pakaian luar. Pada Mei 2015, jenama itu mengumumkan penggabungan Victoria, Victoria Beckham dan barisan Denim untuk Pra SS16, yang menghasilkan  koleksi gaya hidup yang bersatu dan pelbagai yang wujud pada hari ini. Dibangunkan di studio Victoria di London, koleksi Victoria, Victoria Beckham adalah buatan tangan di Eropah dan menawarkan kualiti premium dan reka bentuk yang penuh berkarakter. Untuk maklumat lanjut mengenai Victoria Beckham, sila layari www.victoriabeckham.com.
 
Hubungi
Target Communications
Joshua Thomas, 612-761-6795
atau
Talian Penting Media Target, 612-696-3400

Sumber: Target Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161019006631/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.