ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  STARBUCKS MENGUMUMKAN STARBUCKS RESERVE ROASTERY AKAN DATANG KE TOKYO PADA 2018

Thursday 20/10/2016



Arkitek terkenal dunia dan pereka Sukan Olimpik Tokyo 2020 Kengo Kuma akan mengetuai reka bentuk kopi yang mendalam dan pengalaman runcit
 
Lokasi baharu di kawasan mewah di Daerah Nakameguro Tokyo ini akan menjadi Roastery keempat Starbucks di peringkat global
 
TOKYO, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starbucks Coffee Company (NASDAQ: SBUX) hari ini mengumumkan bahawa ia akan membuka sebuah Starbucks Reserve Roastery, Jepun, pada tahun 2018. Terletak di daerah Nakameguro, sebuah kawasan kejiranan mewah yang terkenal dengan butik dan galeri seninya yang eksklusif, Roastery itu akan mempunyai satu-satunya persekitaran runcit yang seumpamanya. Direka dengan kerjasama Kengo Kuma, seorang arkitek yang terkenal di dunia dan pengasas kepada Kuma Lab di Universiti Tokyo, lokasi baharu ini akan memberikan kepada pelanggan dengan suatu persekitaran kopi yang mendalam yang berbeza dengan tempat lain di pasaran.
 
Starbucks memperkenalkan Roasterynya yang pertama di Seattle pada tahun 2014 dan ia merupakan pembukaan kedai yang paling berjaya dalam sejarah syarikat itu dan sejak itu syarikat berkenaan telah mengumumkan bahawa lokasi baharu akan muncul di Shanghai pada 2017 dan New York pada 2018. Tokyo akan menjadi Roastery yang keempat bagi syarikat itu, di peringkat global.
 
"Sama seperti ketika kami membuka Jepun sebagai pasaran pertama kami di luar Amerika Utara pada tahun 1996, negara itu terus menjadi sebuah komuniti kopi yang penting dan dinamik untuk Starbucks. Kami berbangga untuk membawa pelanggan kami dengan satu pengalaman runcit yang berbeza, mendalam dan berinovatif yang meraikan pembikinan kopi dalam cara yang belum pernah dilakukan," kata Howard Schultz, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks. "Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kengo Kuma di dalam mewujudkan suatu pengalaman yang akan membawa pelanggan Jepun kami agar lebih dekat dengan kopi dan rakan-rakan (pekerja) kami berbanding sebelum ini."
 
Diiktiraf di seluruh dunia kerana reka bentuk yang canggih dan teorinya yang berinovatif kepada seni bina dan masyarakat, hasil kerja Kengo Kuma menggabungkan seni dan alam semula jadi dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi untuk mewujudkan ruang kehangatan dan keharmonian di dalam rekaan beliau. Tokyo Roastery yang baharu itu akan menyemai reka bentuk Jepun dengan estetik moden dan segar yang ada pada Starbucks yang dikenali dalam sebuah ruang yang akan memberi penghormatan kepada kesenian dan pembikinan kopi. Ini adalah kerjasama reka bentuk Starbucks yang kedua dengan Encik Kuma, di mana reka bentuknya bagi kedai Starbucks di Fukuoka, Jepun, yang telah memenangi anugerah merupakan satu daripada kedai yang paling dikenali di negara itu dan, sesungguhnya, di seluruh dunia.
 
"Ia adalah satu keistimewaan untuk mengetuai reka bentuk bagi Starbucks Reserve Roastery di Tokyo di mana rakan-rakan saya, keluarga dan masyarakat yang meminati kopi akan dapat mengalami persekitaran runcit yang unik ini," kata Kuma. "Saya berharap untuk membina hubungan saya yang sudah lama terjalin dengan Starbucks bagi mewujudkan satu tempat yang menggambarkan budaya dan penduduk di kejiranan yang indah ini untuk menjadi sebuah destinasi yang paling ikonik di bandar Tokyo."
 
Ruang interaktif seluas 13,000 kaki persegi (1,200 meter persegi) itu akan menyediakan pelanggan dengan suatu persekitaran deria di mana mereka boleh meningkatkan penghargaan dan pemahaman mengenai kemahiran pemanggangan dan pembruan beberapa kopi yang paling unik dari seluruh dunia. Di Roastery itu, pelanggan akan dapat melihat biji kopi hijau tiba, berhubungan dengan pakar-pakar kopi Starbucks dan pemanggang master, dan menikmati pilihan minuman buatan tangan. Roastery ini akan juga termasuk makanan artisan dan roti yang dibakar di tapak oleh pembekal makanan yang terkenal dari Itali, Princi.
 
Pembukaan Roastery itu menandakan satu peluang pertumbuhan yang penting bagi Starbucks di China dan rantau Asia Pasifik. Dengan lebih 20 juta pelanggan mengunjungi ke lebih 6,200 kedai Starbucks merentasi 16 pasaran di rantau itu pada setiap minggu, China dan Asia Pasifik akan terus berada di barisan hadapan inovasi global dan kecemerlangan kopi Starbucks.
 
Maklumat mengenai Starbucks
Sejak tahun 1971, Starbucks Coffee Company telah komited untuk mensumberkan secara etika dan memanggang kopi arabica yang berkualiti tinggi. Pada hari ini, dengan memiliki kedai di seluruh pelusuk dunia, syarikat itu merupakan pemanggang dan peruncit kopi istimewa yang utama di dunia. Melalui komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan dan prinsip pegangan kami, kami dapat menghidupkan Pengalaman Starbucks yang unik bagi setiap pelanggan melalui setiap cawan. Untuk berkongsi pengalaman itu, sila kunjungi kami di kedai-kedai kami atau secara dalam talian di www.starbucks.com.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51442020&lang=en
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51442020&lang=en
 
Hubungi
Starbucks Coffee Company
Marianne Duong, mduong@starbucks.com
 
Sumber: Starbucks Coffee Company
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.