ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  YANGJIANG "IBU NEGARA BAGI PISAU DAN GUNTING" DI CHINA MEMAPARKAN KEHALUSAN KERJA TANGAN YANG SANGAT CANTIK KEPADA DUNIA

Monday 24/10/2016



AsiaNet 66251
 
YANGJIANG, China, 24 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
"Ibu Negara bagi Pisau dan Gunting" di Yangjiang di selatan China mengalu-alukan lebih 3,000 tetamu dari lebih 40 buah negara dan wilayah dalam acara tahunan mereka untuk bertukar-tukar mengenai pembangunan pasaran dan teknik di dalam industri pisau.

Terletak di sepanjang pantai di sebelah selatan China, Yangjiang menikmati kemasyhuran sebagai Ibu Negara bagi Pisau dan Gunting melalui barangan mereka yang memiliki sejarah lebih 1,400 tahun. Dikatakan bahawa seawal abad ke-19, mubaligh Amerika telah membawa pisau-pisau yang baik dari Yangjiang pulang ke kampung halaman mereka sebagai hadiah.
 
Hari ini tempat ini telah menjadi asas eksport China bagi peralatan dapur. Menurut Datuk Bandar Yangjiang Wen Zhanbin, Yangjiang menyumbang 70% daripada jumlah pengeluaran pisau dan gunting China dan menghantar 85% daripada pisau dan gunting China kepada dunia pada setiap tahun. Pameran Perkakasan Pisau dan Gunting Antarabangsa Yangjiang  telah diadakan selama 15 tahun, yang menarik perusahaan pisau dan gunting yang terkenal di dunia dan juga tukang-tukang mahir.
 
Seorang tukang tradisional Jepun membawa hasil tangan beliau ke Pameran itu untuk dipertontonkan. Beliau berkata, Yangjiang mempunyai kehalusan kerja tangan yang sangat cantik, peralatan jentera yang terkemuka di dunia dan kelompok industri yang lengkap serta sejarah yang panjang mengenai pisau. Sementara itu, Pameran itu mengumpulkan kumpulan elit industri itu dari seluruh dunia dan bertindak sebagai satu platform yang ideal untuk membina perkongsian.
 
Berbanding dengan mutu kerja tangan tradisional, perusahaan hari ini di Yangjiang berkembang ke arah automasi dan keseragaman dengan matlamat untuk mencapai ketajaman yang sama bagi mendapatkan daya saingan yang lebih baik.
 
Yangjiang telah membangunkan kelompok industri yang lengkap dengan peralatan jentera termaju yang pintar, sebuah pusat ujian teknikal, sebuah institut bagi teknologi industri, sebuah platform untuk inovasi, dan sebagainya. Pisau-pisau mereka telah mencapai liputan kategori yang lengkap termasuk pisau dan gunting bagi isi rumah, pisau untuk hotel, pisau untuk aktiviti luar dan pisau dan gunting yang cantik.
 
Sementara itu, kelompok pisau dan gunting Yangjiang mengekalkan pertukaran yang meluas dengan pasaran antarabangsa, sekali gus membolehkan perusahaan untuk belajar tentang produk, bahan-bahan, penampakan terbaharu dan permintaan pelanggan untuk pengeluaran, yang telah mendapat pengiktirafan di kalangan pelanggan global.
 
Yangjiang "Ibu Negara bagi Pisau dan Gunting" China mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia untuk lawatan dan kerjasama.
 
Sumber: Pameran Perkakasan Pisau dan Gunting Antarabangsa Yangjiang
 
E-mel: yj3361879@163.com
Telefon: 0086-662-3361879
Faks: 0086-0662-3360770
Alamat: No. 58 Jalan Jinbi, Yangjiang, Wilayah Guangdong, China, 529500 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.