ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  LDISCOVERY AKAN AMBIL ALIH KROLL ONTRACK

Tuesday 25/10/2016



MCLEAN, Va. dan NEW YORK, Oct 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LDiscovery, LLC, pembekal perkhidmatan eDiscovery yang didayakan teknologi dan Corporate Risk Holdings, LLC, peneraju global dalam perkhidmatan risiko dan maklumat pelbagai serta syarikat induk bagi Kroll Ontrack, hari ini mengumumkan satu perjanjian pembelian muktamad di mana LDiscovery akan mengambil alih Kroll Ontrack dalam urus niaga yang melibatkan tunai sepenuhnya yang bernilai kira-kira $410 juta. LDiscovery ialah sebuah syarikat portfolio The Carlyle Group dan Revolution Growth.
 
Organisasi gabungan yang memberikan khidmat kepada 12,000 pelanggan di seluruh dunia, merangkumi sebahagian daripada institusi kewangan terbesar di dunia, syarikat Fortune 1000 dan 100 firma Am Law, akan memiliki pejabat di 19 buah negara dengan tenaga kerja kira-kira 1,300 orang di seluruh dunia.
 
“Dengan menawarkan eDiscovery dan penyelesaian pemulihan data terbaik dalam kelas merentasi banyak segmen pasaran, Kroll Ontrack telah membina sebuah platform yang hebat, pelanggan setia dan kedudukan kepimpinan yang kukuh,” ujar Chris Weiler, Ketua Pegawai Eksekutif LDiscovery. “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan pekerja Kroll Ontrack ke dalam keluarga LDiscovery dan berharap agar dapat memanfaatkan kepakaran yang digabungkan bagi menawarkan penyelesaian eDiscovery yang inovatif dan perkhidmatan pelanggan yang hebat kepada pelanggan.  Dengan gabungan ini, pelanggan LDiscovery akan memiliki akses kepada jejak global Kroll Ontrack, platform semakan proprietari dan perkhidmatan pemulihan data terbaik di dunia, manakala pelanggan Kroll Ontrack akan memanfaatkan suite proprietari teknologi eDiscovery LDiscovery, termasuk alat pengumpulan jauh kami, platform pemprosesan ESI, eDirect365™, dan integrasi Relativity yang telah memenangi anugerah, dan juga infrastruktur eDiscovery yang paling maju dan teguh dalam industri.  Pekerja yang digabungkan dan pelanggan kami mempunyai sebab yang banyak untuk bergembira pada hari ini,” ujar Weiler, yang akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif bagi organisasi yang digabungkan.
 
“Pengumuman hari ini mewakili satu lagi detik pencapaian dalam transformasi Corporate Risk Holdings yang berterusan,” ulas David R. Fontaine, Ketua Pegawai Eksekutif Corporate Risk Holdings. “Bekerjasama dengan LDiscovery akan membolehkan Mark Williams, Ketua Pegawai Eksekutif Kroll Ontrack dan keseluruhan pasukan beliau untuk terus memajukan dan mengembangkan perniagaan, menyempurnakan komitmen yang sama dan tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan teladan khidmat pelanggan yang berhak dinikmati dan diharapkan oleh pelanggan. Perniagaan Kroll kami akan terus bekerjasama rapat dengan Kroll Ontrack bagi memenuhi keperluan pelanggan semasa dan akan datang, memanfaatkan kekuatan dan keupayaan teras setiap organisasi.”
 
“Ini merupakan satu lembahan baharu dan menarik buat Kroll Ontrack, para pekerjanya dan, paling utama, pelanggan kami,” tegas Mark Williams, yang akan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Operasi bagi syarikat yang digabungkan. “Syarikat bersatu kami akan menjadi peneraju global dalam khidmat pelanggan teliti dan akan menggabungkan pekerja terbaik dan terhebat dalam industri, disokong oleh perisian proprietari yang tiada tandingan, bagi memberikan pengalaman eDiscovery dan pemulihan data yang lancar bagi pelanggan global kami yang disatukan. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan LDiscovery.”
 
Urus niaga tersebut yang tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa dijangka ditutup pada suku keempat 2016.
 
Latham & Watkins LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang dan RBC Capital Markets berkhidmat sebagai penasihat M&A kepada LDiscovery, The Carlyle Group dan Revolution Growth dan telah menyediakan pembiayaan hutang yang komited kepada LDiscovery sebagai sokongan kepada urus niaga tersebut.
 
Houlihan Lokey Capital, Inc. berkhidmat sebagai penasihat kewangan utama ke atas urus niaga manakala Evercore LLC berkhidmat sebagai penasihat tambahan kepada Corporate Risk Holdings. Simpson Thacher & Bartlett LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Corporate Risk Holdings.
 
Mengenai LDiscovery, LLC
 
LDiscovery yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan beribu pejabat di McLean, VA,  membekalkan rangkaian lengkap perkhidmatan perundingan undang-undang dan teknologi kepada firma guaman, syarikat dan agensi kerajaan. LDiscovery yang terdiri daripada peguam, jurutera, pakar forensik komputer dan pakar sokongan litigasi ialah peneraju dalam menyampaikan penyelesaian eDiscovery menyeluruh yang terbaik dalam kelas yang menyokong keperluan litigasi, pematuhan kawal selia dan siasatan dalaman bagi pelanggan kami. LDiscovery menyediakan khidmat pengumpulan data dan siasatan forensik, penilaian awal kes, penemuan elektronik dan pemprosesan data, perisian aplikasi dan pengehosan data untuk semakan dokumen berasaskan web, serta perkhidmatan semakan undang-undang terurus. LDiscovery telah diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling cepat berkembang di Amerika Utara oleh kedua-dua Inc. Magazine (Inc. 5000) dan Deloitte (Deloitte’s Technology Fast 500) dan juga Presiden kami, Chris Weiler, telah diiktiraf sebagai  Ernst & Young Entrepreneur of the Year™ tahun 2014  (Usahawan Terbaik Ernst & Young tahun 2014).  Sebagai tambahan, LDiscovery dipilih sebagai Orange-level Relativity Best in Service Partner (Terbaik dalam Rakan Kongsi Perkhidmatan Relativiti tahap Oren), Relativity Premium Hosting Partner (Rakan Kongsi Pengehosan Premium Relativity) dan pusat datanya Diperakui ISO/IEC 27001. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada info@ldiscovery.com atau lawati www.ldiscovery.com.
 
Mengenai Corporate Risk Holdings, LLC
 
Corporate Risk Holdings ialah peneraju global dalam perkhidmatan risiko dan maklumat pelbagai yang beribu pejabat di New York, NY. Corporate Risk Holdings ialah syarikat induk: HireRight, pembekal penyelesaian saringan latar belakang dan kelayakan pekerjaan global yang terkemuka; Kroll, pembekal rangkaian luas penyelesaian siasatan dan khidmat nasihat terkemuka di dunia bagi membantu pelanggan mengenal pasti, menangani dan mengawasi risiko perniagaan; dan Kroll Ontrack, pembekal perkhidmatan dan penyelesaian terkemuka di dunia yang didorong oleh teknologi bagi membantu pelanggan mengurus, memulihkan, mencari, menganalisis, mengeluarkan dan membentangkan data dengan cekap dan kos efektif.
 
Mengenai Revolution Growth
 
Revolution Growth yang diasaskan dan diterajui oleh Steve Case, Ted Leonsis dan Donn Davis membuat pelaburan dalam syarikat yang boleh mengubah dunia. Misinya adalah membangunkan perniagaan yang menimbulkan gangguan dan inovatif yang menawarkan lebih pilihan, kemudahan dan kawalan dalam kehidupan pengguna.  Dengan mengambil pendekatan jangka panjang dan membangunkan satu perkongsian sebenar dan amali dengan usahawan dan pasukan pengurusan, Revolution Growth menampilkan strategi unik dan semangat untuk melabur dalam dan membangunkan syarikat-syarikat yang besar. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.revolution.com/growth.
 
Mengenai Carlyle Group
 
Carlyle Group (NASDAQ:CG) ialah pengurus aset alternatif global dengan aset bernilai $176 bilion di bawah pengurusan merentasi 128 dana dan 170 dana pembiayaan kenderaan pada 30 Jun, 2016. Matlamat Carlyle adalah untuk melabur secara bijak dan mencipta nilai bagi pihak pelaburnya, banyak daripadanya adalah kakitangan awam yang sudah pencen. Carlyle membuat pelaburan merentasi empat segmen – Ekuiti Persendirian Korporat, Aset Nyata, Strategi Pasaran Global dan Penyelesaian Pelaburan – di Afrika, Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Carlyle mempunyai kepakaran dalam pelbagai industri, termasuk: aeroangkasa, pertahanan & perkhidmatan kerajaan, pengguna & runcit, tenaga, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, perindustrian, harta tanah, perkhidmatan teknologi & perniagaan, telekomunikasi & media serta pengangkutan. Carlyle Group menggaji lebih daripada 1,650 orang pekerja di 35 buah pejabat merentasi enam benua.www.carlyle.com
 
Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan
 
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi “pernyataan yang memandang ke hadapan.”  Pernyataan yang memandang ke hadapan mengenal pasti maklumat prospektif. Faktor penting boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza, kemungkinan dengan ketara, daripada yang dinyatakan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan. Dalam sesetengah kes, anda boleh mengenal pasti pernyataan yang memandang ke hadapan dengan perkataan seperti “jangka,” “percaya,” “boleh,” “anggar,” “harap,” “niat,” “mungkin,” “rancang,” “ramal,” “potensi,” “patut,” “akan” dan “harus” atau perkataan negatif dengannya, variasi dengannya atau perkataan sama yang lain. Anda perlu membaca pernyataan yang mengandungi perkataan-perkataan ini dengan berhati-hati kerana ia membincangkan keutamaan, matlamat, strategi dan tindakan masa depan kami bagi meningkatkan prestasi perniagaan, andaian dan jangkaan pertumbuhan pasaran, peluang perniagaan masa hadapan, perbelanjaan modal, keperluan pembiayaan, kedudukan kewangan dan maklumat lain yang bukan maklumat sejarah atau menyatakan maklumat "memandang ke hadapan" yang lain. Pernyataan yang memandang ke hadapan tidak boleh dibaca sebagai jaminan prestasi atau hasil masa hadapan dan tidak semestinya akan menjadi petunjuk masa yang tepat pada, atau yang mana, prestasi atau hasil sedemikian akan dicapai. Maklumat yang memandang ke hadapan adalah berdasarkan maklumat yang tersedia pada masa dan/atau kepercayaan niat baik pengurusan berhubung kejadian masa hadapan dan ianya tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan prestasi atau hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan. Pernyataan yang memandang ke hadapan hanya tepat setakat tarikh pernyataan dibuat. Kami tidak bertanggungjawab terhadap pernyataan yang memandang ke hadapan bagi menggambarkan hasil sebenar, perubahan dalam andaian atau perubahan dalam faktor lain yang mempengaruhi maklumat yang memandang ke hadapan kecuali setakat yang dikehendaki oleh undang-undang sekuriti yang berkenaan. Jika kami mengemas kini satu atau lebih pernyataan yang memandang ke hadapan, kesimpulan tidak akan dibuat yang akan menjadikan kemas kini tambahan berkenaan dengannya atau berkenaan pernyataan yang memandang ke hadapan yang lain.
 
Hubungan Media:
LDiscovery, LLC:                     
Linda Kish                           
Naib Presiden, Pemasaran             
515-276-5558 
 
Corporate Risk Holdings, LLC:
Joele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
Meaghan Repko/Dan Moore
212-355-4449
 
Sumber : LDiscovery
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.