ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  WARISAN DAN KETUKANGAN--PERTANDINGAN REKA BENTUK TCC MENCAPAI SATU KESIMPULAN: PEREKA YANG SEDANG MENINGKAT NAIK ZHAO LI MEMENANGI HADIAH EMAS

Tuesday 25/10/2016



AsiaNet 66252
 
SHENGZE, China, 25 Okt., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 16 Oktober, dengan ditaja oleh China Oriental Silk Market, peringkat akhir "Warisan dan Ketukangan--Pertandingan Reka Bentuk TCC” telah dilancarkan di Shengze, Bandar Sutera China Nombor Satu. Sebanyak 23 siri dan lebih 70 jenis produk fesyen mempamerkan keindahan fesyen China dan kecemerlangan kerja tangan. Penghasilan pereka yang sedang meningkat naik Zhao Li 'Impresi Gunung dan Sungai' telah memenangi hadiah emas dan menerima satu anugerah sebanyak 150,000 yuan. Penghasilan 'Carefree Travel' oleh Shu Yupeng dan penghasilan Ma Liang 'Integrasi' telah memenangi hadiah perak. Hasil kerja Chen Dingding, Ruan Chengzhan dan Deng Jiejing ‘Memory-Void’,  'Chinese Prescription' dan 'Double Happiness' telah memenangi hadiah gangsa. Xinhua net, Aiqiyi dan Rangkaian 4G Mudah Alih China menyiarkan siaran langsung pertandingan akhir itu. Berjuta-juta pengguna Internet dan pereka yang mengambil bahagian serta penonton telah menyaksikan acara yang hebat ini.
 
Pertandingan tersebut telah dianjurkan bersama oleh Pusat Maklumat bagi Agensi Berita Xinhua, Xinhua Net Stockholding Co. Ltd. dengan kerjasama Chinese Textile Media Holding Co. Ltd. dan Textile and Apparel Weekly. Dalam pertandingan selama tujuh bulan itu, jawatankuasa penganjur telah mengadakan beberapa aktiviti yang menarik termasuk Persidangan Akhbar Beijing, Ekspo Inovasi Suzhou, Forum Pembangunan Jenama Fesyen China, Kempen Promosi Acara Pertandingan Negara, Kumpulan Tutor dan Memilih Kerja, Sorotan Shengze.
 
Profesor Universiti Tsinghua dan bekas pengerusi Persatuan Pereka Fesyen China Li Dangqi telah dilantik sebagai pengerusi juri. Beliau berkata, "Industri reka bentuk fesyen China memerlukan bintang-bintang baharu yang muda dan meningkat naik untuk memberi sokongan. Budaya dan kerja tangan tradisional China yang cemerlang memerlukan golongan belia untuk mewarisi dan membawanya ke hadapan. Saya berharap lebih ramai pereka akan melibatkan diri untuk mewarisi mutu kerja, inovasi dalam proses mewarisi dan maju dalam proses berinovasi, untuk meningkatkan pembangunan budaya dan mutu kerja, mempamerkan ciri-ciri budaya China, dan memainkan peranan yang positif dalam melonjakkan industri tekstil dan pakaian China ke peringkat global."
 
Kebijaksanaan daripada "Pertandingan Tutor PK" mengetepikan bentuk-bentuk tradisional pertandingan yang diamalkan dalam pertandingan reka bentuk fesyen China di masa lalu. Tiga pemenang hadiah emas Wang Yutao, Li Xiaoyan dan Wu Xukai dilantik sebagai tutor bagi acara itu, masing-masing mengetuai satu pasukan pereka untuk bersaing dalam pertandingan tersebut. Ini adalah titik bersinar yang paling klasik dan kreatif bagi pertandingan fesyen ini.
 
Seorang pegawai autoritatif membuat kesimpulan bahawa China akan mengambil kesempatan daripada acara ini untuk mewujudkan suatu ekosfera reka bentuk fesyen yang berpusatkan kepada pereka di Shengze, bandar sutera yang pertama di China, dan akan menubuhkan sebuah platform untuk pereka-pereka yang sedang meningkat naik untuk membangunkan kerjaya mereka dan mempamerkan inovasi mereka. Beliau berharap agar sekolah-sekolah reka bentuk fesyen dan perusahaan pakaian di Shengze akan bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman untuk melahirkan lebih ramai pereka yang terkemuka dan meningkatkan transformasi dan menaik taraf industri tekstil dan pakaian China.
 
Sumber: Jawatakuasa Anugerah Warisan dan Ketukangan – Reka Bentuk TCC
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.