ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  CAPREG: TIGA TAHUN MENGGALAKKAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI DI ASIA TENGGARA DAN AMERIKA LATIN MELALUI PEMBANGUNAN KEUPAYAAN

Wednesday 26/10/2016



BERLIN, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Minggu lepas di Vietnam, Renewables Academy AG (RENAC) mengadakan seminar "Keuntungan Projek Tenaga Boleh Diperbaharui". Ini adalah yang terakhir dalam siri  seminar bersemuka yang berjaya yang diadakan sebagai sebahagian daripada program pembangunan keupayaan CapREG – Pembangunan Keupayaan bagi Tenaga Boleh Diperbaharui dan Penyepaduan Grid. RENAC ditauliahkan oleh Kementerian Persekutuan Jerman bagi Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam, Bangunan dan Keselamatan Nuklear (BMUB) di dalam rangka kerja Inisiatif Iklim Antarabangsa Jerman (IKI)  untuk melaksanakan program biasiswa tiga tahun ini di negara-negara rakan iaitu Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Mexico, Peru dan Ecuador.
 
Sejak awal CapREG pada tahun 2014, RENAC telah menganugerahkan lebih 1,200 biasiswa kepada kalangan profesional daripada sektor tenaga awam dan swasta di tujuh buah negara rakan untuk dilatih mengenai topik-topik yang relevan yang berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui dan penyepaduan grid. Matlamat CapREG  adalah untuk menyokong penciptaan keadaan garispanduan yang sesuai bagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan dengan itu untuk membantu meningkatkan penggunaan mereka. "CapREG merupakan satu peluang yang luar biasa untuk belajar mengenai spesifikasi tenaga boleh diperbaharui dan penyepaduan grid bukan sahaja di Jerman tetapi dalam pelbagai negara melalui kepelbagaian peserta," kata Encik René Narváez, Pengarah bagi Pengawalan Tenaga Bersih di Suruhanjaya Kawal Selia Tenaga dari Mexico. "RENAC telah menempatkan satu seminar yang sangat komprehensif dengan pengetahuan yang terkini."
 
CapREG telah menyediakan biasiswa untuk kalangan profesional bagi menghadiri seminar bersemuka di negara-negara rakan dan di ibu pejabat RENAC di Berlin (Jerman), dan juga untuk mengambil bahagian dalam latihan dalam talian. Topik latihan telah dikenal pasti semasa satu Penilaian Keperluan Keupayaan yang meluas yang dijalankan oleh RENAC di peringkat awal CapREG. Mereka termasuk konsep-konsep umum mengenai teknologi tenaga boleh diperbaharui, penyepaduan grid bagi jumlah yang banyak bagi tenaga boleh diperbaharui, pembiayaan dan pembangunan projek. Minat yang tinggi di dalam topik-topik ini telah disahkan melalui jumlah permohonan yang sangat besar yang diterima -- lebih 1,000 permohonan untuk hanya 28 seminar bersemuka sahaja.
 
RENAC, yang berpangkalan di Berlin, adalah sebuah pembekal terkemuka antarabangsa bagi latihan dan pembinaan keupayaan di dalam tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga. Sejak tahun 2008 RENAC telah bekerjasama dengan lebih 6,800 orang peserta dari 145 negara di seluruh dunia.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CapREG.
 
Hubungi 
RENAC
Cecilia Strandberg, Pengurus Projek CapREG
atau
Albrecht Tiedemann, Pengurus Projek CapREG
strandberg@renac.de
+49 (0) 30-52 689 58 70


Sumber: RENAC
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161025005062/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.